Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[san.dar] | ساندر

Definisi : ; bersandar 1. = menyandar me-letakkan belakang (bahu, dada, dll) pd sesuatu supaya teguh atau selesa, duduk dll sambil bertopang (bersangga) pd: Awang Sulong pun tidurlah ~ di banir kayu besar; ayah sedang ~ di kerusi membaca surat khabar; 2. = ~ pd (ke, atas) berharap (bergantung) pd, beralasan (berdasar) pd: mereka terlalu sangat ~ kpd bantuan dr luar negeri; bersandarkan bersandar pd: baginda men-jalankan pemerintahan dgn ber­sandarkan apa yg telah dipelajarinya; sandar-menyandar saling bersandar, tolong-menolong, bantu-membantu: kerja­sama dan bantu-membantu dlm masyarakat orang yg beriman itu, samalah spt hubungan yg rapat dan ~ yg erat sesebuah bangunan; menyandari mengadakan (memasang, me-ngenakan) tempat utk bersandar, memberi tempat bersandar, menopang (menyangga, menyokong, dll): maka Sultan Mahmud Shah pun minta sandari pd Seri Nara Diraja; menyandarkan 1. meletakkan (membiar­kan dll) bersandar pd: seorang laki-laki berdiri ~ badannya ke daun pintu; 2. mengharapkan atau menggantungkan (pertolongan, nasib, dll) pd: ~ rezekinya pd orang yg dermawan; 3. meletakkan (mengasaskan) pd sesuatu yg digunakan sbg dasar (alasan, bukti, dll), mendasarkan: dlm soal perkahwinan, engkau ~ pendapat engkau pd agama; dia tidak ~ tulisannya pd karya-karya sasterawan tanah air; sandaran 1. = persandaran, penyandar tempat bersandar atau utk menyandarkan sesuatu: akhirnya orang muda itu me­ngampai ke ~ kerusinya; 2. bantuan, sokong-an: mereka berdoa memohon ~ drpd Tuhan; ini semua hanya prasangka buruk dan tidak mempunyai ~ sejarah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[san.dar] | ساندر

Definisi : = sandaran sesuatu yg dijadikan cagaran atau jaminan (dlm berhutang dll), gadai, petaruh; menyandarkan memberikan sesuatu utk jaminan (dlm berhutang), menggadaikan; tersandar dijadikan cagaran (jaminan hutang), tergadai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[san.dar] | ساندر

Definisi : ; ~ malam sj tumbuhan (herba), kerak nasi, Polianthes tuberosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[san.dar] | ساندر

Definisi : ; bersandar 1 duduk atau berdiri sambil mengenakan badan pd sesuatu supaya selesa: Apakah nama pokok kayu tempat kita ~ ini? 2 terletak bersangga (pd): Tongkatnya diletakkan ~ pd dinding. menyandari 1 (mem­biarkan diri) bersandar pd: Dia di­larang ~ dinding yg baru dicat itu. 2 mengadakan atau memasang tempat utk bersandar. menyandarkan 1 me­letak­kan sesuatu supaya bersandar (pd): Dia ~ lembingnya pd tiang rumah. 2 ki menjadikan sesuatu sbg bukti, dasar dsb: Dia ~ pendapatnya pd logik. sandaran 1 = penyandar tempat ber­­sandar; tempat menyandarkan sesuatu. 2 ki sesuatu yg dijadikan bukti (dasar dsb): Kata-kata dan pendapat yg dikeluarkan oleh rasul menjadi ~ kpd syariat yg dibawa­nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[san.dar] | ساندر

Definisi : , = sandaran 1 pertolongan; bantuan; sokongan. 2 barang yg dijadi­kan tanggungan hutang; barang gadai. 3 ist sumber (yg mengandungi salinan fail utama) yg boleh digunakan utk menggantikan sumber utama yg gagal beroperasi atau terhapus dlm sistem komputer. bersandar berharap kpd pertolongan orang utk hidup atau utk maju dsb: Mereka terlalu benar ~ pd bantuan kerajaan. bersandarkan ber­­­­gantung pd; bertumpu pd: Hidup­nya hanya ~ belas kasihan jiran tetangga. menyandarkan 1 mengharapkan per­tolongan orang; meng­gantungkan nasib dsb pd: Dia ~ nasibnya kpd orang tuanya. 2 menjadikan sesuatu sbg sandaran (barang tanggungan hutang): Suaminya ~ cincin berliannya utk meminjam wang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sandar

Puisi
 

Tetak tebu betung,
     Sandar pokokinai;
Selawat gajah Tuk Dong,
     Saya nampak Tuk Nai.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
lg. disaster recovery plan) Rancangan yang dibuat untuk memastikan sistem teknologi maklumat suatu organisasi dapat dipulihkan dalam tempoh masa yang munasabah selepas bencana. pelan sandaran (Ig. backup plan; Br. rancangan sandar; Id. rencana cadangan) 1. Tatacara bagi mengekal dan menyediakan sandaran bagi suatu sistem dan data pengguna. 2. Rancangan pemulihan yang dirangka untuk menangani masalah pada sistem komputer apabila keadaan yang agar dapat mengurangkan lebar jalur yang diperlukan untuk komunikasi. Data yang dikod menggunakan teknik ini boleh dikembalikan semula ke bentuk asal dengan mudah. skema sandaran (Ig. backup scheme; Br. skema sandar; Id. skema cadangan) Skema yang digunakan bagi menyediakan sandaran sekiranya berlaku kerosakan pada sistem yang sedia ada. snarf (Ig. snarf; Br. snarf; Id. snarf) Perbuatan mengambil atau merampas data yang

Kembali ke atas