Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sam.pan] | سمڤن

Definisi : sj perahu kecil; ~ kolek sj sampan yg tidak memakai layar; ~ kotak sampan yg mem-punyai petak-petak; ~ ludang (se­ludang) sampan yg bentuknya spt seludang (mancung); ~ payang sj sampan yg bersama perahu besar dipakai utk meregangkan jaring; ~ ada pengayuh tidak prb kekurangan syarat utk melakukan sesuatu; ada ~ hendak bere-nang prb ada perkara yg senang tetapi sengaja hendak bersusah payah; air besar, ~ tak hanyut prb harapan yg tidak dapat dipenuhi; bersampan menaiki sampan: maka pergilah Bujang Selamat ~ datang ke tongkang; bersampan-sampan bersuka ria dgn menaiki sampan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sam.pan] | سمڤن

Definisi : perahu Cina yg rata be­lakangnya. ~ getah sampan yg dibuat drpd getah dan diisi dgn angin. ~ kotak sampan yg berpetak-petak tem­pat menyimpan barang-barang dsb di buritannya. bersampan menaiki sampan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sampan (kata nama)
Bersinonim dengan sambuk, perahu, kolek, kayak, kanu;,
Kata Terbitan : bersampan,

Puisi
 

Sampan kotak mudik ke Pangkor,
     Singgah pula Pulau Sembilan;
Macam diletak macam diatur,
     Macam cincin permata silan.


Lihat selanjutnya...(30)
Peribahasa

Berkayuh sampan bocor.

Bermaksud :

Kehidupan yang sangat melarat.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Abang memeluk adik semasa sampan yang kami naiki itu terumbang-ambing dilanda ombak. A. erat-erat C. rapat-rapat B. ketat-ketat D. dekat-dekat Munsyi, erat-erat atau rapat-rapat sesuai digunakan?Abang memeluk adik erat-erat semasa sampan yang kami naiki itu terumbang-ambing dilanda ombak.Tatabahasa16.07.2012
Suhaili Lily Jun 3rd, 12:44am terima kasi kerana memartabatkan Bahasa Melayu...tetapi boleh DBP pos tentang peribahasa dan seumpamanya...Hal ini kerana, anak muda sekarang tidak kenal peribahasa yang betul dan maknanya...mohon isu ini diambil perhatianDewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Jun 3rd, 9:16am Terima kasih kerana bersahabat dengan DBP. Pihak DBP telahpun menyediakan kemudahan tersebut melalui http://prpm.dbp.gov.my setiap perkataan yang ditaip seperti perkatan sampan maka akan terpapar maksud mengikut semua kamus yang diterbitkan oleh DBP. Selain itu, akan terpapar secara serentak tesaurus, iaitu perkataan yang segolongan dengan sampan seperti sambok, sekoci, selob dan sebagainya; begitu juga akan terpapar himpunan puisi yang terdapat perkataan sampan (puisi, pantun dan sebagainya); dan pasti juga akan dipaparkan peribahasa yang terkandung perkataan sampan (174 peribahasa yang menggunakan perkataan sampan). Selamat mengembara ke laman tersebut. Pelbagai kemudahan disedia. Moga ini membantu. Terima kasih.Lain-lain03.06.2014
Amir terlalu asyik melihat wau yang sedang __ di udara. A)terayun-ayun B)terolang-aling C)terbuai-buai D)terlayang-layang Mengapa jawapan yang diberi ialah B) terolang-aling?Jawapan yang betul ialah terlayang-layang. Terolang-aling bermaksud bergoyang ke kiri ke kanan seperti perahu, sampan dan sebagainya.Tatabahasa30.07.2012
Apakah padanan bahasa Melayu untuk bentuk kolar baju: 'O-neck', 'V-neck', 'scoop neck', 'turtle neck', 'boat neck' dan 'crew neck'?Kami mencadangkan padanan istilah seperti berikut:

1. "O-neck" - Leher bulat
2. "V-neck" - Leher V
3. "scoop neck" - Leher skup
4. "turtle neck" - Leher polo
5. "boat neck" - Leher sampan
6. "crew neck" - Leher kelasi

Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.
Istilah10.04.2022
apakah maksu 'kalu tidak dipecahkan ruyungnya,manakan dapat sagunya'?Makna peribahasa "Kalau tidak dipecahkan ruyung, di mana boleh mencapat sagu ialah tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Asyik memangku tangan, mati dalam angan-angan, b. Kurang sisik, tinggal lidi di buku; kurang selidik, tinggal kaji di guru, c. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang). Harap maklumMakna06.08.2007

Kembali ke atas