Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sam.ping] | سمڤيڠ

Definisi : sebelah (kiri atau kanan), rusuk, sisi: orang tua itu menolaknya ke ~ dan mem-buka pintu kereta itu; di samping 1. di sebelah, di rusuk, di sisi: mereka sering bermain-main di bawah rumpun buluh ~ rumah Leman; 2. bersama-sama dgn, bergandingan dgn, bersanding bahu dgn: kami akan berjuang ~ saudara; 3. ... dan juga ..., selain ... juga ...: ~ sebuah balai raya, sebatang tali air juga akan dibina di kampung itu; ke samping ke sebelah, ke rusuk, ke sisi, ke tepi: ia menolak adiknya ~; mengesampingkan 1. meletakkan ke sisi (ke rusuk, ke sebelah), menyisihkan ke tepi: pen dikenakan sarungnya dan buku di­kesampingkannya sahaja; 2. menge­tepikan (menganggap kurang penting), menying­kirkan: besar kemungkinan, berita itu akan dikesampingkannya sahaja; bersampingan 1. berdekat-dekat, ber­hampiran; 2. bersama-sama; menyamping menyusur (di tepi jalan dll); menyampingi 1. mendekatkan (diri) dgn, berdampingan dgn, mendampingi; 2. ki me-nolong, membantu; menyampingkan 1. menyisihkan (ke tepi), mengetepikan; 2. menganggap tidak penting, menyingkirkan; 3. meletakkan bersama-sama dgn, mendampingkan; tersamping terletak di samping (di tepi, di sisi), tersisih, tersingkir: oleh sebab pengarang itu amat kontroversi, dgn sendirinya dia ~; sampingan yg turut terdapat (timbul, diguna-kan, dll) selain yg asas atau yg utama: masalah kecil dan ~ yg boleh diselesaikan; hasil ~ hasil yg turut diperoleh drpd usaha utk meng-hasilkan sesuatu, hasil lain di samping hasil yg utama; kesan ~ kesan lain di samping kesan yg utama. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sam.ping] | سمڤيڠ

Definisi : sj kain sarung yg dipakai selepas dipakai seluar (pd pakaian Melayu) dan biasa-nya dr pinggang hingga ke paras lutut sahaja; bersamping memakai kain di sebelah luar seluar (pd pakaian Melayu), memakai sam-ping. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sam.ping] | سمڤيڠ

Definisi : bahagian sebelah kiri atau kanan sesuatu; rusuk; sisi. ber­sampingan bersama-sama; ber­dam­­­­pingan; berdekatan: berjalan ~. menyamping berjalan dll di tepi sesuatu; menyusur (di tepi jalan dsb). menyampingi (duduk, berjalan dll) berdampingan dgn; mendampingi. menyampingkan meletakkan di sam­ping. tersamping terletak atau diletakkan di samping; disisikan; disampingkan. sampingan sesuatu yg dilakukan (dihasilkan dsb) secara tidak langsung: hasil ~ hasil yg diperoleh di samping hasil yg utama. di samping 1 di bahagian sebelah; di sisi: Ketika menyaksikan pertandingan itu, Kadir duduk ~ saya. 2 bersama-sama; berserta: Kami sanggup berjuang ~ saudara. 3 selain; lain drpd: ~ belajar mengaji Quran, mereka belajar bahasa Arab juga. ke samping ke sebelah (kiri atau kanan); ke sisi. mengesampingkan 1 membawa ke sisi; menyisikan. 2 ki menganggap kurang penting; tidak mengendahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sam.ping] | سمڤيڠ

Definisi : kain sarung pendek yg di­pakai di luar ketika memakai pakaian Melayu. bersamping memakai sam­ping. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
samping (kata tugas)
Bersinonim dengan sebelah, sisi, rusuk, tepi, birai, dekat, pinggir, lambungan;,
Kata Terbitan : di samping, ke samping, mengesampingkan, bersampingan, menyamping, menyampingi, menyampingkan, tersamping, sampingan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bakul sampingbakul sampingKesenianTiadaBakul angkut yang mempunyai satu tangkai yang diikat pada pinggang.
tali samping MS.tali samping MS.KesenianTiadaBahagian pada ribis yang berupa kancing diperbuat daripada buluh, kayu, logam dan lain-lain.
abeamsampingPelayaranTiadaKedudukan bersebelahan atau di samping kapal.
service roadjalan sampingKejuruteraanKejuruteraan BangunanJalan yang selari dengan jalan utama tetapi saiznya kecil. Jalan samping ini memberi kemudahan tempat berhenti kepada kenderaan supaya tidak menghalang kenderaan yang melalui jalan utama.
family takaful planpelan takaful keluargaEkonomiEkonomi IslamPelan yang melindungi kematian dan kecacatan anggota badan di samping menyediakan tabungan kepada peserta. Pelan takaful ini boleh disertai oleh individu dan institusi. Pelan takaful untuk individu merupakan tabungan jangka panjang di samping memperoleh perlindungan apabila berlaku kematian atau kecacatan anggota badan. Selain itu, individu akan mendapat pengecualian cukai ke atas caruman dan juga boleh mengeluarkan sebahagian daripada tabungannya. Pelan takaful untuk institusi pula dikenali sebagai pelan takaful keluarga berkelompok, iaitu sekumpulan individu di bawah kendalian institusi berkenaan akan mendapat manfaat perlindungan yang telah ditentukan sekiranya berlaku kematian atau kecacatan anggota badan. Jangka masa pelan takaful keluarga berkelompok biasanya setahun tetapi boleh diperbaharui apabila tempohnya tamat. Contoh pelan takaful keluarga ialah pelan takaful sihat, pelan takaful wakaf, skim anuiti takaful Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan pelan takaful gadai janji.
abeamsampingKejuruteraanTiadaTiada
sidesisi; samping; sebelah; pihakFizikTiadaTiada
sidesisi; samping; sebelah; pihakFizikTiadaTiada
sidesisi; samping; sebelah; pihakMatematikTiadaTiada
sidesisi; samping; sebelah; pihakMatematikTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas