Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sam.pah] | سمڤه

Definisi : 1. benda-benda yg dibuang, kotoran (daun-daun kering, kertas-kertas kotor, dll), sarap; ~ sarap bermacam-macam sampah; 2. sesuatu (benda atau orang) yg tidak berharga atau berguna; ~ dunia = ~ masyarakat orang yg hina; ~ itu di tepi juga prb orang yg hina (miskin) itu selalunya tidak dipedulikan orang; ~ jangan ditendang sepak prb orang yg miskin jangan dihinakan; spt ~ hanyut prb orang miskin yg hidup melarat; teralang-alang bagai ~ dlm mata prb kemusykilan yg tidak dapat dilahirkan; menyampah 1. berasa benci (terhadap sesuatu atau seseorang), meluat, jijik: Semah ~ bukan kepalang; 2. spt sampah (kerana terlalu banyak dll); 3. bp mengganggu orang (mengacau dll); persampahan tempat membuang (tim­bun-an) sampah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sam.pah] | سمڤه

Definisi : 1 benda-benda yg dibuang (kerana tidak digunakan lagi) atau yg tidak dikehendaki (spt kertas kotor, daun kering). ~ sarap bermacam-macam jenis sampah. 2 sesuatu yg tidak berharga atau yg tidak berguna. ~ dunia (masyarakat) orang yg hina dan tidak berguna kpd masyarakat. menyampah 1 spt sampah rupanya kerana terlalu banyak atau tidak berguna. 2 ki berasa benci atau meluat: Pergi engkau dr sini, ~ aku melihat mukamu. persampahan tempat membuang sampah; timbunan sampah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sampah (kata nama)
Bersinonim dengan kotoran, najis, latah, sarap, buangan, hampas, sisa, reja;,
Kata Terbitan : menyampah,

Puisi
 

Kalau ada kaca di pintu,
     Ambil lidi sapukan sampah;
Mengapa tuan kata begitu,
     Kalau sudi apatah salah.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Sampah itu di tepi juga.

Bermaksud :

Orang yang hina (miskin) sering kali tidak diendahkan orang.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Gabungkan ayat-ayat tunggal berikut menjadi ayat majmuk. 1.Kok Seng mengutip sampah. 2.Kok Seng membuang sampah ke dalam tong sampah. Jawapan: 1.Kok Seng mengutip sampah lalu membuang sampah ke dalam tong sampah. 2.Kok Seng mengutip sampah lalu membuang ke dalam tong sampah. 3.Kok Seng mengutip sampah lalu membuangnya ke dalam tong sampah. Ayat majmuk yang mana satu betul ? Sekian , terima kasih.Ayat majmuk yang betul ialah Kok Seng mengutip sampah lalu membuangnya ke dalam tong sampah. Tatabahasa20.07.2016
1. Ali membuang sampah ke dalam tong sampah. 2. Ali membuang sampah di dalam tong sampah. ayat yang kedua betul atau salah? mohon tuan berikan pencerahan jika ayat tersebut salah. terima kasih.Ayat kedua juga betul kerana menunjukkan tempat Ali membuang sampah. Walau bagaimanapun ayat pertama Ali membuang sampah ke dalam tong sampah telah mantap penggunaannya dalam kalangan msyarakat.Tatabahasa13.05.2013
Dia membuang sampah di dalam tong sampah. Dia membuang sampah ke dalam tong sampah. Soalan saya, adakah keuda-dua ayat di atas boleh digunakan? (Penggunaan di dan ke) Apakah perkataan dalam bahasa Melayu yang betul bagi perkataan bahasa Inggeris berikut: dustpan Adakah penyeduk atau penceduk?Ayat yang betul ialah Dia membuang sampah ke dalam tong sampah. Padanan bahasa Melayu bagi perkataan dustpan ialah penadah sampah.Makna28.06.2010
Yang manakah betul? Sampah sarap bertaburan ATAU sampah bertaburan.Kedua-duanya betul. Sampah sarap bermaksud bermacam-macam sampah, manakala sampah membawa maksud benda-benda yang dbuang, kotoran (daun-daun kering, kertas-kertas kotor, dll)Tatabahasa12.05.2010
Menyapu sampah atau menyapukan sampah -Emak menyapu sampah di halaman rumah. -Emak menyapukan sampah di halaman rumah.Emak menyapu sampah di halaman rumah.Tatabahasa29.04.2014
Merujuk soalan 106, saya berpendapat' sampah bertaburan' betul sebaliknya ' sampah sarap bertaburan' adalah kurang tepat . Hal ini adalah kerana 'bertaburan' mempunyai maksud jamak. Oleh itu, memadailah subjeknya ditulis' sampah' daripada menggunakan' sampah sarap' yang membawa maksud bermacam-macam sampah. Sila beri pandangan tuan. terima kasih.Kedua-duanya betul. Sampah sarap bertaburan bermaksud terdapat berbagai-bagai jenis sampah yang bertaburan.Lain-lain14.05.2010
Salam sejahtera, 1.Puan Noridah menghidangkan makanan kepada /untuk ahli keluarganya.(kepada atau untuk) 2.Puan Noridah menatang makanan kepada/ untuk ahli keluarganya. 3. Sofia mengikat beg plastik sampah/ plastik sampah. (beg plastik sampah/ plastik sampah) Terima kasih.

Ayat yang betul ialah (1). "Puan Noridah menghidangkan makanan untuk ahli keluarganya”,  (2). "Puan Noridah menatang makanan untuk ahli keluarganya"
dan  (3). "Sofia mengikat “beg plastik sampah.”

 

Tatabahasa14.06.2022
Salam sejahtera, Gabungkan ayat tunggal dengan kata hubung supaya menjadi ayat majmuk. 1. Kok Seng mengutip sampah. Kok Seng membuang sampah ke dalam tong sampah. (lalu) Kok Seng mengutip sampah lalu membuangnya ke dalam tong sampah. Adakah ayat majmuk di atas betul? Sekian, terima kasih.Gabungan ayat "Kok Seng mengutip sampah lalu membuangnya ke dalam tong sampah', tidak ada kesalahan dan boleh digunakan. Untuk makluman, lalu ialah kata hubung gabungan yang berfungsi menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Kata hubung gabungan terletak pada pertengahan ayat dan ayat yang terbentuk disebut ayat majmuk gabungan. Ini bermakna, tidak ada yang salah dengan struktur ayat tersebut.Tatabahasa18.07.2016
Saya mengutip sampah lalu membuang ke dalam tong sampah ATAU Saya mengutip sampah lalu buang ke dalam tong sampah. Mana satu betul, teruma kasih admin.Ayat yang betul ialah Saya mengutip sampah lalu membuang ke dalam tong sampahTatabahasa26.02.2021
saya ingin mempastikan jawapan bagi soalan berikut adalah betul atau tidak betul. 1.soalan: Ayat aktif : Dinesh membuang sampah ke dalam tong sampah. Jawapan : Ayat pasif: Sampah dibuang ke dalam tong sampah oleh Dinesh. 2. soalan : Ayat aktif :Halimah menghidangi tetamu itu sepinggan kuih. Jawapan : Ayat pasif : Tetamu itu dihidangi sepinggan kuih oleh Halimah.Ayat pertama kedua-duanya betul, manakala ayat kedua (aktif) telah dibuat pembetulan. 1. Ayat aktif : Dinesh membuang sampah ke dalam tong sampah, Ayat pasif: Sampah dibuang ke dalam tong sampah oleh Dinesh.   2. Ayat aktif : Halimah menghidangkan sepinggan kuih kepada tetamu, Ayat pasif : Tetamu itu dihidangkan sepinggan kuih oleh Halimah.Tatabahasa12.08.2009
12345678910...

Kembali ke atas