Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sam.pah] | سمڤه

Definisi : 1. benda-benda yg dibuang, kotoran (daun-daun kering, kertas-kertas kotor, dll), sarap; ~ sarap bermacam-macam sampah; 2. sesuatu (benda atau orang) yg tidak berharga atau berguna; ~ dunia = ~ masyarakat orang yg hina; ~ itu di tepi juga prb orang yg hina (miskin) itu selalunya tidak dipedulikan orang; ~ jangan ditendang sepak prb orang yg miskin jangan dihinakan; spt ~ hanyut prb orang miskin yg hidup melarat; teralang-alang bagai ~ dlm mata prb kemusykilan yg tidak dapat dilahirkan; menyampah 1. berasa benci (terhadap sesuatu atau seseorang), meluat, jijik: Semah ~ bukan kepalang; 2. spt sampah (kerana terlalu banyak dll); 3. bp mengganggu orang (mengacau dll); persampahan tempat membuang (tim­bun-an) sampah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sam.pah] | سمڤه

Definisi : 1 benda-benda yg dibuang (kerana tidak digunakan lagi) atau yg tidak dikehendaki (spt kertas kotor, daun kering). ~ sarap bermacam-macam jenis sampah. 2 sesuatu yg tidak berharga atau yg tidak berguna. ~ dunia (masyarakat) orang yg hina dan tidak berguna kpd masyarakat. menyampah 1 spt sampah rupanya kerana terlalu banyak atau tidak berguna. 2 ki berasa benci atau meluat: Pergi engkau dr sini, ~ aku melihat mukamu. persampahan tempat membuang sampah; timbunan sampah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sampah (kata nama)
Bersinonim dengan kotoran, najis, latah, sarap, buangan, hampas, sisa, reja;,
Kata Terbitan : menyampah,

Puisi
 

Kalau ada kaca di pintu,
     Ambil lidi sapukan sampah;
Mengapa tuan kata begitu,
     Kalau sudi apatah salah.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Sampah itu di tepi juga.

Bermaksud :

Orang yang hina (miskin) sering kali tidak diendahkan orang.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ALAT PEMBAKAR

Alat pembakar merupakan alat relau panas

yang digunakan untuk membakar sisa buangan

sehingga menjadi abu. Pelbagai jenis alat

pembakar telah direka bentuk untuk pembakaran

pelbagai jenis sisa. Alat pembakar yang kecil

digunakan untuk membakar sampah-sampah di

rumah. Alat pembakar industri yang besar pula

digunakan untuk melupuskan cat, minyak,

kumbahan, sampah, dan bahan toksik yang

dihasilkan oleh proses industri.

UMUM 
TIMBUNAN BUANGAN

Timbunan buangan ialah timbunan kerang-kerangan

dan sampah-sarap yang lain yang

ditinggalkan oleh penghuni awal sesebuah tapak

arkeologi. Timbunan ini merupakan longgokan

sampah daripada tapak khemah atau kampung

yang pada suatu masa dahulu menjadi tempat

tinggal manusia. Sesetengahnya berusia ribuan

tahun. Timbunan buangan ini mengandungi alat-alat

yang diperbuat daripada tulang dan batu, kulit

cangkerang yang isinya menjadi makanan, ada

kalanya serpihan tembikar, dan tulang haiwan dan

mungkin juga tulang manusia. Ahli arkeologi yang

mengkaji timbunan buangan ini akan membina

kembali kehidupan harian dan adat resam yang

berubah-ubah di kalangan manusia yang hidup

sebelum sejarah ditulis.

UMUM 
TEKA-TEKI

Teka-teki ialah soalan atau pernyataan yang

mengandungi makna yang sengaja disembunyikan.

Teka-teki kini biasanya bertujuan untuk

menyeronokkan. Ia selalunya dalam bentuk

conundrum, iaitu sejenis teka-teki yang bergantung

kepada permainan kata. Contoh teka-teki jenis ini

ialah “Apakah benda yang beroda empat dan dapat

terbang?” Jawapannya ialah “Trak mengangkut

sampah sarap”, yang hanya ada unsur makna apabila

kita sedar bahawa perkataan terbang itu mempunyai

dua maksud.

UMUM 
SISIR

SISIR, sejenis alat pertanian untuk meratakan tanah sawah selepas ditajak atau ditenggala.  Sisir juga digunakan untuk mengaut sampah.  Sisir terbahagi kepada dua bahagian iaitu tapak dan jejari.  Tapak sisir diperbuat daripada kayu, manakala jejarinya pula diperbuat daripada buluh, nibung, kayu ataupun besi.  Tapaknya (palang atas) berukuran antara 1 m hingga 1.2 m panjangnya, manakala panjang jejarinya pula lebih kurang 0.5 m.

BUDAYAArtifak/Mentifak
KUMBAHAN

Kumbahan ialah air yang mengandungi jirim

buangan yang dihasilkan oleh manusia. Kumbahan

juga dikenali sebagai air buangan. Ia mengandungi

kira-kira satu per sepuluh daripada satu peratus

jirim pepejal. Kumbahan datangnya dari sink dan

tandas di rumah kediaman, restoran, bangunan

pejabat dan kilang. Kumbahan mengandungi bahan

larut yang tidak boleh dilihat, berserta cebisan

jirim pepejal seperti najis manusia dan sampah

yang telah dikisar. Sesetengah kumbahan juga

mengandungi tanah dan air larian permukaan

yang berlaku selepas ribut atau banjir. Kebanyakan

kumbahan juga mengandungi bahan kimia yang

berbahaya dan bakteria yang boleh mendatangkan

penyakit.

UMUM 

Kembali ke atas