Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sana (kata tugas)
Bersinonim dengan situ, sanan, nun, jauh, sayup, saujana, senun;,
Kata Terbitan : di sana, ke sana, kesanakan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Ayat manakah di bawah ialah ayat gramatis? 1. Ali bertolak ke sana pada pukul tiga setengah petang. 2. Ali bertolak ke sana pada pukul tiga jam setengah. Terima kasih.1. Ali bertolak ke sana pada pukul tiga setengah petang, merupakan ayat gramatisTatabahasa01.06.2020
Apakah beza antara perkataan sana dan situ? Pada pengetahuan saya, situ digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang jauh tetapi masih boleh kelihatan manakala sana digunakan untuk merujuk kepada sesuatu yang jauh dan tidak boleh kelihatan. Contoh ayat : 1.Adik saya berdiri di sana/situ. 2. Saya berjalan ke arah sana/situ.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, sana bermaksud tempat yang jauh atau yang dianggap jauh. Di sana bermaksud tempat yang jauh (dari orang yang bercakap). Situ pula ialah (kata yang menunjukkan) tempat yang tidak jauh dari orang yang berbicara).  Di situ bermaksud di tempat itu.  Makna13.08.2011
Ayat mana satukah yang boleh diterima? 1. Mereka ke sana menaiki kereta. 2. Mereka ke sana dengan menaiki kereta. 3. Mereka menaiki kereta ke sana.

Ayat yang betul ialah 1 dan 3.


Tatabahasa26.07.2021
soalan 1 adakah penggunaan kata situ dan sana digunakan bagi jarak yang sama?atau 'sana' digunakan bagi jarak yang lebih jauh? soalan 2 apa yang membezakan penggunaan kata awak dan kamu? saya masih keliru.harap dapat penjelasan.tq

1. Situ ialah kata yang menunjukkan tempat yang tidak jauh dari orang yang berbicara; manakala sana menunjukkan tempat yang jauh atau yang dianggap jauh.

2. Awak ialah kata ganti nama diri kedua dan sama seperti engkau dan kamu. Walau bagaimanpun lazimnya kata Awak digunakan sesama rakan sebaya atau orang yang sama taraf dan umur, manakala Kamu digunakan kepada orang yang lebih rendah umur dan tarafnya.  

Tatabahasa22.02.2011
Salam tuan. Antara ayat (i) dan (ii), yang manakah gramatis? Soalan 1 (i) Saya pergi ke sana pagi tadi? ATAU (ii) Saya pergi ke sana pada waktu pagi tadi? Terima kasih.Ayat yang gramatis ialah "Saya pergi ke sana pagi tadi.”Tatabahasa17.03.2023
Cikgu, bentuk yang terdapat di bawah yang manakah betul? 1. Sila taip "Khidmat Nasihat Tatabahasa" lalu mendaftarkan satu akaun di sana. 2. Sila taip "Khidmat Nasihat Tatabahasa lalu daftarkan satu akaun di sana. (Perlukah perkataan "daftar" memakai imbuhan? Jika ya, kenapa? Jika tak perlu, kenapa?)Dalam ayat suruhan kata kerja menerima akhiran -kan seperti daftarkan dan bersihkan.Tatabahasa11.05.2014
Slm. Boleh bantu saya untuk periksa ayat-ayat di bawah ini sama ada betul atau tidak?Tq 1. Kami pergi ke sana dengan melalui Jambatan Pulau Pinang yang sepanjang 13.5 KM. 2. Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara kerana diperakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia. 3. Perjalanan pulang pula kami menggunakan Jambatan Kedua Pulau Pinang. 4. Jambatan kedua ini sepanjang 24 km dan menjadi jambatan yang terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara.Ayat yang tepat ialah:

1. Kami pergi ke sana melalui Jambatan Pulau Pinang yang panjangnya 13.5 km.
2. Jambatan ini kebanggaan negara dan diperakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia.
3. Bagi perjalanan pulang, kami menggunakan Jambatan Kedua Pulau Pinang.
4. Jambatan ini mempunyai panjang kira-kira 24 km dan merupakan jambatan yang terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara.
Lain-lain24.05.2018
Tuan, mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, bukan : 1.=bukannya. Antara ayat, "Bukannya mudah hendak menyesuaikan diri dengan adat resam orang-orang di sana." dengan, "Bukan mudah hendak menyesuaikan diri dengan adat resam orang-orang di sana."; Adakah terdapat perbezaan dari segi penekanan maksud atau penekanan terhadap mana-mana (subjek atau objek) dengan menggantikan perkataan 'bukan' dengan 'bukannya'? Sekiranya ada, apakah yang ditekankan dalam ayat ini dan mengapa? Atau tiada apa-apa perbezaan langsung? Terima kasih.Perkataan "nya" dalam konteks yang tersebut berfungsi sebagai penegas, boleh hadir atau digugurkan dalam ayat tersebut.Tatabahasa07.01.2015
1. Apakah kekurangan dalam ayat ini~'Senarai keperluan yang perlu dibawa adalah seperti berikut:-' 2.Bolehkah kita menggunakan ayat yang mempunyai bersama-sama~'Kami pergi ke sana bersama-sama dengan ibu dan bapa.' 3. Berikan satu ayat yang dapat membezakan penggunaan kosa kata 'menyarung' dan 'menyarungkan'1. Tidak ada kesalahan dalam ayat tersebut kerana kata pemeri adalah boleh diikuti oleh kata sendi nama seperti "adalah seperti". 
2.
Kami pergi ke sana bersama-sama  ibu dan bapa. - Penggunaan perkataan "bersama-sama dengan" adalah lewah dan tidak gramatis kerana mempunyai makna yang sama.
3. Menyarung bermaksud memberi bersarung. Contoh: Dia terus menyarung pakaian. Meyarungkan pula bermaksud memasukkan ke dalam sarung. Contoh: Kemudian Panglima Hitam pun menyarungkan kerisnya kembali. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, mohon rujuk Kamus Dewan Edisi ke-4.
Lain-lain17.09.2015
1. Tolong buangkan/membuangkan bungkusan plastik ini ke dalam tong sampah. Tolong jelaskan perbezaan antara buangkan dengan membuangkan. 2. Apakah penjodoh bilangan untuk bendera dan panji. 3. "Bolehkan anda tunggu sebentar?" kata pegawai bank kepada pelanggannya. Bolehkah kita gunakan gantinama anda dalam ayat ini? 4. Budak itu membuang sampah ke/ di atas lantai. 5. Kami melawat ke India. atau Kami melawat India. Semasa kursus kami diberitahu perkataan "melawat" tidak perlu diikuti dengan "ke" tetapi saya masih ternampak banyak buku yang menggunakan "melawat ke' Bolehkah tolong bagi penjelasan. 6. Setiba di sana. atau Setiba ke sana. Apakah perbezaannya?

1. Ayat perintah/suruh (ditujukan kepada kata ganti diri yang kedua: awak, kamu, dsb) tidak perlu guna imbuhan awalan Me-... 

2. Sehelai, selembar dan sebuah = bendera.

3. Boleh.

4. Budak itu membuang sampah di atas lantai.

5. Kami melawat ke India. atau Kami melawat India. Semasa kursus kami diberitahu perkataan "melawat" tidak perlu diikuti dengan "ke" tetapi saya masih ternampak banyak buku yang menggunakan "melawat ke' Bolehkah tolong bagi penjelasan.

6. Setiba di sana. 'Di' dalam bahasa Inggerisnya 'at' dan 'ke' = 'to'.

Lain-lain09.10.2009
1234

Kembali ke atas