Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata samah;


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Noraini Abu Samah Feb 12th, 5:06pm Salam Noraini Abu Samah Feb 12th, 5:07pm Sy Ain. Sy nk tnya bagaimana hendak register dgn DBP tentang pembelian buku2 & majalah. Noraini Abu Samah Feb 12th, 5:08pm Coz sy merupakan pembekal buku2 & majalah di sekolah2. Noraini Abu Samah Feb 12th, 5:08pm So sy berminat utk berdaftar dgn DBP. Noraini Abu Samah Feb 12th, 5:08pm Bgaimana caranya?Untuk maklumat yang berkaitan mohon hubungi Encik Abdul Khalid bin Mohd Diah, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui talian 03-89611836, 012-3176678 atau e-mel pp@dbp.gov.my.Lain-lain12.02.2015
Noraini Abu Samah Jun 9th, 7:57am Assalamualaikum.. Bolehkah saya bertanya. Bagaimanakah cara utk saya menyertai aktiviti jualan di gerai2 kecil semasa berlangsungnya majlis anjuran DBP? Utk pengetahuan pihak tuan, saya ada menjual barangan koleksi perhiasan wanita secara kecil kecilan.Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan perkara ini, puan boleh menghubungi pegawai Bahagian Komunikasi Korporat DBP, iaitu Encik Azimin bin Daud melalui talian 03-2147 9485 atau e-mel azimin@dbp.gov.my.Lain-lain09.06.2014
As Salam Tuan.. Saya ingin membuka Kolam Pancing Udang di Ulu Yam Selangor. Saya ingin merujuk kepada pihak Tuan nama Trademark yang saya hendak gunakan ialah " KOLAM UDANG HERITAGE ". Adakah kegunaan nama Trademark itu dibenarkan. Sekian terima kasih Mohamad Zaini Abu SamahWaalakumussalam tuan,

Untuk makluman tuan, jika tuan hendak meletakkan trademark terhadap nama atau logo syarikat, tuan perlu berurusan dengan pihak Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MYIPO).
Lain-lain27.02.2018
Ruszia Yunos 11:46 Ruszia Yunos Ruszia Saya mencari Majalah Dewan Siswa keluaran DBP tahun 1988-1992. Sesiapa yang ada atau tau mana nak cari jilid majalah itu ? tq very much.Mohon hubungi Ketua Bahagian Pusat Dokumentasi Melayu, Puan Kamariah Abu Samah melalui talian 03-21479545 atau e-mel kamariah@dbp.gov.my, untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan hal tersebut.Lain-lain29.11.2016
Abdul Halim R SAYA ABDUL HALIM "R" BEBERAPA TAHUN LALU TELAH MENJUAL KOLEKSI SAYA KPD PUSAT DOKUMENTASI MELAYU DBP: ■Buku,majalah,risalah. ■Penerbitan sulung...bil 1 ■Draf... ■Foto. SAYA INGIN TAHU ADAKAH SEMUANYA TELAH DISUSUN UNTUK SAYA INGIN PERGI MENATAPNYA? Wassalam. AboutMohon hubungi Ketua Bahagian Pusat Dokumentasi Melayu, Puan Kamariah Abu Samah melalui talian 03-21479545 atau e-mel kamariah@dbp.gov.my, untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan hal tersebut.Lain-lain11.11.2016
assalamualaikum wbt.. saya ingin mendapatkan bantuan untuk mengetahui tentang peribahasa dengan lebih lengkap dan lanjut lagi. Harap pihak DBP dapat memberi penyelesaian terhadap persoalan saya. Terima Kasih.Untuk maklumat lanjut tentang peribahasa saudara boleh rujuk buku-buku yang membicarakan tentang peribahasa, antaranya; Kamus Istimewa Peribahasa Bahasa Melayu (Abdullah Hussain), Cerita Peribahasa (Haji Yahya Haji Samah) dan 20 Cerita-cerita Peribahasa (Mansor Abdullah).Lain-lain10.04.2009
As Salam Tuan.. Saya ingin memohon Lesen Perniagaan di Majlis Daerah Hulu Selangor. Salah satu syaratnya adalah mendapat pengesahan dari pihak DBP bahawa nama/perkataan yang saya mohonkan dari sudut bahasa adalah terdapat dalam senarai pihak DBP. Nama/perkataan adalah " KOLAM UDANG HERITAGE " Mohon pengesahan dari pihak DBP untuk saya meneruskan permohonan saya ke pihak Majlis Daerah Hulu Selangor. Wasalam Mohamad Zaini Abu Samah Heritage Fishing Enterprise

Untuk makluman tuan/puan, permohonan pengesahan bahasa Melayu untuk papan tanda perniagaan / iklan perlu dibuat melalui dalam talian menerusi laman dbpsahbahasa.my atau melalui kunjungan/kaunter di Aras Bawah, Menara DBP dengan membawa dua (2) salinan visual iklan. Saiz visual pada kebiasannya mengikut apa yang dikehendaki Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

2. Kaunter dibuka pada hari bekerja dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

3. Perlu ada teks dalam bahasa Melayu untuk kami semak dan sahkan. Oleh itu, tuan/puan perlu meletakkan keterangan aktiviti di sebelah kiri paling atas iklan, contohnya RESTORAN.

Lain-lain01.03.2018
Nor Sa'adah May 18th, 3:13pm Assalam... saya Sa'adah pelajar PhD (Library&Information Science) UIA dengan topik kajian berkaitan kepenggunaan bahan Manuskrip Melayu. Boleh maklumkan kepada saya siapa pegawai yang harus dihubungi untuk membantu saya mendapatkan statistik kepenggunaan bahan Manuskrip Melayu di DBP? Mohon respon daripada pihak DBP, terima kasih.Waalaikumussalam, Puan Sa'adah, Untuk menjawab persoalan puan ini, puan boleh menghubungi Puan Kamariah Abu Samah, Ketua Pusat Dokumentasi (PDM) Dewan Bahasa dan Pustaka melalui telefon 03-2147 9545 ataupun melalui e-mel, kamariah@dbp.gov.my. Sekiranya beliau tidak dapat dihubungi, puan juga boleh menghubungi pegawainya, Encik Nik Aman bin Nik Yusoff melalui telefon 03-2147 9555 ataupun melalui e-mel, aman@dbp.gov.my.Lain-lain18.05.2015
Salam. Saya ingin mengetahui senarai novel/cerpen melayu klasik yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris sehingga ke hari ini ? Ini adalah berkaitan dengan kertas kerja saya untuk Masters in Translation Studies di USM. Terima kasih.Puan Ayu,

Untuk tujuan penyelidikan, puan boleh merujuk pihak Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Sila hubungi Ketua PDM, Puan Kamarian Binti Abu Samah, di talian 03-21479545 atau e-mel, kamariah@dbp.gov.my. Puan juga boleh datang sendiri ke pusat tersebut untuk membuat semakan dan seterusnya penyelidikan/kajian di situ.
Lain-lain06.10.2014
‎Suzlina Adwiyah Mhn pencerahan DBP...jk dbp ingin mnerbitkn buku seseorg..apakah org itu perlu melakukan proses pengistiharan harta trlebih dahulu..jk ya..utk ape pgistiharan harta itu dlakukan..bgmn pula jk buku yg ingin dterbitkn itu..adlh buku insan yg sdh lma mninggl dunia..adakah insan yg sdh mninggl dunia msh mpunyai hrta..melainkan hrta yg dsedekahkn ke jln baik.dan hrta ank2 yg soleh..sy mhn pcerahan ....insan yg ketandusan ilmu..Puan Suzlina Adwiyah, Untuk makluman soalan puan adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa dan sebagainya. Berkaitan soalan yang diajukan, puan boleh menghubungi Puan Zaiton binti Abu Samah (Ketua Bahagian Harta Intelek) melalui nombor telefon 03-21479434 atau e-mel zaiton@dbp.gov.my. Sekian, terima kasihLain-lain18.05.2017
12

Kembali ke atas