Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ngat] | ساڠت

Definisi : 1. terlalu, terlampau: bilangan murid yg mendapat sijil pertama ~lah sedikit; 2. hebat, kuat, menjadi teruk: susahnya amat ~; penyakitnya bertambah ~; 3. benar-benar (sungguh-sungguh, sememangnya, dll): mereka mahu ~ mendengar cerita itu; apalah ~ apa pentingnya (mustahaknya dll); sangat-sangat 1. terlalu (terlampau dll) sangat, amat sangat: cermin itu suatu benda yg ~ ajaib; elektromagnet adalah ~ berguna; 2. sungguh-sungguh benar: burung dan binatang mamalia ~ mengambil berat akan keselamatan anak mereka; bersangatan amat (terlalu) sangat: seluruh anggotanya telah letih lesu oleh ~ penat; menyangat menjadi lebih hebat (kuat, teruk, dll): dr sehari ke sehari semakin ~ sahaja sakitnya itu; menyangatkan menjadikan hebat (kuat, teruk, dll); mempersangat menjadikan bertambah sangat, menjadikan lebih (hebat, kuat, teruk, dll); tersangat terlalu sangat, teramat sangat: penyakit ini ~ mudah berjangkit; kesangatan 1. perihal sangat, keterlaluan; 2. teramat sangat: segala orang Melaka tidak boleh berdiri di pantai, drpd ~ bedil Peringgi itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ngat] | ساڠت

Definisi : 1 kata yg digunakan utk me­nya­takan perbandingan yg tinggi; ter­lalu; terlampau: Harganya ~ tinggi. 2 makin menjadi (bkn penyakit); teruk; kuat: Penyakitnya bertambah ~. 3 dgn sungguh-sungguh benar; tidak main-main: Saya hendak ~ pergi ke sana. sangat-sangat 1 = tersangat terlalu sangat; teramat sangat: ~ pedihnya. 2 sungguh-sungguh benar; tidak olok-olok lagi: Dia ~ memerlukan bantuan tuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sangat

Puisi
 

Sangat tinggi bukit puaka,
     Pak Wan lalu ke Kelang;
Abang pergi tidak mengapa,
     Adik tinggal menanggung bimbang.


Lihat selanjutnya...(41)
Peribahasa

Bersarak serasa hilang,
     bercerai serasa mati.

Bermaksud :

Sangat rindu; sangat berkasih-kasihan. (Peribahasa lain yang sama makna: Berjarak serasa hilang, bercerai serasa mati). sarak = pisah.

 

Lihat selanjutnya...(229)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sangat-sangat1 = tersangat terlalu sangat; teramat sangat: ~ pedihnya. 2 sungguh-sungguh benar; tidak olok-olok lagi: Dia ~ memerlukan bantuan tuan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sangat-sangat1. terlalu (terlampau dll) sangat, amat sangat: cermin itu suatu benda yg ~ ajaib; elektromagnet adalah ~ berguna; 2. sungguh-sungguh benar: burung dan binatang mamalia ~ mengambil berat akan keselamatan anak mereka;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengghairahisangat mengingini; sangat-sangat berkehendak akan sesuatu: Dia ~ jawatan Ketua Bahagian itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sangat1. terlalu, terlampau: bilangan murid yg mendapat sijil pertama ~lah sedikit; 2. hebat, kuat, menjadi teruk: susahnya amat ~; penyakitnya bertambah ~; 3. benar-benar (sungguh-sungguh, sememangnya, dll): mereka mahu ~ mendengar cerita itu; apalah ~ apa pentingnya (mustahaknya dll); sangat-sangat 1. terlalu (terlampau dll) sangat, amat sangat: cermin itu suatu benda yg ~ ajaib; elektromagnet adalah ~ berguna; 2. sungguh-sungguh benar: burung dan binatang mamalia ~ mengambil berat akan keselamatan anak mereka; bersangatan amat (terlalu) sangat: seluruh anggotanya telah letih lesu oleh ~ penat; menyangat menjadi lebih hebat (kuat, teruk, dll): dr sehari ke sehari semakin ~ sahaja sakitnya itu; menyangatkan menjadikan hebat (kuat, teruk, dll); mempersangat menjadikan bertambah sangat, menjadikan lebih (hebat, kuat, teruk, dll); tersangat terlalu sangat, teramat sangat: penyakit ini ~ mudah berjangkit; kesangatan 1. perihal sangat, keterlaluan; 2. teramat sangat: segala orang Melaka tidak boleh berdiri di pantai, drpd ~ bedil Peringgi itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
ghairahkemahuan hati atau nafsu berahi yg kuat; penuh minat atau penuh perasaan: Dgn penuh ~, dia menunggu jawapan drpd gadis itu. mengghairahi sangat mengingini; sangat-sangat berkehendak akan sesuatu: Dia ~ jawatan Ketua Bahagian itu. mengghairahkan menimbulkan kemahuan hati atau rasa berahi yg amat sangat: Filem-filem lucah yg ~ tidak boleh ditayangkan di negara kita. keghairahan keinginan (keberahian, kehendak) yg amat kuat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tersipu-sipumalu sangat-sangat; malu sungguh.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sipu; tersipu-sipu malu sangat-sangat; malu sungguh. kesipu-sipuan dlm keadaan tersipu-sipu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
benci(berasa) tidak suka; sangat-sangat tidak suka: Saya ~ akan sikapnya yg suka mengeji. membenci tidak menyukai; tidak suka kpd: Kerana perangainya yg buruk, banyaklah orang yg ~nya. kebencian 1 rasa atau sifat benci: ~nya terhadap kawan-kawan tidak pernah wujud. 2 yg dibenci: Memungkiri janji merupakan ~nya. pembenci 1 orang yg menaruh perasaan benci; orang yg membenci: Dia memang ~ peperangan. 2 sesuatu yg digunakan utk menimbulkan perasaan benci: ubat ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengidamkan, mengidam-idamkan 1 sangat ingin hendak makan sesuatu: Puteri itu ~ buah mempelam. 2 sangat-sangat berharap akan mendapat sesuatu: Setiap rakyat ~ keamanan dan kemakmuran negaranya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
memuncakmeningkat tinggi-tinggi; membumbung tinggi; menjadi sangat-sangat: Harga barang-barang telah ~ naik.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas