Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : seluruhnya, segenapnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : semuanya; seluruhnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sama sekali

Puisi
 

Tinggi Bukit Siperjulangan,
     Diharap mari Rajalah Rohani;
Amun berbuah alang-alangan,
     Baik tak usah sama sekali.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Sudah jadi abu arang.

Bermaksud :

Rosak sama sekali.

 

Lihat selanjutnya...(47)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana satu betul - "adalah sama sekali" atau "sama sekali adalah"? Mengapa?Untuk makluman saudara, selepas penggunaan kata "adalah" perlu diikuti dengan kata sendi atau kata adjektif. Selain itu, jawapan yang sesuai ialah "sama sekali".Lain-lain01.08.2007
perkataan sama sekali atau samasekali. yang mana betul. TKYang betul ialah sama sekali.Tatabahasa19.06.2007
saya ada lihat satu soalan bekenaan dengan perkataan yg mana betul sama sekali atau pun samasekali.kesalahan adalah dari segi tatabahasa.boleh tak huraikan kenapa sama sekali.tatabahasa dari segi kata nama ke,adverba ke?mohon penjelasan

Untuk memberikan jawapan kepada pertanyaan ini, saudara dimohon agar dapat memberikan contoh ayat yang lengkap bagi membolehkan pihak kami mengenal pasti penggolongan jenis kata ini. 

Istilah24.04.2009
1) pada zaman penjajahan jepun di negara kita dahulu, pengunaan bahasa jepun sahaja di benarkan pada zaman itu dan di larang sama sekali mengunakan bahasa lain. Kenapakah negara kita tidak mewajibkan mengunakan bahasa kebangsaan kita sahaja dan dilarang sama sekali mengunakan bahasa lain seperti yang digunakan pada zaman penjajah jepun terdahulu. Sedangkan dengan cara itu juga mungkin kita dapat membangunkan semula bahasa kebangsaan kita? 2) Apakah punca-punca rakyat negara kita tidak dapat membangunkan semula bahasa kebangsaan kita, sedangkan negara kita sudah maju ke hadapan.Perkara 152  Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa kebangsaan ini hendaklah digunakan dalam semua urusan rasmi. Bahasa Melayu juga menjadi bahasa perpaduan, bahasa pengantar dan bahasa komunikasi negara ini. Walau bagaimanapun pembelajaran bahasa lain selain bahasa Melayu tidak dilarang. Sehingga kini bahasa kebangsaan kita sudah pun berkembang  hingga peringkat antarabangsa dengan wujudnya beberapa pusat pengajian bahasa Melayu antaranya di Korea, Jepun, China dan United Kingdom. Oleh yang demikian berdasarkan fakta ini tidak timbul isu bahawa bahasa kita tidak dapat dibangunkan.    Lain-lain13.05.2008
Mohon pandangan DBP, yang mana lebih tepat dan sesuai :- Hak syarikat apabila alat tidak diserahkan langsung; ATAU Hak syarikat apabila alat tidak diserahkan sama sekali; ATAU Hak syarikat apabila alat tidak diserahkan sekalipun. Terima kasih.Ayat "Hak syarikat apabila alat tidak diserahkan" sudah cukup lengkap, tidak perlu ditambah perkataan langsung, sama sekali atau sekalipun.Lain-lain29.04.2014
KENAPA "JEJAK LANGKAH" TIDAK BOLEH DIGUNAKAN? CONTOH AYAT: Mak Enon sama sekali tidak menyangka bahawa anaknya mengikut "jejak langkah" suaminya yang memang perokok tegar?Perkataan "jejak langkah" boleh digunakan kerana ia merupakan simpulan bahasa yang bermaksud mengikut jejak. Oleh itu, penggunaannya dalam ayat yang diberi adalah betul.Lain-lain23.07.2007
Apakah nama awak? / Siapakah nama awak? - Penggunaan 'siapa' lebih tepat, tetapi adakah penggunaan 'apa' tidak boleh diterima sama sekali untuk menanyakan nama? Terima kasih...Terdapat tiga bentuk kata ganti nama diri tanya, iaitu siapa yang merujuk orang, apa yang merujuk benda atau perkara, dan mana yang merujuk benda atau orang.Tatabahasa25.07.2012
http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=broad&d=139128&#LIHATSINI Sila semak semula tafsiran berikut. Ia salah sama sekali. day-labourer broad ~, hari sudah siang: we had planned to arrive before dawn,but when we did it was broad ~, kami bercadang utk tiba sebelum waktu subuh, tetapi apabila kami tiba hari sudah siang; in ~, semasa hari (masih) siang: I was anxious to see what the place looks like in ~, saya tdk sabar-sabar lagi hendak melihat rupa tempat itu semasa hari siang; in broad ~, a. in the daytime, pd /siang hari, waktu siang/; b. in public, secara terang-terangan; see ~, understand st previously puzzling or obscure, faham, mengerti.Terima kasih atas maklumat yang diberikan, kami akan menyalurkan maklumat tersebut kepada pihak yang berkenaan.Lain-lain22.04.2020
Sumber Kurik Kundi Merah Saga Sayang lalang berputih mata, Tujuh DIAN bertimbang besi; Alangkah alang berpandang mata, Baik dilangsung sama sekali <<<< apakah dengan DIAN di dalam ayat ini.. adakah bermaksud kuasa?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, dian mempunyai dua makna, iaitu 1. pelita yg dibuat drpd lilin, 2. burung kaki ~ sejenis burung.Istilah15.01.2010
Saya kurang jelas dengan penggunaan kata 'belaka', kerana ayat dan penjelasan yang diberikan dalam bahagian "maklum balas pelanggan" agak berlainan sama sekali. Sila buat penjelasan yang lebih mendalamBelaka bermaksud semuanya dengan tidak ada kecuali. Justeru, penggunaan perkataan "belaka" dalam ayat boleh menunjukkan jamak seperti "anak Pak Ali cantik belaka".Tatabahasa16.05.2014
12345678910...

Kembali ke atas