Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sangat berguna


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. air sangat berguna kepada manusia. atau untuk manusia. 2. mereka sedang menepuk tangan sambil menyanyi atau bertepuk tangan sambil menanyi. 3. gantinama "nya" boleh digunakan untuk bukan manusia contoh anjing itu sedang makan daging itu. daging yang dimakannya itu sangat besar. dia membeli banyak barang antaranya ialah ...... . Terima kasih

1. Yang paling tepat ialah "air sangat berguna kepada manusia".

2. Yang paling tepat ialah "mereka bertepuk tangan sambil menyanyi".

3. Nya ialah kata ganti nama diri orang ketiga, oleh itu tidak boleh digunakan untuk bukan manusia. Walau bagaimanapun nya juga bermaksud oleh, iaitu yang tersebut terlebih dahulu. 

Tatabahasa10.10.2009
Salam sejahtera! Bagi perkataan tip (makna: maklumat dalaman), apakah bentuk jamak bagi perkataan ini? Adakah tip-tip istilah yang betul? Terima kasih!Perkataan tip merujuk kepada maklumat dalaman yang sangat berguna, terutamanya berhubung dengan pasaran saham, lumba kuda dan sebagainya. Oleh itu, perkataan tip tidak perlu dijamakkan.Tatabahasa13.08.2020
Saya ingin bertanya tentang kata penguat. Definisi kata penguat ialah perkataan yang digunakan untuk menguatkan maksud kata adjektif. Soalan saya, bolehkah kata penguat digunakan untuk menguatkan kata kerja sebagai contoh, ilmu itu sangat berguna atau bermanfaat kepada kita. Sekian, terima kasih

Untuk makluman tuan, perkataan berguna ialah kata adjektif + sifat. Maka, kata penguat sememangnya digunakan untuk menguatkan kata adjektif tersebut. Dalam konteks yang diberikan, kata penguat tersebut ialah kata penguat bebas (amat, sangat dan sungguh). Oleh sebab itu, contoh ayat yang diberikan, iaitu ‘Ilmu itu sangat berguna kepada kita’ betul dari segi tatabahasa.

Tatabahasa11.12.2019
Saya ingin bertanya adakah laman web http://www.karyanet.com.my sudah tidak berfungsi atau sudah di ganti dengan laman web lain.. Ini kerana ia sudah tidak dapat di akses.. Laman ini sangat berguna..

Assalamualaikum

Saya cadangkan saudara melayari Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mendapatkan rujukan berkaitan kebahasaan dan khazanah persuratan melayu di alamat http://www.dbp.gov.my

Terima kasih 

Lain-lain28.03.2010
salam sejahtera. saya ahmad adam,pelajar dari uniten kampus putrajaya. saya dan ahli kumpulan saya terpilih utk menjalankan satu perbincangan tentang DBP. sy berharap agar pihak DBP blh memberi sy n juga ahli kumpulan saya maklumat2 yg dirasakan sangat berguna utk kami gunakan sebagai isi. mungkin dari segi asal usul,pengenalan yang sesuai n juga lain2 yang pihak DBP rasakan sesuai. kami dengan berbesar hati utk mengumpulkan maklumat serta mengenal dengan lebih mendalam mengenai DBP.sekian terima kasihSila kunjngi Pusat Dokumentasi Melayu DBP atau hubungi pegawai yang berkenaan.Lain-lain14.07.2010
Salam sejahtera buat anda semua. Soalan saya bukan mengenai masalah ejaan dan sebagainya. Soalan saya ialah ingin meminta senarai seminar antarabangsa mengenai pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu /Kesusasteraan Melayu yang pihak tuan akan adakan/ anjurkan sepanjang tahun 2009. Hal ini sangat berguna bagi kami untuk membuat perancangan bagi mengikuti seminar tersebut. Sekian terima kasih.Tuan/puan boleh melayari laman sesawang dbp kerana setiap seminar atau program yang dianjurkan, kami akan siarkan di laman sesawang tersebut. www.dbp.gov.my.Lain-lain08.11.2008
saya ingin dapatkan madah yang indah tentang menuntut ilmu atau pendidikanKelebihan Ilmu Ilmu itulah gemala sakti,Sinarnya cerah cahaya sejati,Asalnya puncanya lamun didapati,Sukar bercerai sehingga mati. Harganya tidak dapat ternilaikan,Sebuah dunia belinya bukan,Kuasanya besar sukat digunakan,Di laut, di darat, di rimba, di pekan. Masa seorang ialah taulan,Teman berbeka, suluh berjalan,Masa berhimpun ia pengenalan,Hias penyata polan si polan. Bagi yang duka ia penghibur,Ia penerang bagi yang kabur,Ialah kandil di dalam kubur,Lamun dengannya beramal subur. Ia penerang jalan ke syurga,Ia pemuas tekak yang dahaga,Ialah sungai, ialah telaga,Laut yang luas ialah juga. Ialah alat sangat berguna,Idaman orang yang bijaksana,Hamparnya luas amat saujana,Tepinya ajal sempadannya fana.  (Pendeta Za’ba,) Lain-lain26.07.2008
1) Apakah kata ganti nama diri yang paling sesuai bagi tempat kosong di bawah?kamu atau kalian? "Saya mahu apabila kamu semua keluar dari sekolah ini, ______________ akan menjadi seorang yang berguna kepada masyarakat," kata Cikgu Mohamad kepada pelajar-pelajarnya. 2) Apakah perumpamaan yang sesuai bagi pernyataan di bawah? Seperti cincin dengan permata atau seperti isi dengan kuku? Pasangan suami isteri iaitu Cikgu Hamdi dan Ustazah Zarifah boleh dianggap sebagai pasangan yang sangat secocok kerana semenjak mendirikan rumah tangga sepuluh tahun yang lalu, mereka hidup rukun damai dan tidah berselisih faham.1. Kalian lazimnya digunakan dalam bahasa percakapan yang bermaksud kamu. Oleh itu, kata ganti nama yang baku ialah kamu.
2. Peribahasa yang sesuai ialah seperti cincin dengan permata.
Tatabahasa05.06.2013
Salam sejahtera, sebagai Mahasiswa dan pencinta bahasa Melayu, saya sekali lagi saya ingin meluahkan pendapat saya berkenaan dengan bahasa Melayu. Seperti apa yang kita sedia maklum, bahasa Melayu hari ini nampaknya seperti tidak memainkan peranan penting dalam penyebaran ilmu dan maklumat serta tiada peranan penting di peringkat pengajian tinggi atau universiti. Dahulunya bahasa Melayu dikagumi dan megah di Asia tenggara dan eropah kerana peranannya sebagai bahasa pengantar bukan sahaja dalam hal agama tetapi juga dalam perdagangan sehingga orang yang tidak pandai berbahasa Melayu menjadi sangat malu dan merasa tercicir. Siapa kata sejarah tidak boleh diulang? sebenarnya boleh jikalau kita bersatu padu mempertahankan keaslian bahasa kita. Selain itu, saya juga menyokong seratus peratus hasrat murni kerajaan Malaysia untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 iaitu matlamat untuk mencapai taraf negara maju tetapi saya sangat sedih dan kecewa mengenang nasib bahasa kita yang semakin hari semakin pupus keasliannya. Apalah nasib bahasa di masa hadapan? siapa yang mempertahankanya? tidak ada yang mahu mempertahankan melainkan masyarakat kita sendiri. Apalah gunanya negara mencapai kemajuan tetapi bahasa kita tidak mencapai kemajuan, mundur, tidak berguna dan tiada peranan. Bagi saya, bahasa Melayu juga penting dalam mencapai kemajuan dan perkembangan kerana bahasa mencerminkan dan melambangkan jati diri dan pengenalan sesuatu bangsa, masyarakat dan negara.Kami juga amat bersetuju dengan pandangan tuan. Alangkah baiknya jika bahasa Melayu kembali dimartabatkan sebagai bahasa ilmu kerana bahasa Melayu tinggi mempunyai nilainya tersendiri dalam mengungkapkan wacana. DBP sentiasa berusaha dalam skop fungsi kuasa dan peranan DBP dalam memartabatkan bahasa Melayu. DBP dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi telah melaksanakan Audit Bahasa Melayu IPTA untuk melihat pelaksanaan pelan tindakan pemartabatan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di IPTA 2011 - 2015.  

Lain-lain15.11.2015
1)Diperkenalkannya imbuhan Ke pascakata sebab ade nya..kalau merupakan imbuhan apitan di-kan...nya bertindak sebagai apa 2)kebergantungan..imbuhan awalan apa?ke ade dua imbuahan awalan.. 3)pertama adakah kata tugas..persoalannya boleh kah menjadi imbuhan awalan per+tama

1. Imbuhan dipeR- ...-kan ialah apitan yang membentuk kata kerja pasif transitif, contoh ayat: Dasar Wanita diperkenalkan untuk membantu kaum wanita. "Nya" ialah kata ganti nama diri orang ketiga.

2. Mengambil contoh perkataan "kebergantungan", terbit daripada akar kata gantung, mendapat awalan beR- menjadi berguna dan menerima pula apitan ke-...-an. Dalam bahasa Melayu, tidak wujud apitan kebeR-...-an untuk menghasilkan bentuk kata seperti kebergantungan.

3. Kata tugas ialah unit yang tidak dapat berdiri sendiri yang memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Fungsinya sebagai penghubung, penerang, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, dan pemeri. Contoh : dan, atau, wah, sila, maka, akan, sangat, pun, dan ialah. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 91 - 93.

Tatabahasa07.08.2018

Kembali ke atas