Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ngat] | ساڠت

Definisi : 1. terlalu, terlampau: bilangan murid yg mendapat sijil pertama ~lah sedikit; 2. hebat, kuat, menjadi teruk: susahnya amat ~; penyakitnya bertambah ~; 3. benar-benar (sungguh-sungguh, sememangnya, dll): mereka mahu ~ mendengar cerita itu; apalah ~ apa pentingnya (mustahaknya dll); sangat-sangat 1. terlalu (terlampau dll) sangat, amat sangat: cermin itu suatu benda yg ~ ajaib; elektromagnet adalah ~ berguna; 2. sungguh-sungguh benar: burung dan binatang mamalia ~ mengambil berat akan keselamatan anak mereka; bersangatan amat (terlalu) sangat: seluruh anggotanya telah letih lesu oleh ~ penat; menyangat menjadi lebih hebat (kuat, teruk, dll): dr sehari ke sehari semakin ~ sahaja sakitnya itu; menyangatkan menjadikan hebat (kuat, teruk, dll); mempersangat menjadikan bertambah sangat, menjadikan lebih (hebat, kuat, teruk, dll); tersangat terlalu sangat, teramat sangat: penyakit ini ~ mudah berjangkit; kesangatan 1. perihal sangat, keterlaluan; 2. teramat sangat: segala orang Melaka tidak boleh berdiri di pantai, drpd ~ bedil Peringgi itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ngat] | ساڠت

Definisi : 1 kata yg digunakan utk me­nya­takan perbandingan yg tinggi; ter­lalu; terlampau: Harganya ~ tinggi. 2 makin menjadi (bkn penyakit); teruk; kuat: Penyakitnya bertambah ~. 3 dgn sungguh-sungguh benar; tidak main-main: Saya hendak ~ pergi ke sana. sangat-sangat 1 = tersangat terlalu sangat; teramat sangat: ~ pedihnya. 2 sungguh-sungguh benar; tidak olok-olok lagi: Dia ~ memerlukan bantuan tuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sangat

Puisi
 

Sangat tinggi bukit puaka,
     Pak Wan lalu ke Kelang;
Abang pergi tidak mengapa,
     Adik tinggal menanggung bimbang.


Lihat selanjutnya...(41)
Peribahasa

Bersarak serasa hilang,
     bercerai serasa mati.

Bermaksud :

Sangat rindu; sangat berkasih-kasihan. (Peribahasa lain yang sama makna: Berjarak serasa hilang, bercerai serasa mati). sarak = pisah.

 

Lihat selanjutnya...(229)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
very fine sandy loamgeluh berpasir sangat halusPertanianTiadaTekstur tanah yang mengandungi 30% atau lebih pasir sangat halus atau >40% pasir halus dan pasir sangat halus dan lebih dari separuh adalah pasir sangat halus dan <15% pasir sederhana, kasar dan sangat kasar.
30 Doradus30 DoradusMatematikTiadaNebula pancaran yang sangat luas dan sangat berkilau. Tarantula nebula.
gamma ray photonfoton sinar gamaKimiaTiadaSinaran elektromagnet yang mempunyai panjang gelombang sangat pendek dan tenaga sangat tinggi.
heptachlorheptaklorBiologiEkologiRacun serangga organoklorin. Racun ini terurai di dalam tanah menjadi heptaklor � epoksid yang stabil dan sangat beracun. Racun ini sangat berbahaya kerana selain boleh membunuh serangga perosak ia juga boleh membunuh cacing, dan organisma tanah yang lain.
Wolf-Rayet stars (WR stars/W stars)bintang Wolf-Rayet (bintang WR/bintang W)MatematikTiadaKumpulan kecil bintang yang sangat panas dan sangat berkilauan, bersuhu setinggi hingga 50 000 kelvin dan mempunyai garis pancaran yang lebar dan kuat yang terdiri daripada helium, karbon, oksigen dan nitrogen terion, tetapi sedikit benar garis serapan.
two-charge regulatorpengawal voltan langkahKejuruteraan AutomotifTiadaPengawal penjana yang beroperasi dua langkah sama ada memberikan keluaran yang sangat rendah atau yang sangat tinggi.
step-voltage controlpengawal voltan langkahKejuruteraan AutomotifTiadaPengawal penjana yang beroperasi dua langkah, sama ada memberikan keluaran relatif yang sangat rendah atau yang sangat tinggi.
aphid/aphisafidBiologiEntomologiSekumpulan kutu daun atau kutu tumbuh-tumbuhan yang tergolong dalam order Homoptera dan biasanya mempunyai kitar hidup yang sangat kompleks. Serangga yang sangat profilik ini merosakkan tumbuh-tumbuhan dengan cara menghisap sap dan mengumuhkan rembesan likat dari abdomen. Serangga betina dewasa yang tidak bersayap dan mengalami parthenogenesis ini membiak secara vivipariti sepanjang musim kering, tetapi pada musim lembap, serangga bersayap dihasilkan dan kemudiannya terbang ke tumbuh-tumbuhan perumah lain.
dolcissimosangat manisKesenianTiadaEkspresi dalam muzik yang sangat enak didengar.
ethereterFizikMekanikMedium hipotesisan yang pada suatu masa dahulu dianggap memenuhi semua ruang dan membawa gelombang cahaya dan gelombang elektromagnet yang lain. Medium tersebut dianggap sangat kenyal dan juga sangat ringan, serta dapat memancarkan gelombang-gelombang melintang dengan halaju cahaya, di samping mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi dalam jirim berbanding dengan dalam ruang bebas.
12345678910...

Kembali ke atas