Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sam.bil] | سمبيل

Definisi : dengan atau di samping (melakukan se­suatu yg lain), (semasa) sedang, dan juga sementara, seraya: ia bertanya kpd gadis itu ~ tersenyum; ~ berniaga ~ mengajar; sambil-sambil sambil lalu; menyambil mengerjakan sesuatu kerja lain sambil membuat kerja yg utama atau pokok: janganlah ~ sahaja apabila membuat kerja itu; bersawah dan menoreh getah termasuk ~ memelihara ayam; menyambilkan membuat bersama-sama dgn yg lain: dia pun ada kerja istimewa agaknya yg boleh disambilkan apabila pergi ke pasar; setelah sudah Mak Andeh meng-hidupkan api lalu ia bertanak, dan disambil-kannya juga membakar pisang; tersambil dilakukan sambil membuat pe-kerjaan lain, tidak menganggap penting; sambilan 1. sesuatu yg dilakukan bersama-sama dgn yg lain; 2. sesuatu yg kurang pen­tingnya; 3. alasan yg dibuat-buat, dalih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sam.bil] | سمبيل

Definisi : sedang melakukan sesuatu melakukan yg lain juga; seraya: ~ minum kopi, kami berbual-bual. belajar ~ bekerja. sambil-sambil, = sambil lalu 1 dilakukan sewaktu berjalan dsb. 2 dilakukan dgn tidak sungguh-sungguh. menyambil berbuat sesuatu dgn tidak sungguh-sungguh: Janganlah ~ saja apabila membuat kerja itu. me­nyambilkan melakukan se­suatu ber­sama sesuatu yg lain; mem­buat sesuatu dgn sambil lalu: Kerja mengait renda itu disambilkannya ketika dlm perjalanan pulang. sambilan 1 pekerjaan yg di­lakukan bersama dgn yg lain. 2 sesuatu yg kurang penting. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sambil (kata tugas)
Bersinonim dengan seraya, sementara, di samping, belan-belan, sembari, serta;,
Kata Terbitan : sambil-sambil, menyambilkan, sambilan,

Puisi
 

Tetak mengkuang sambil berdiri,
     Mari diikat akar mempelas;
Kalau tuan menyerah diri,
     Kami terima dengan ikhlas.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Merapat sambil berlayar,
     berlayar sambil memapan.

Bermaksud :

Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir, d. Sambil berdendang, biduk hilir, e. Sambil berdiang, nasi masak, f. Sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar, g. Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nihon kumiteadu dua langkahSukanTiada, penyerang maju dua langkah sambil menyerang pada tiap-tiap langkah. Yang diserang undur dua langkah sambil menangkis dan menyerang balas selepas tangkisan kedua.
sanbon kumiteadu tiga langkahSukanTiada, penyerang maju tiga langkah sambil menyerang pada tiap-tiap langkah. Yang diserang undur tiga langkah sambil menangkis dan menyerang balas selepas tangkisan ketiga.
ploughbajakKejuruteraanTiadayang dikerjakan dan menggorek muka itu sambil ia bergerak, dan meluahkannya.,2. Pengikis berbentuk V yang menekan sabuk balikan penyampai, sambil mengenyah arang batu dan sampah darinya.,3. Alur yang dipotong secara memanjang dengan ira pada sepotong kayu.
workationcuti sambil kerjaPentadbiranTiadaTiada
workationcuti sambil kerjaPentadbiranTiadaPerihal tentang cuti di sesuatu tempat di luar pejabat tetapi dalam masa yang sama turut melunaskan kerja.
Fleeting EncounterPertempuran Sambil LariPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
bleisure travelkerja sambil riadahPelanconganTiadaPerjalanan seseorang yang melibatkan kerja rasmi seperti menghadiri mesyuarat, seminar tetapi turut mengambil peluang untuk menikmati destinasi berikutnya sebagai pengalaman rekreasi.
write-while-readtulis-sambil-bacaKomputerTiadaTiada
marking on the movejaga sambil bergerak (Polo Air)SukanTiadaTiada
pay-as-you-go planpelan bayar sambil laluPentadbiran PerniagaanTiadaIstilah skim pencen, ini digunakan apabila tiada pendanaan atau rizab diwujudkan untuk membayar liabiliti pencen pada masa hadapan. Ini bermakna bahawa caruman daripada ahli yang masih bekerja akan digunakan untuk membayar faedah persaraan kepada ahli yang telah bersara.
12345678910...

Kembali ke atas