Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sam.pan] | سمڤن

Definisi : sj perahu kecil; ~ kolek sj sampan yg tidak memakai layar; ~ kotak sampan yg mem-punyai petak-petak; ~ ludang (se­ludang) sampan yg bentuknya spt seludang (mancung); ~ payang sj sampan yg bersama perahu besar dipakai utk meregangkan jaring; ~ ada pengayuh tidak prb kekurangan syarat utk melakukan sesuatu; ada ~ hendak bere-nang prb ada perkara yg senang tetapi sengaja hendak bersusah payah; air besar, ~ tak hanyut prb harapan yg tidak dapat dipenuhi; bersampan menaiki sampan: maka pergilah Bujang Selamat ~ datang ke tongkang; bersampan-sampan bersuka ria dgn menaiki sampan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sam.pan] | سمڤن

Definisi : perahu Cina yg rata be­lakangnya. ~ getah sampan yg dibuat drpd getah dan diisi dgn angin. ~ kotak sampan yg berpetak-petak tem­pat menyimpan barang-barang dsb di buritannya. bersampan menaiki sampan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sampan (kata nama)
Bersinonim dengan sambuk, perahu, kolek, kayak, kanu;,
Kata Terbitan : bersampan,

Puisi
 

Sampan kotak mudik ke Pangkor,
     Singgah pula Pulau Sembilan;
Macam diletak macam diatur,
     Macam cincin permata silan.


Lihat selanjutnya...(30)
Peribahasa

Berkayuh sampan bocor.

Bermaksud :

Kehidupan yang sangat melarat.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sampansampanPerikananTiadaTiada
boat foldlipatan sampanPentadbiran PerniagaanTiadaLipatan napkin berbentuk sampan.
bateau necklinegaris leher sampanKesenianTiadaGaris leher bentuk sampan yang berbelah hingga ke bahu. Popular pada tahun 1930-an dan 1940-an. Diperkenalkan semula pada tahun 1980-an.
boat necklinegaris leher sampanKesenianTiadaGaris leher bentuk sampan yang berbelah hingga ke bahu. Popular pada tahun 1930-an dan 1940-an. Diperkenalkan semula pada tahun 1980-an.
bandwagon effectkesan sampan tundaSains PolitikPolitik PerbandinganSuatu perkara yang menjadi ikutan orang ramai ekoran daripada kepercayaan bahawa perkara tersebut akan menjadi lebih serius, berjaya dan berpengaruh. Ikutan tersebut tidak terbentuk melalui penyelidikan yang bersandarkan kepada merit, keperluan atau kepentingan tertentu, tetapi kesan ini timbul hasil daripada konstruksi yang dilakukan oleh alat-alat sosial seperti media, pengiklanan atau kempen. Konstruksi tersebut berjaya membentuk satu kesan sampan tunda yang akhirnya menjadi ikutan orang ramai. Dalam konteks politik, kesan ini boleh diperhatikan semasa pilihan raya apabila pengundi memilih seseorang calon atau parti disebabkan oleh peranan media yang menyatakan bahawa calon atau parti tersebut mempunyai peluang yang cerah untuk menang dengan menonjolkan faktor-faktor tertentu seperti personaliti dan rekod pentadbiran yang baik.
dorysampanPerikananTiadaTiada
hoper bargesampan hoperKejuruteraanTiadaTiada
bandwagon (political)sampan tunda (politik)SejarahTiadaPergerakan politik yang berjaya menarik pengikut yang ramai atau pengundi untuk menyebelahi dan mencapai kemenangan.
bandwagon effectkesan sampan tundaSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
boat neckleher sampanFesyenTiadaBahagian leher baju yang berbelah hingga bahu.
123

Kembali ke atas