Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sam.bal] | سمبل

Definisi : sj lauk yg dibuat drpd lada serta garam dll: ~ belacan; ~ tumis; gertak ~ kata-kata yg hanya menakut-nakutkankan sahaja; ulam men-cari ~ prb perempuan yg mencari laki-laki; sambal-sambalan, sambalan berjenis-jenis sambal; menyambal membuat sambal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sam.bal] | سمبل

Definisi : makanan yg dibuat drpd campur­an cili dgn garam dll: ~ belacan; ~ tumis. menyambal membuat sam­bal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sambal

Puisi
 

Giling cili dibuat sambal,
     Buat gulai sayur lobak;
Sayu hati menengok kapal,
     Tenggelam timbul dipukul ombak.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Minyak habis sambal tak enak.

Bermaksud :

Peralatan perkahwinan diadakan secara besar-besaran, tetapi perjodohannya tidak kekal.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
garam belacan[gA.ÒAm b«.lA.tSAn ] sambal daripada cili, garam, belacan, gula dan kicap. Biasanya dimakan bersama-sama buah-buahan seperti jambu, mempelam muda dan lain-lain.   
pincok[pin.tSo/] kn makanan daripada campuran buah-buahan yang ditumbuk dengan sambal gincok   
mengicah[m«.Ni.tSAh]kata kerjamakan buah-buahan dengan garam belacan (sejenis sambal)Jom kita pi mengicah pelam kat bawah pokok jambu.[dZom ki.tA pi m«.Ni.tSAh p«.lAm kAt bA.wAh po.ko/ dZAm.bu]Mari kita pergi makan mempelam di bawah pokok jambu.
gincok[gin.tSo]kata namamakanan daripada campuran buah-buahan yang ditumbuk dengan sambal petis pincok.   
nasik sorok[nA.si so.Òo] nasi berserta lauk tertentu (seperti gulai ikan kering, kerabu dan sambal) yang dihidangkan sebelum jamuan kenduriMasa aku mai tadi, depa tengah dok makan nasik sorok.[mA.sA A.ku mAj tA.di dE.pA t«.NAh do mA.kAn nA.si so.Òo]Semasa saya sampai tadi, mereka sedang makan nasi sorok.
bedesiu[b«.d«.si.ju]kata adjektif1. terlalu pedas.Sambai belacan tadi bedesiu, tapi sedap.[sAm.bAj b«.lA.tSAn tA.di b«.d«.si.ju tA.pi s«.dAp]Sambal belacan tadi terlalu pedas, tapi sedap.
sambai makau[sA.bAj mA.kAw] sos daripada campuran cili merah, betik masak dan lain-lain berserta bahan pengawet. Biasanya digunakan sebagai bahan tumisan untuk mi, mihun, kuetiau dan sebagai salah satu bahan dalam membuat sambal makau   
cap-cap[tSAp.tSAp]kata adjektif1. berkenaan dengan kuah yang sangat sedikit.Orang buat sambai tomeh kuah cap-cap.[.ÒAN bu.wAt sAm.bAj to.meh ku.wAh tSAp.tSAp]Orang buat sambal tumis kuahnya sedikit sahaja.
laok rendang[lAo/ Ò«n.dAN] ikan goreng.Dia makan tak susah, ada laok rendang dengan sambai belacan cukop la.[di.jA mA.kAn tA/ su.sAh A.dA lAo/ Ò«n.dAN d«.NAn sAm.bAj b«.lA.tSAn tSu.kop lA]Dia tidak cerewet makan, ada ikan goreng dan sambal belacan cukuplah.

Kembali ke atas