Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sam.bu.tan] | سمبوتن

Definisi : 1. penerimaan (ketibaan tetamu dll), cara-cara meraikan atau menyambut sesuatu (hari raya, tetamu, dll): bagaimana nanti ~ yg akan diterimanya kalau ia pergi ke sana? 2. perhatian (pandangan, anggapan, dll) terhadap sesuatu hal, reaksi: buku karangannya telah mendapat ~ yg baik drpd masyarakat; 3. jawaban terhadap cabaran (tentangan dll), balasan, perlawanan: cabaran itu mendapat ~ drpd orang-orang muda; 4. barang yg dibeli dgn bayarannya ditangguh-kan, barang yg diamanahkan utk dijual; ~ baik penerimaan baik, perkenanan, per-setujuan; ~ permaidani merah sambutan istimewa yg diberikan kpd tetamu kenamaan atau orang yg terkenal, biasanya ketibaannya disambut dgn hamparan permaidani merah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sam.bu.tan] | سمبوتن

Definisi : 1 cara-cara meraikan ketibaan tetamu dll: Setibanya di bandar itu, beliau telah menerima ~ yg sangat meriah. 2 perhatian dll yg diberikan terhadap sesuatu hal: Buku karangannya tidak mendapat ~ yg memuaskan drpd masyarakat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan/Puan, adakah perkataan "sambutan" perlu dieja dengan huruf besar apabila disertakan dengan kata nama khas ? Sebagai contoh, frasa "sambutan Hari Guru" atau "Sambutan Hari Guru". Antara kedua-dua frasa ini mana lebihbetul penggunaannya Selain itu, adakah frasa "ekoran daripada itu" betul ? Soalan seterusnya pula berkaitan dengan penggunaan "daripada" dan "dari". Antara frasa"beberapa orang pensyarah dari Universiti Malaya" atau "beberapa orang pensyarah daripada "Universiti Malaya" , manakah lebih betul penggunaannya ? Minta pencerahan. Sekian, terima kasih. :)
  1. Perkataan “sambutan” perlu dieja dengan huruf besar apabila disertakan dengan kata nama khas. Contohnya, Sambutan Hari Guru.
  2. Kedua-dua frasa tersebut boleh digunakan mengikut konteks ayat yang sesuai. Sekiranya perkataan “sambutan” bukan merupakan kata nama khas, frasa yang betul ialah sambutan Hari Guru.
  3. Frasa “ekoran daripada itu” adalah betul dengan mengikut konteks ayat yang sesuai.
  4. Kedua-dua kata sendi nama dalam frasa yang diberikan adalah betul kerana boleh merujuk tempat dan boleh merujuk sumber.

Tatabahasa19.03.2021
Rumah Sin Ling mengadakan sambutan hari jadi. Ling Sing mengadakan sambutan hari jadi. Ibu bapa Sin Ling mengadakan sambutan hari jadi untuknya di rumah. Adakah ketiga-tiga ayat ini betul? Adakah budak kecil sesuai mengadakan sambutan? Terima kasih.Ayat yang betul ialah:
1) Sin Ling mengadakan sambutan hari jadi. 
2) Ibu bapa Sin Ling mengadakan sambutan hari jadi untuknya di rumah. 
Lain-lain01.10.2021
apakah yang dimaksudkan dengan sambutan?Sambutan bermakna penerimaan (ketibaan tetamu dll), cara-cara meraikan atau menyambut sesuatu (hari raya, tetamu. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna21.10.2008
Assalamualaikum 1. Sambutan jubli sempena umur institusi : Sesebuah institusi tidak pernah mengadakan apa-apa sambutan dan sudah berumur 71 tahun ? Apakah sambutan yang boleh diadakan sempena umurnya itu ? 2. Saya masih keliru tentang penggunaan perkataan ' ironi ' , boleh tuan jelaskan serta contoh penggunaannya. 3. 1Malaysia : Cara penulisannya adakah boleh dijauhkan seperti 1 Malaysia ? atau pun Satu Malaysia. 4. Sendi nama seperti dan, pun di dll adakah dikira satu sebagai satu patah perkataan ? Terima kasih.

1. Tidak ada sambutan jubli bagi umur 71 tahun, mungkin disebut sambutan ke-71 tahun.

2. Ironi bermaksud keadaan atau kejadian yang menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yang dijangkakan dengan yang menjadi hakikatnya, contoh ayat: Ironinya jika "Dasar Belia Nasional" ini mahu diterima, maka dengan sendirinya kita mempersempit ruang lingkup pelaksanaan dasar itu sendiri.

3. Cara penulisannya ialah 1 Malaysia ataupun Satu Malaysia.

4. Sendi Nama juga dikira sebagai satu perkataan, misalnya "di", "dan" dan sebagainya.

Tatabahasa12.08.2009
Bina ayat tanya bagi jawapan di bawah. Tarikh sambutan Hari Guru ialah pada 16 Mei. Bilakah tarikh sambutan Hari Guru? Atau Apakah tarikh sambutan Hari Guru? Mana satukah yang tepat? Terima kasih atas jawapanAyat yang betul ialah Bilakah tarikh sambutan Hari Guru? Lain-lain13.08.2017
PENGUNAAN PERKATAAN HARI DALAM AYAT SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN BANDAR RAYA JITRA KE 34 ATAU HANYA SAMBUTAN ULANG TAHUN BANDAR RAYA JITRA KE 34. MANA SATU PERKATAAN YANG BETUL?Ayat yang betul ialah Sambutan ulang tahun bandar raya Jitra ke-34.  Perkataan hari tidak perlu kerana ulang tahun sudah bermaksud hari jadi atau hari lahir dan hari perayaan bagi sesuatu peristiwa penting yang disambut setiap tahun seperti kemerdekaan negara.Tatabahasa07.10.2021
Terdapat kekeliruan dalam penggunaan kata sambutan ulang tahun kelahiran dan sambutan hari jadi. Dalam konteks bahasa Melayu, penggunaan kata manakah lebih tepat dan menujurus kepada maksud mengadakan majlis sempena ulang tahun seseorang itu lahir.Frasa ulang tahun kelahiran dan sambutan hari jadi hari boleh digunakan kerana kedua-dua frasa ini bermaksud memperingati lahirnya seseorang.Istilah19.08.2009
Jika saya ingin menggunakan perkataan ramadan atau raya sahaja dan bukannya bulan ramadan atau hari raya, adakah ianya dalam huruf besar atau kecil. contoh: sambutan raya atau sambutan Raya. juadah ramadan atau juadah Ramadan?"Ramadan" ialah kata nama khas dan dieja dengan huruf besar, manakala "raya" ialah kata nama am dan dieja dengan huruf kecil. Perkataan "raya" merujuk hari raya banyak digunakan dalam bahasa percakapan. Dalam konteks rasmi hendaklah ditulis dalam frasa dan ejaan yang betul, seperti sambutan hari raya. Walau bagaimanapun, duit raya dan kad raya diterima sebagai perkataan yang standard.Ejaan28.02.2024
Salam sejahtera. Ketupat ialah hidangan istimewa semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri atau ketupat adalah hidangan istimewa semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri. Mohon penerangan jawapannya. Terima kasih.Jawapan yang betul ialah Ketupat merupakan hidangan istimewa semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.Tatabahasa21.12.2022
Kata akar ' sambut' kita masukkan imbuhan pe dan kan spt penyambutan - adakah boleh? ataupun hanya menjadi sambutan ?

Penyambutan dan sambutan boleh digunakan mengikut konteks. Penyambutan ialah perihal menyambut, manakala sambutan ialah penerimaan atau cara-cara meraikan atau menyambut sesuatu dan sebagainya.

Tatabahasa23.04.2009
12345678910...

Kembali ke atas