Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.na] | سان

Definisi : 1. tempat yg jauh atau yg dianggap jauh: di dlm kolam ~, ramai orang yg sedang mandi; 2. bp dia, orang yg ketiga; pihak ~ pihak lawan (dlm permainan dll); di sana tempat yg jauh (dr orang yg ber-cakap): mereka telah sampai ~ pukul tujuh pagi; ~ sini di merata-rata tempat; ke sana menghala ke tempat yg jauh (lain): bawalah tong sampah ini ~; ~ ke mari pergi balik, pulang balik; kesanakan ark sebelah sana, jauh sedikit; dikesanakan 1. dibawa (dialih, dianjak, dll) ke sana; 2. dikeluarkan (drpd kumpulan, keluarga, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.na] | سان

Definisi : tempat, tempat duduk (dlm kata maj-muk); singgah~ takhta kerajaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.na] | سان

Definisi : ® angsana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.na] | سان

Definisi : kata yg menunjukkan tempat yg jauh atau yg dianggap jauh dr orang yg bercakap: Mari kita berjalan-jalan di tepi kolam ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sana (kata tugas)
Bersinonim dengan situ, sanan, nun, jauh, sayup, saujana, senun;,
Kata Terbitan : di sana, ke sana, kesanakan,

Puisi
 

Sana merak sini merak,
     Merak seekor makan jagung;
Sana hendak sini hendak,
     Badan seorang mana nak tanggung.


Lihat selanjutnya...(43)
Peribahasa

Ke mana kelok lilin,
     ke sana kelok loyang.

Bermaksud :

Selalu menurutkan kehendak orang yang berkuasa, tidak dapat mengambil keputusan sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah beza antara perkataan sana dan situ? Pada pengetahuan saya, situ digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang jauh tetapi masih boleh kelihatan manakala sana digunakan untuk merujuk kepada sesuatu yang jauh dan tidak boleh kelihatan. Contoh ayat : 1.Adik saya berdiri di sana/situ. 2. Saya berjalan ke arah sana/situ.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, sana bermaksud tempat yang jauh atau yang dianggap jauh. Di sana bermaksud tempat yang jauh (dari orang yang bercakap). Situ pula ialah (kata yang menunjukkan) tempat yang tidak jauh dari orang yang berbicara).  Di situ bermaksud di tempat itu.  Makna13.08.2011
Saya ada soalan tentang tatabahasa:- Penggunaan di sana dan di situ. Apa perbezaan untuk kata tunjuk di sana dan di situ. Kalau untuk kanak-kanak tadika, boleh ke kita tunjukkan - Buku di sana. Buku tersebut berada tak jauh dari kita. Atau kena tukar kepada di situ. Buku di situ. Ini untuk pembelajaran bagi di sana & di sini.Kata “di situ” merujuk kepada tempat yang tidak jauh dari orang yang berbicara manakala “di sana” pula merujuk kepada tempat yang jauh atau yang dianggap jauh. Kami mencadangkan “di sana” ditukar kepada “di situ” jika merujuk kepada benda yang berada tidak jauh dengan orang berbicara. Cadangan ini bergantung pada konteks dan konsep penggunaannyaLain-lain30.03.2022
Saya panas di sana jadi saya datang untuk duduk di sini. Ayat ini betul ke?Ayat yang betul ialah "Saya duduk di sini kerana di sana panas." atau "Di sana panas, jadi saya duduk di sini."Lain-lain07.12.2022
di sana dan situ atau di sana dan di situJawapan yang betul ialah di sana dan di situ.Tatabahasa22.10.2014
Ayat mana satukah yang boleh diterima? 1. Mereka ke sana menaiki kereta. 2. Mereka ke sana dengan menaiki kereta. 3. Mereka menaiki kereta ke sana.

Ayat yang betul ialah 1 dan 3.


Tatabahasa26.07.2021
Tuan, Ayat manakah di bawah ialah ayat gramatis? 1. Ali bertolak ke sana pada pukul tiga setengah petang. 2. Ali bertolak ke sana pada pukul tiga jam setengah. Terima kasih.1. Ali bertolak ke sana pada pukul tiga setengah petang, merupakan ayat gramatisTatabahasa01.06.2020
Kamus Dewan Edisi 3 dan 4: Perkataan "pecicilan" - Jawa - terbelalak matanya. Maksud "terbelalak matanya" adalah salah. Yang betul adalah kepada budak-budak bermain lompat sana lompat sini, lari sana lari sini tanpa menghiraukan teguran orang keliling.

Sila jelaskan soalan atau pandangan saudara.

Lain-lain25.03.2010
soalan 1 adakah penggunaan kata situ dan sana digunakan bagi jarak yang sama?atau 'sana' digunakan bagi jarak yang lebih jauh? soalan 2 apa yang membezakan penggunaan kata awak dan kamu? saya masih keliru.harap dapat penjelasan.tq

1. Situ ialah kata yang menunjukkan tempat yang tidak jauh dari orang yang berbicara; manakala sana menunjukkan tempat yang jauh atau yang dianggap jauh.

2. Awak ialah kata ganti nama diri kedua dan sama seperti engkau dan kamu. Walau bagaimanpun lazimnya kata Awak digunakan sesama rakan sebaya atau orang yang sama taraf dan umur, manakala Kamu digunakan kepada orang yang lebih rendah umur dan tarafnya.  

Tatabahasa22.02.2011
Salam tuan. Antara ayat (i) dan (ii), yang manakah gramatis? Soalan 1 (i) Saya pergi ke sana pagi tadi? ATAU (ii) Saya pergi ke sana pada waktu pagi tadi? Terima kasih.Ayat yang gramatis ialah "Saya pergi ke sana pagi tadi.”Tatabahasa17.03.2023
penggunaan ke sana sini adakah betul?Penggunaan ke sana sini adalah betul.Tatabahasa24.03.2016
12345678910...

Kembali ke atas