1. Berlari sambil makan 2. Makan sambil berlari. Tuan, berdasarkan dua ayat di sebelah, adakah kedua-dua ayat ini mempunyai perbezaan? Atau dua ayat itu seerti? | Untuk makluman puan,sambil merupakan kata hubung gabungan. Kata hubung gabungan ialah jenis kata yang menghubungjab dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Ayat yang terbentuk yang menggunakan kata hubung gabungan ini disebut ayat majmuk gabungan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan halaman 251 untuk lebih lanjut. Contoh frasa yang diberikan tidak gramatis kerana masyarakat kita tidak mengamalkan amalan berlari sambil makan atau makan sambil berlari. | Tatabahasa | 24.02.2015 |
Adakah ayat berikut betul? 1. Ali sedang duduk sambil membaca buku di atas sofa. 2. Ali sedang membaca buku sambil duduk di atas sofa. 3. Ali sedang menunggu di perhentian bas sambil membaca buku cerita. Terima kasih. | 1. Ali sedang duduk sambil membaca buku di atas sofa. 2. Ali sedang membaca buku sambil duduk di atas sofa. 3. Ali sedang menunggu di perhentian bas sambil membaca buku cerita. Ketiga-tiga ayat tersebut betul - sedang ialah kata bantu aspek yang menimbulkan suasana perbezaan masa dan tidak menekankan perbuatan mana yang hendak didahulukan. | Tatabahasa | 07.05.2010 |
Sambil duduk-duduk di ruang tamu, ibu dan bapa berbual-bual______kerenah anak mereka. A tentang B mengenai C oleh D dengan mUNSYI, JAWABAN IALAH B, MENGAPAKAH A TIDAK SESUAI? | Jawapan B (mengenai) adalah betul kerana kata sendi nama tentang digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum atau mujarad. Contohnya: Mereka berbincang tentang masalah negara. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 278. | Tatabahasa | 15.04.2012 |
sambalewa atau sambil lewa? | Sambil lewa. | Ejaan | 07.10.2011 |
Adakah ayat-ayat berikut betul? 1. Adam berlari ulang-alik sambil menyentuh skital. 2. Adam menyentuh skital sambil berlari ulang-alik. 3. Siti dan Mimi melambung dan menyambut bola sambil berlari. 4. Siti dan Mimi berlari sambil melambung dan menyambut bola. 5. Lukisan yang dipamerkan itu cantik-cantik belaka. terima kasih. | Ayat pertama hingga ayat keempat betul, manakala ayat kelima perlu diperbetulkan menjadi Lukisan yang dipamerkan itu cantik belaka. | Tatabahasa | 27.03.2012 |
adakah kedua-dua ayat ini betul? 1) Ibu memasak nasi di dapur sambil menyanyi. 2) Ibu memasak nasi sambil menyanyi di dapur. | 1) Ibu memasak nasi di dapur sambil menyanyi. 2) Ibu memasak nasi sambil menyanyi di dapur. Kedua-dua ayat ini betul, walau bagaimanapun ayat pertama lebih gramatis. | Tatabahasa | 21.05.2009 |
Dia sedang duduk di tangga sambil bermain gitar. Bolehkah (sedang )wujud bersama (sambil ) dalam satu ayat? | Ayat Dia sedang duduk di tangga sambil bermain gitar merupakan ayat majmuk gabungan boleh diubah menjadi Dia duduk di tangga sambil bermain gitar tanpa menjejaskan makna. | Tatabahasa | 29.10.2014 |
1. Berapa orangkah murid yang menyertai lawatan sambil belajar ke Melaka? 2. Berapakah orang murid yang menyertai lawatan sambil belajar ke Melaka? 3. Berapa orang muridkah yang menyertai lawatan sambil belajar ke Melaka? Ayat manakah yang betul? Terima kasih | Ayat tanya yang anda kemukakan ialah ayat tanya dengan unsur tanya. Ayat tanya yang betul ialah ayat (i) Berapakah orang murid yang menyertai lawatan sambil belajar ke Melaka? (ii) Berapa orang orang murid yang menyertai lawatan sambil belajar ke Melaka? | Tatabahasa | 05.04.2017 |
1. Rita berehat sambil mendengar radio di bawah pokok. 2. Rita berehat di bawah pokok sambil mendengar radio. 3. Rita mendengar radio sambil berehat di bawah pokok. Dari segi bahasa, sila memberikan nasihat mengenai struktur ayat yang betul. Terima kasih. | Cik Ng, ketiga-tiga ayat di atas betul. Cuma kita kena tahu apakah sebenarnya, atau fokus kita semasa menulis ayat tersebut. Terima kasih | Tatabahasa | 17.01.2009 |
Yang manakah adalah betul ? 1. Penny dan kawannya menduduk di atas kerusi sambil berbual-bual dengan mesra. 2. Penny dan kawannya duduk di atas kerusi sambil berbual-bual dengan mesra. 3. Penny dan kawannya berbual-bual dengan mesra sambil menduduk di atas kerusi. | 2. Penny dan kawannya duduk di atas kerusi sambil berbual-bual dengan mesra | Tatabahasa | 02.03.2019 |