Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sam.bar] | سامبر

Definisi : ; menyambar 1. menangkap (dgn paruh, cakar, dll) sambil terbang, menangkap (mangsa) dgn cepat: helang ~ anak ayam; haruan ~ anak; 2. menangkap (merampas, menyamun, menyerang, dll) dgn cepat: disambarnya wang yg ada dlm genggaman saya; baginda terkejut lalu disambarnya pedang panglima itu; 3. menjilat dgn cepat (api), memanah atau mengenai (kilat, peluru, dll): api itu dgn bengisnya ~ minyak, me-rosakkan harta benda; cepat spt kilat ~; sebuah lori hampir ~ becanya dr belakang; 4. ark mencelah atau menyampuk (orang sedang bercakap) dgn cepat: “Tapi apa?” merinyu ~; 5. ki mengambil kesempatan tanpa teragak-agak: yg penting ialah kemampuan utk ~ kesempatan; ayam tambat disambar helang, padi ditanam tumbuh lalang prb nasib yg malang (buruk) sekali; bagai ayam disambar helang prb mati tanpa sakit; pantang helang dgn ayam, lambat-laun disambar juga prb mudah menimbulkan sesuatu yg tidak baik kalau didekatkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sam.bar] | سامبر

Definisi : ; menyambar 1 menangkap dgn paruh atau dgn kuku sambil terbang; menangkap mangsa dgn cepat: Helang ~ ayam. 2 melakukan sesuatu (spt menyamun) dgn kasar dan cepat: Pemuda itu ~ pisau dr tangan orang gila itu. 3 membakar dgn cepat; mengenai sesuatu (bkn petir dll): Halilintar ~ batang kelapa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sambar
Kata Terbitan : menyambar, sambaran, penyambar,

Puisi
 

Tikar pandak sambar gelama,
     Mari bentang haluan perahu;
Saya hendak sudahlah lama,
     Saja tuan buat tak tahu.


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
second slipsambar keduaSukanTiadaPemadang yang berada di sebelah kanan sambar pertama.
third slipsambar ketigaSukanTiadaKedudukan pemadang yang berada di sebelah kanan sambar kedua tetapi selari dengan penjaga wiket.
power snatchdaya sambarSukanTiadatanpa mencangkung. Latihan ini untuk menambah daya tarikan sambar.
snatch gripcekak sambarSukanTiadaMenggenggam palang dengan jarak selebar mungkin untuk pergerakan tarik sambar.
standing snatchsambar tegakSukanTiada, menghenjut sedikit dan berdiri semula. Latihan ini untuk memperbaiki daya tarikan sambar.
sip risesambar hirupPerikananTiadaCara ikan menyambar umpan atau serangga dengan menghirupnya secara perlahan-lahan. Sambar hirup menghasilkan kocakan yang tidak ketara pada permukaan air, menyebabkan pemancing tidak menyedari bahawa umpan telah digigit oleh ikan.
split snatchsambar renggangSukanTiadadan pada masa yang sama kaki direnggangkan kemudian dirapatkan semula. Latihan ini untuk membaiki daya sambar.
power snatch from blockdaya sambar dari blokSukanTiadatanpa mencangkung. Latihan ini untuk menambah daya tarikan sambar.
power snatch over kneedaya sambar atas lututSukanTiadatanpa mencangkung. Latihan ini untuk menambah daya tarikan sambar.
snatchsambarSukanTiadadalam satu pergerakan.
1234

Kembali ke atas