Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sam.pi.ngan] | سمڤيڠن

Definisi : yg turut terdapat (timbul, diguna-kan, dll) selain yg asas atau yg utama: masalah kecil dan ~ yg boleh diselesaikan; hasil ~ hasil yg turut diperoleh drpd usaha utk meng-hasilkan sesuatu, hasil lain di samping hasil yg utama; kesan ~ kesan lain di samping kesan yg utama. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sam.pi.ngan] | سمڤيڠن

Definisi : sesuatu yg dilakukan (dihasilkan dsb) secara tidak langsung: hasil ~ hasil yg diperoleh di samping hasil yg utama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
samping (kata tugas)
Bersinonim dengan sebelah, sisi, rusuk, tepi, birai, dekat, pinggir, lambungan;,
Kata Terbitan : di samping, ke samping, mengesampingkan, bersampingan, menyamping, menyampingi, menyampingkan, tersamping, sampingan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ada kemungkinan untuk saya mengalami kesan sampingan? Saya mengalami atau Saya Alami?Ayat yang betul ialah "Adakah kemungkinan saya mengalami kesan sampingan?" Tatabahasa21.03.2024
Salam sejahtera. Terima kasih di atas masa yang diluangkan. Saya ingin bertanya mengenai kerja sampingan yang ditawarkan pihak dewan bahasa sekiranya ada. Contohnya, kerja-kerja alih bahasa untuk manuskrip dan sebagainya. Selain dapat menambah pendapatan sampingan, saya juga berharap dapat memartabatkan lagi bahasa melayu saya. Terima kasih.Sebarang pemakluman organisasi seperti jawatan kosong akan diiklankan dalam akhbar utama dan laman web DBP. Sila ikuti kami dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat tersebut.Lain-lain26.09.2016
panduan menulis manuskrip untuk membolehkan dbp menerbirkat buku itu...serta syarat-syarat sampingan.. terima kasih

Assalamualaikum,

                          1. Untuk pengetahuan saudara, setiap buku yang ditulis dan diterbitkan oleh DBP haruslah berdasarkan matlamat dan dasar DBP iaitu penerbitannya merangkumi penerbitan konvensional dan elektronik dengan reka bentuk dan isi yang bermutu tinggi (judul yang membina tamadun bangsa dan merangsang minda pembaca) dan tepat pada sasaran pembaca. Penerbitan ini juga seharusnya dapat memberi manfaat kepada pembaca dan boleh dijual dengan larisnya. Judul ini merangkumi penerbitan buku bahasa (umum dan ilmiah), buku sastera(filsyen dan bukan fiksyen), buku umum pelbagai bidang (Sains Sosial dan Kemanusiaan dan Sains dan Teknologi) untuk pelbagai peringkat umur, dewasa, remaja dan kanak-kanak. 

2. Manuskrip hendaklah ditulis berdasarkan judul yang dikemukakan dan merangkumi bahagian awalan (judul separa, judul penuh, hlm. hak cipta, kandungan, kata pengantar, prakata, penghargaan dan sebagainya), bahagian teks (tajuk bahagian dan tajuk bab) dan bahagian akhiran (bibliografi, indeks dan sebagainya) - kesemuanya, mohon rujuk buku Gaya Dewan. Laras penulisan hendaklah mengikut bidang yang ditulis dan mengikut peringkat umur pembaca.  

3. Cara menyediakan manuskrip ialah, penaipan dengan komputer langkau dua baris dengan menggunakan perisian yang sesuai dengan DBP, setiap fail tidak melebihi 20 halaman dan sertakan satu set lengkap senarai ilustrasi (jika ada).

4. Penghantaran hendaklah bersama-sama dengan manuskrip lengkap, disket atau CD-ROm, surat iringan kepada yang berkenaan, akuan penulis bahan miliknya dan biodata penulis.  

    Saya berharap maklumat ini dapat membantu saudara untuk menulis buku dan menerbitkannya dengan DBP. Sekiranya perlukan maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya di talian 03-21481532.

 

 

 

 

       

                           

Lain-lain07.03.2010
apakah maksud mahupun? kd edisi4 mengatakan mahupun maksud dia walaupun? Persoalan ialah perkara sampingan di samping tema sama ada tersurat mahupun yang tersirat. penggunaan 'mahupun' dlm ayat di atas betul ke?

Mahupun bermaksud meskipun, walaupun, ataupun. Oleh itu, penggunaan mahupun dalam ayat tersebut betul.

Lain-lain31.05.2010
Apakah maksud " perniagaan huluan dan perniagaan hiliran"? Contoh ayat: membantu mewujudkan industri sokongan dan sampingan dengan membangunkan perniagaan huluan dan perniagaan hiliran
Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, perkataan "hiliran" bermaksud industri, projek, aktiviti dan sebagainya yang berkembang daripada kegiatan utama. Oleh itu, "perniagaan hiliran" merupakan aktiviti perniagaan yang diwujudkan daripada sesebuah perniagaan yang lain, contohnya pembuatan kereta telah mewujudkan perniagaan hiliran, iaitu servis dan penjualan kereta.

Perkataan "huluan" pula bermaksud industri, projek dan sebagainya yang mula-mula diusahakan, dilaksanakan dan sebagainya sebelum sesuatu kegiatan utama. Oleh itu, "perniagaan huluan" merupakan perniagaan teras yang diwujudkan oleh sesebuah organisasi. Perniagaan ini biasanya melibatkan aktiviti perniagaan yang berasaskan semula jadi seperti bahan galian, tanaman, ternakan dan lain-lain.
Makna31.12.2021
Apakaah yang dimaksudkan tentang bahasa kebangsaan?, ciri-ciri, konsep penting dan semua fakta utama dan sampingan tentang bahasa kebangsaan.Bahasa kebangsaan ialah bahasa rasmi sesebuah negara. Peruntukan ini diwartakan dan dikandung dalam Perlembagaan negara. Contoh, bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu. Ciri-cirinya antara lain termasuklah bahasa majoriti, bahasa asal, menjadi bahasa perpaduan, bahasa komunikasi sosial dan bahasa ilmu.Makna25.01.2007
Tuan, Selamat sejahtera. Bolehkah tuan terangkan kepada saya 1. perbezaan penggunaan antara 'selain itu' dengan 'di sampingan itu'? 2. Tolong menerangkan kedua-dua tanda wacana tersebut dengan memberikan ayat contoh. Saya tidak dapat membezakan kedua-dua tanda wacana tersebut kerana saya merujuk kamus dan mengatakan kedua-dua tana wacana tersbut adalah sama. tetapi dalam latihan pelbagai pilihan wujud kedua-dua tanda wacana tersebut sebagai pilihan. oleh itu, saya minta jasa baik daripada pihak tuan untuk menerangkan kepada saya. sekian terima kasih.Selain itu dan di samping itu, kedua-duanya sama sahaja penggunaannya dan berfungsi sebagai penghubung yang menyampaikan maklumat tambahan yang diperkatakan sebelumnya. Oleh itu, soalan peperiksaan sepatutnya meniadakan pilihan jawapan yang memberi makna yang sama atau mempunyai fungsi yang sama.Tatabahasa07.10.2010
Assalamualikum dan salam sejahtera. Soalan saya, adakah penggunaan frasa "jalan cerita" dalam ayat ini sesuai untuk kajian sastera? Ayatnya adalah 'Kepentingan watak sampingan dalam perkembangan jalan cerita'. Terima kasih.Frasa "Jalan Cerita" boleh digunakan.Tatabahasa17.10.2013
SETAKAT MANA SURVIVAL PUISI PADA MASA KINI?Di Malaysia sehingga kini tidak ada pengarang yang menjadikan bidang penulisan puisi sebagai kerjaya sepenuh masa dan kebanyakannya menjadikannya sebagai kerja sampingan. Sehingga kini sukar untuk mengukur survival puisi dalam kehidupan.Lain-lain05.08.2007
Plenary and breakout sessions adakah sesi pleno dan perbincangan kendiri?Padanan bahasa Melayu bagi istilah plenary session ialah sidang/sesi pleno. Manakala, cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah breakout session ialah sesi sampingan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah04.07.2023
12

Kembali ke atas