Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sam.pi.ngan] | سمڤيڠن

Definisi : yg turut terdapat (timbul, diguna-kan, dll) selain yg asas atau yg utama: masalah kecil dan ~ yg boleh diselesaikan; hasil ~ hasil yg turut diperoleh drpd usaha utk meng-hasilkan sesuatu, hasil lain di samping hasil yg utama; kesan ~ kesan lain di samping kesan yg utama. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sam.pi.ngan] | سمڤيڠن

Definisi : sesuatu yg dilakukan (dihasilkan dsb) secara tidak langsung: hasil ~ hasil yg diperoleh di samping hasil yg utama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
samping (kata tugas)
Bersinonim dengan sebelah, sisi, rusuk, tepi, birai, dekat, pinggir, lambungan;,
Kata Terbitan : di samping, ke samping, mengesampingkan, bersampingan, menyamping, menyampingi, menyampingkan, tersamping, sampingan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TAR BATU ARANG

Tar batu arang ialah cecair pekat, hitam dan

melekit. Ia diperoleh sebagai keluaran sampingan

dalam pembuatan kok, dan gas relau kok daripada

batu arang lembut. Tar batu arang didapati dengan

memeluwap sebahagiannya bertukar (kepada

cecair) wap panas daripada relau kok atau

pengeluar gas batu arang.

UMUM 
TELURIUM

Telurium ialah unsur kimia dengan simbol Te. Ia

adalah separa logam. Telurium tulen biasanya

didapati sebagai keluaran sampingan dalam

penapisan tembaga. Secara semula jadi, unsur ini

paling sering wujud berpadu dengan logam

seperti tembaga, emas, plumbum, raksa, dan

perak. Telurium adalah penting dalam pembuatan

aloi tertentu dan dalam penyelidikan separa

pengalir. Ia berfungsi sebagai agen perawatan bagi

getah dan sebagai mangkin dalam penapisan

petroleum. Ia juga digunakan untuk mewarnakan

kaca dan seramik. Nombor atom telurium ialah 52,

dan berat atomnya ialah 127.60. Telurium dalam

bentuk hablur melebur pada 449.8 o C dan mendidih

pada 989.9 o C. Telurium ditemui pada tahun 1782

oleh ahli kimia Austria, Franz Müller von Reichenstein.

UMUM 
TAR

Tar ialah mana-mana kumpulan cecair yang pekat,

berminyak, berwarna perang tua atau hitam.

Kebanyakan tar adalah keluaran sampingan proses

penukaran bahan organik seperti batu arang,

petroleum atau kayu menjadi keluaran

perindustrian yang berguna.

UMUM 
ERITROMISIN

Eritromisin ialah antibiotik yang digunakan bagi

merawat pelbagai jangkitan bakteria. Ia selamat

dan jarang-jarang menyebabkan kesan sampingan yang

serius.

UMUM 
TAPAI

Tapai, penganan yang dibuat daripada beras

pulut, beras biasa, dan ubi kayu yang dicampur

ragi. Tapai biasanya disediakan sebagai makanan

sampingan dalam jamuan majlis perkahwinan dan

pada hari raya. Kini tapai merupakan makanan yang

bersifat komersial. Selain dimakan begitu sahaja,

tapai juga boleh dimakan bersama susu atau ais

krim.

UMUM 
NILON

Nilon ialah istilah umum bagi kumpulan barang

keluaran sintetik (tiruan). Barang keluaran ini

diperbuat daripada bahan kimia yang diperoleh

daripada batu arang, air, udara, petroleum, keluaran

sampingan pertanian, dan gas asli. Nilon adalah salah

satu penemuan kimia yang paling penting. Ia

merupakan bahan elastik yang teguh yang boleh

dibentuk menjadi gentian, bulu, kepingan, rod, dan

tiub. Ia juga boleh dibuat dalam bentuk serbuk bagi

kegunaan dalam operasi yang menggunakan acuan.

UMUM 
ASID TARTARIK

Asid tartarik ialah kimia organik yang terdapat

secara semula jadi di dalam buah anggur dan

beberapa jenis buah-buahan yang lain. Asid ini

biasanya digunakan untuk pengeluaran jem dan

minuman anggur berkarbonat. Kebanyakan asid

tartarik komersial diperoleh sebagai hasil

sampingan industri wain. Kristal asid yang tidak

berwarna ini diterbitkan daripada kalium

hidrogen tartrat atau argol yang berkumpul di

dinding tong wain semasa proses penapaian

anggur.

UMUM 
TAMAN TEMA

Taman tema ialah pusat hiburan luar yang

menawarkan aktiviti tunggangan, permainan,

pameran, dan pertunjukan yang berdasarkan satu

atau lebih idea istimewa, atau tema. Penggunaan

tema merupakan perbezaan utama di antara taman

tema dan taman hiburan tradisional. Taman hiburan

menawarkan pilihan pelbagai jenis hiburan, seperti

pengenderaan roller-coaster , roda ferris, kuda

pusing, dan permainan sampingan termasuk baling

kelapa, dan galeri sasar. Taman tema menawarkan

hiburan berkaitan antara satu sama lain dengan idea

yang biasa seperti hidupan liar, pengembaraan

angkasa, atau cara manusia hidup pada zaman

silam. Di dalam taman hiburan, pengunjung perlu

membayar untuk setiap permainan, tunggangan,

atau hiburan lain secara berasingan. Di dalam taman

tema, pengunjung biasanya membayar sekali gus

untuk masuk dan menyertai semua acara permainan

dan hiburan.

UMUM 
PENGAJIAN MELAYU DI THAILAND

PENGAJIAN  Melayu DI THAILAND, pusat pengajian bahasa Melayu.  Pengajian Melayu di Thailand merupakan pengajian sampingan bermula bersama-sama penyebaran agama Islam khususnya di bahagian selatan Thailand.  Secara formalnya, pengajian Melayu di kawasan tersebut bermula di institusi pengajian agama yang dikenal sebagai sekolah pondok.  Di samping mempelajari agama Islam, pelajar diwajibkan mempelajari bahasa Melayu supaya mereka dapat memahami kitab agama yang ditulis dalam tulisan Jawi.  Struktur bahasa Melayu dipengaruhi struktur bahasa Arab.  Setelah sistem ejaan Rumi diperkenalkan di Malaysia dan Indonesia, maka sistem tulisan Rumi mula diperkenalkan di institusi-institusi tersebut supaya pelajar dapat membaca buku-buku agama yang diterbitkan dari negara jiran iaitu Malaysia dan Indonesia.  Walau bagaimanapun, tulisan Jawi lebih digemari daripada tulisan Rumi.  Kegemaran ini menyebabkan kerajaan Thailand mengistilahkan ‘bahasa Melayu’ sebagai ‘Bahasa Jawi’ dalam perlembagaannya.

BAHASAInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas