Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = ~ sakal perampasan dgn paksa (aniaya); ~ sakal berdarah tangan prb sesuatu yg diperiksa (disiasat) hendaklah ada buktinya; menyamun merampas di tengah jalan dll (dgn paksa): lapan orang lanun telah ~ sebuah perahu nelayan; samunan hasil rampasan; kesamunan kehilangan kerana disamun orang; penyamunan perihal menyamun, peram­pasan; penyamun orang yg menyamun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; ~ gurun tumbuh-tumbuhan (semak dan belukar) di kawasan yg berhampiran dgn padang pasir; semak ~ semak dan belukar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; ~ sakal perbuatan mengambil hak orang dgn paksa. menyamun me­ngambil harta benda orang dgn paksa: Pemuda itu telah dihukum penjara kerana ~ seorang pekedai. samunan hasil menyamun; sesuatu yg disamun. penyamunan perbuatan atau hal menyamun; perampasan. penyamun orang yg menyamun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : belukar. semak ~ semak-semak dan belukar yg terbiar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
samun
Kata Terbitan : menyamun, samunan, penyamunan, kesamunan,

Peribahasa

Kicang-kecoh ciak.

Bermaksud :

Sesuatu perkara yang akan diperiksa hendaklah ada buktinya. (Peribahasa lain yang sama makna: Samun sakal berdarah tangan). kicang-kecoh = tipu daya; ciak = dakwa.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ROADRUNNER

Roadrunner ialah burung yang terbang pantas,

yang hidup di atas tanah, yang terdapat di semak

samun di barat daya Amerika Syarikat dan Mexico.

Roadrunner boleh terbang, tetapi ia paling selesa

tinggal di atas tanah. Ia boleh berlari selaju 24

kilometer sejam. Nama roadrunner datangnya

daripada tabiat burung ini yang suka berlari di

jalan raya di hadapan kenderaan yang bergerak

dan kemudian meluru ke dalam semak samun

untuk menyelamatkan diri. Nama-nama lain bagi

burung ini termasuk chaparral cock, ground

cuckoo dan snake killer.

UMUM 
HUTAN SKLEROFIL

Hutan sklerofil, hutan yang terdapat di kawasan yang mengalami iklim jenis Mediterranean yang kebanyakannya terdiri daripada hutan jarang dan semak samun.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIFlora dan Fauna
TAMMAR

Tammar ialah walabi yang benar-benar kecil. Ia

berbulu perang dan leher, dada dan perutnya

berwarna putih. Sesetengahnya 60 sentimeter

tingginya. Tammar betina beratnya empat kilogram

dan tammar jantan beratnya lebih kurang enam

kilogram. Tammar hidup di beberapa pulau pantai,

dari Kepulauan Abrolhos di pantai barat Australia

hingga ke Pulau Kangaroo di Australia Selatan. Ia

juga hidup di tanah besar yang berdekatan, di hutan

dan semak samun di desa.

UMUM 
PARAGUAY

Paraguay ialah negara di tengah-tengah daratan

yang terletak tidak jauh dari bahagian tengah

Amerika Selatan, yang dikelilingi oleh tiga buah

negara, iaitu Argentina, Bolivia dan Brazil. Sungai

Paraguay mengalir melalui Paraguay dari utara ke

selatan dan membahagikan negara tersebut

kepada dua wilayah bumi yang sangat berbeza. Di

sebelah barat sungai ini ialah Chaco, sebuah

kawasan rata yang tidak ramai penduduknya dan

terdiri daripada rumput kasar, hutan semak samun,

dan rawang masin. Paraguay Timur sebaliknya

mempunyai bukit-bukau yang beralun, tanah yang

subur dan hutan tebal.

UMUM 

Kembali ke atas