Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sam.bil] | سمبيل

Definisi : dengan atau di samping (melakukan se­suatu yg lain), (semasa) sedang, dan juga sementara, seraya: ia bertanya kpd gadis itu ~ tersenyum; ~ berniaga ~ mengajar; sambil-sambil sambil lalu; menyambil mengerjakan sesuatu kerja lain sambil membuat kerja yg utama atau pokok: janganlah ~ sahaja apabila membuat kerja itu; bersawah dan menoreh getah termasuk ~ memelihara ayam; menyambilkan membuat bersama-sama dgn yg lain: dia pun ada kerja istimewa agaknya yg boleh disambilkan apabila pergi ke pasar; setelah sudah Mak Andeh meng-hidupkan api lalu ia bertanak, dan disambil-kannya juga membakar pisang; tersambil dilakukan sambil membuat pe-kerjaan lain, tidak menganggap penting; sambilan 1. sesuatu yg dilakukan bersama-sama dgn yg lain; 2. sesuatu yg kurang pen­tingnya; 3. alasan yg dibuat-buat, dalih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sam.bil] | سمبيل

Definisi : sedang melakukan sesuatu melakukan yg lain juga; seraya: ~ minum kopi, kami berbual-bual. belajar ~ bekerja. sambil-sambil, = sambil lalu 1 dilakukan sewaktu berjalan dsb. 2 dilakukan dgn tidak sungguh-sungguh. menyambil berbuat sesuatu dgn tidak sungguh-sungguh: Janganlah ~ saja apabila membuat kerja itu. me­nyambilkan melakukan se­suatu ber­sama sesuatu yg lain; mem­buat sesuatu dgn sambil lalu: Kerja mengait renda itu disambilkannya ketika dlm perjalanan pulang. sambilan 1 pekerjaan yg di­lakukan bersama dgn yg lain. 2 sesuatu yg kurang penting. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sambil (kata tugas)
Bersinonim dengan seraya, sementara, di samping, belan-belan, sembari, serta;,
Kata Terbitan : sambil-sambil, menyambilkan, sambilan,

Puisi
 

Tetak mengkuang sambil berdiri,
     Mari diikat akar mempelas;
Kalau tuan menyerah diri,
     Kami terima dengan ikhlas.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Merapat sambil berlayar,
     berlayar sambil memapan.

Bermaksud :

Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir, d. Sambil berdendang, biduk hilir, e. Sambil berdiang, nasi masak, f. Sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar, g. Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
side-swipen (colloq) critical remark made about st in the course of discussing st else, sambil-sambil mengkritik: the writer, in his article on the Social Services, took a ~ at the Treasury, penulis itu, dlm rencananya ttg Perkhidmatan Sosial, sambil-sambil mengkritik Perbendaharaan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
over15. while one is having, sambil: we can discuss the matter ~ a drink, kita boleh membincangkan perkara itu sambil minum-minum; the deal was concluded ~ a game of golf, persetujuan ttg urus janji itu dicapai sambil bermain golf; 16. in doing, [not translated]: they are taking a long time ~ a simple job, mereka mengambil masa yg terlalu lama membuat kerja mudah itu; she took a lot of care ~ the arrangements for the journey, dia cukup hemat membuat persiapan bagi perjalanan itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tearfullyadv sambil menangis: she looked at him ~, dia memandangnya sambil menangis.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
flippancyn sikap sambil lewa: her ~ hurt Johan’s feelings, sikap sambil lewanya menyinggung perasaan Johan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
simper vt mengucapkan [sst] sambil tersengih: she ~ed her thanks, dia mengucapkan terima kasih sambil tersengih;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
flippantadj marked by frivoulousness, sambil lewa: her answer was too ~, jawapannya terlalu sambil lewa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
flipadj (colloq) sambil lewa, sambalewa: don’t be so ~ about your mother’s misfortunes, jangan bersikap sambil lewa thdp nasib malang ibumu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
groan~ out, approp v + sambil /mengerang, merintih/: he ~ed out his last request, dia menyatakan permintaan terakhirnya sambil mengerang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sob ~ st out, menceritakan sst sambil /tersedu-(sedu), tersedu-sedan, teresak(-esak), tersedan-sedan/: the girl ~bed out her sad story, sambil tersedu-sedan gadis itu menceritakan kisah sedihnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pensive adj thoughtful and possibly sad, (sambil) termenung: she was in a ~ mood, dia dlm keadaan termenung; a ~ smile, senyum sambil termenung.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas