Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sam.ba.lé.wa] | سمباليوا

Definisi : (sambaléwa) = menyambalewa tidak sungguh-sungguh (dlm melakukan sesuatu), sambil-sambilan, sambil lewa; menyambalewakan melakukan sesuatu tidak dgn sungguh-sungguh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sam.ba.lé.wa] | سمباليوا

Definisi : /sambaléwa/ tidak sung­guh-sungguh melakukan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sambalewa
Kata Terbitan : menyambalewa,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
sambalewa atau sambil lewa?Sambil lewa.Ejaan07.10.2011
Saya pernah bertanya tentang penggunaan perkataan sambalewa dan sambil lewa. Jawapan yang diberikan ialah perkataan sambil lewa lebih tepat penggunaannya. Saya merujuk Kamus Dewan, perkataan sambalewa membawa maksud sama dengan sambil lewa yang boleh digunakan dalam ayat.Kamus Dewan berperanan merakam semua kata masukan yang digunakan oleh masyarakat berdasarkan ciri tertentu. Sila baca dan fahami bahagian prelim termasuk prakata Kamus Dewan.Tatabahasa30.03.2010
Assalam/ Salam Sejahtera.. saya nak tanya adakah perkataan sambil lewa masih boleh diguna pakai ataupun ianya sudah ditukar kepada sambalewa(saya dgr perkara ini dripada Cikgu saya..ingin pengesahan) Dan seterusnya Adakah perkataan Baru membawa maksud yg sama dengan perkataan Baharu ataupun ia membawa maksud Baru = Just Baharu = New Terima kasih...Waalaikumussalam, Kedua-dua perkataan sambil lewa dan sambalewa boleh digunakan. Kedua-dua perkataan ini mempunyai maksud yang sama dan ada dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Kata baru dan baharu dianggap sebagai variasi dalam bahasa Melayu dan membawa makna yang sama. Tetapi lazimnya penggunaan baru dan baharu sebagai kata adjektif digunakan dalam konteks rumah baru/baharu, tahun baru/baharu, baju baru/baharu. Padanan bahasa Inggerisnya ialah new, manakala baru sebagai kata bantu digunakan dalam konteks baru-baru ini, baru tiba, baru sampai. Padanan bahasa Inggerisnya ialah just.Ejaan02.07.2015
1. sambil lewa atau sambalewa ?Yang betul ialah sambil lewa.Tatabahasa11.12.2009

Kembali ke atas