Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum 1. Sambutan jubli sempena umur institusi : Sesebuah institusi tidak pernah mengadakan apa-apa sambutan dan sudah berumur 71 tahun ? Apakah sambutan yang boleh diadakan sempena umurnya itu ? 2. Saya masih keliru tentang penggunaan perkataan ' ironi ' , boleh tuan jelaskan serta contoh penggunaannya. 3. 1Malaysia : Cara penulisannya adakah boleh dijauhkan seperti 1 Malaysia ? atau pun Satu Malaysia. 4. Sendi nama seperti dan, pun di dll adakah dikira satu sebagai satu patah perkataan ? Terima kasih.

1. Tidak ada sambutan jubli bagi umur 71 tahun, mungkin disebut sambutan ke-71 tahun.

2. Ironi bermaksud keadaan atau kejadian yang menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yang dijangkakan dengan yang menjadi hakikatnya, contoh ayat: Ironinya jika "Dasar Belia Nasional" ini mahu diterima, maka dengan sendirinya kita mempersempit ruang lingkup pelaksanaan dasar itu sendiri.

3. Cara penulisannya ialah 1 Malaysia ataupun Satu Malaysia.

4. Sendi Nama juga dikira sebagai satu perkataan, misalnya "di", "dan" dan sebagainya.

Tatabahasa12.08.2009
Penggunaan perkataan yang betul sebagai tajuk yang mana tidak dieja tulisan besar sepenuhnya. 1. Sambutan Hari Ulang Tahun Kor yang ke-61 atau Sambutan Hari Ulang Tahun Kor yang Ke-61. 2. Kajian Bidang Elektronik Sebagai Asas dalam Kursus di Pusat Latihan atau Kajian Bidang Elektronik Sebagai Asas Dalam Kursus di Pusat LatihanEjaan yang betul:

1. Sambutan Hari Ulang Tahun Kor yang Ke-61
2. Kajian Bidang Elektronik Sebagai Asas dalam Kursus di Pusat Latihan
Ejaan20.09.2018
Mohon penjelasan:- 1. MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI ATAU 2. SAMBUTAN MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI ATAU 3. MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI ATAU 4. SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRIAyat yang betul ialah "Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri", "Majlis Hari Raya Aidilfitri" dan "Sambutan Hari Raya Aidilfitri".Tatabahasa30.04.2024
Rumah Sin Ling mengadakan sambutan hari jadi. Ling Sing mengadakan sambutan hari jadi. Ibu bapa Sin Ling mengadakan sambutan hari jadi untuknya di rumah. Adakah ketiga-tiga ayat ini betul? Adakah budak kecil sesuai mengadakan sambutan? Terima kasih.Ayat yang betul ialah:
1) Sin Ling mengadakan sambutan hari jadi. 
2) Ibu bapa Sin Ling mengadakan sambutan hari jadi untuknya di rumah. 
Lain-lain01.10.2021
Salam Sejahtera, Tuan, Sektor HIV/STI/Hep C, Bahagian Kawalan Penyakit, KKM akan mengadakan sambutan Hari AIDS Sedunia peringkat Kebangsaan pada 1 Disember 2019. Tema sambutan tersebut di dalam bahasa Inggeris ialah, "Communities Make the Difference". Terjemahan yang dicadangkan adalah, "Komuniti Membawa Perubahan". Sektor HIV/STI/Hep C seterusnya ingin memohon khidmat nasihat daripada DBP untuk pengesahan terjemahan tema tersebut di dalam bahasa Melayu ATAU pindaan sekiranya terjemahan adalah tidak tepat. Pehatian dan kerjasama DBP di atas perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. Dr. Mohd Hafizuddin Bin Mahfot Ketua Penolong Pengarah, Sektor HIV/STI/HEP C, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya, Malaysia. MMC No. : 68147 Office : +6038834373 Mobile : +60126300480 eMail : mhdhafizuddin@moh.gov.my

Terjemahan yang dicadangkan oleh pihak tuan bagi "Communities Make the Difference", iaitu Komuniti Membawa Perubahan sesuai digunakan sebagai tema sambutan tersebut.

Istilah15.11.2019
1. Muridmurid dan guru-guru melibatkan diri dalam sambutan hari guru. 2. Semua murid dan guru-guru melibatkan diri dalam sambutan hari guru. kedua-dua ayat betul atau salah? kegunaan 'melibatkan diri' dan 'terlibat diri'?Ayat yang betul ialah "Semua murid dan guru terlibat dalam sambutan hari guru." Tatabahasa02.03.2017
Tuan, 1. Bolehkah digunakan perkataan "kesemua" dalam contoh ayat berikut dan komen tentang bandingan ayat-ayat berikut yang salah dari segi nahu. a). Majlis Sambutan Peringkat Parlimen akan diadakan di kesemua 14 parlimen dalam negeri Kelantan. b). Majlis Sambutan Peringkat Parlimen akan diadakan di kesemua parlimen dalam negeri Kelantan c). Majlis Sambutan Peringkat Parlimen akan diadakan di semua 14 parlimen dalam negeri Kelantan. Sekian ,terima kasih.Ayat (C) lebih tepat dan gramatisTatabahasa25.10.2007
1.Kami (menyaksikan sambutan) Hari Kemerdekaan. Adakah ayat ini betul? Terima kasih.Ayat tersebut betul.Tatabahasa19.07.2013
Ayat songsang kepada ayat biasa, 1)Belum tentu pandai anak guru tentang bidang itu. Jwpan (a): Anak guru belum tentu pandai tentang bidang itu. Jwpan (b): Anak guru tentang bidang itu belum tentu pandai. Adakah jawapan (b) betul? 2) Sungguh menakjubkan pertunjukan yang diadakan sempena sambutan ulang tahun hari kemerdekaan negara. Jwpan (a): Pertunjukan yang diadakan sempena sambutan ulang tahun hari kemerdekaan negara sungguh menakjubkan. Jwpan (b): Pertunjukan yang diadakan sungguh menakjubkan sempena sambutan ulang tahun hari kemerdekaan negara. Adakah jawapan (b) betul? Terma kasih.Salam sejahtera,

Soalan 1

Jawapan yang betul:
(a) Anak guru belum tentu pandai tentang bidang itu.

Soalan 2

Jawapan yang betul
(a) Pertunjukan yang diadakan sempena dengan sambutan ulang tahun hari kemerdekaan negara sungguh menakjubkan.
Tatabahasa04.06.2017
Saya memerlukan nasihat: 1) Niyaz telah membuat serondeng daging lembu untuk 'menyambut' Hari Raya Aidiladha pada minggu hadapan. atau 2) Niyaz telah membuat serondeng daging lembu untuk 'sambutan' Hari Raya Aidiladha pada minggu hadapan. Soalan saya. i) Adakah kedua-dua ayat di atas gramatis? ii) Wujudkah perbezaan konteks antara kedua-dua perkataan tersebut (yang digunakan dalam ayat)? Terima kasih1. Menurut Kamus Dewan Edisi ketiga, sambutan bermaksud penerimaan (ketibaan tetamu dll), cara-cara meraikan atau menyambut sesuatu (hari raya, tetamu, dll):Oleh itu, ayat yang betul ialah Niyaz telah membuat serondeng daging lembu untuk 'sambutan' Hari Raya Aidiladha pada minggu hadapan.Ejaan04.12.2018
1234

Kembali ke atas