Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sangat berguna


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
carbon-14karbon -14BiologiEkologiIsotop radioaktif yang dapat digunakan untuk pentarikhan. Isotop ini sangat berguna, terutama dalam pentarikhan bahan yang pernah hidup, kerana semua organisma hidup mengandungi karbon. Separuh umur karbon � 14 ialah 5570 + 30 tahun. Karbon � 14 sangat berguna dalam penentuan bahan berkarbon yang lebih muda daripada 30 000 tahun.
endonucleaseendonukleaseFarmasiTiadaEnzim yang memecah rantai DNA di bahagian dalam. Enzim ini sangat berguna dengan proses rekombinasi DNA.
polymorphic locuslokus polimorfikSains ForensikTiadaKawasan pada DNA yang bilangan ulangan nukleotidanya berbeza antara individu. Lokus polimorfik sangat berguna dalam pemprofilan DNA forensik kerana ia dapat digunakan untuk membezakan antara individu dengan individu lain selepas membandingkan profil DNA yang diuji.
MESFET (metal semi- conductor FET)MESFET (FET logam semikonduktor)Teknologi MaklumatTiadaFET yang menggunakan simpangan logam semikonduktor. Peranti ini sangat berguna dalam litar berkelajuan tinggi atau mikrogelombang.
immune systemsistem imunPsikologiPsikologi UmumSistem pertahanan badan yang boleh dipengaruhi oleh keadaan atau status kesihatan psikologi individu. Sistem ini didapati sangat berguna untuk mempertahankan diri individu terhadap serangan mikrob atau agen asing yang tidak diperlukan oleh badan. Sistem ini biasanya akan melibatkan aktiviti sel darah putih yang bertindak menyerang bakteria atau virus yang boleh menjejaskan kesihatan. Oleh sebab sistem imun dikawal oleh otak, maka sebarang perubahan yang mengganggu otak boleh menjejaskan sistem imun. Tekanan atau akitiviti emosi lain yang boleh menimbulkan gangguan dalam aktiviti otak juga akan mengganggu sistem imun. Contohnya, ramai pelajar mengadu tidak sihat pada minggu peperiksaan. Keadaan ini dikaitkan dengan kebimbangan untuk menduduki peperiksaan. Penyakit yang sering dialami oleh mereka pada masa tersebut ialah selesema, migrain dan demam.
acoustic scanningimbasan akustikPerikananTiadaKaedah mengesan ikan dengan menggunakan imbasan bunyi. Jumlah dan kedudukan ikan boleh ditentukan melalui pantulan imej sasaran. Kaedah ini sangat berguna untuk menilai kelimpahan stok ikan.
antigenantigenSains ForensikTiadaBahan, iaitu makromolekul asing yang mampu mencetuskan gerak balas badan untuk menghasilkan antibodi. Kemampuan antigen untuk merangsang penghasilan antibodi adalah sangat berguna dalam analisis forensik. Contohnya, pengesanan antibodi terhadap suatu molekul seperti toksin botulinum, membuktikan bahawa seseorang mangsa pernah didedahkan kepada antigen tersebut.
electron diffractionpembelauan elektronKimiaTiadaFenomena yang terjadi apabila elektron bertenaga tinggi mempunyai panjang gelombang yang hampir sama dengan jarak di antara atom. Pembelauan elektron sangat berguna untuk menentukan struktur molekul dalam fasa gas, dan juga untuk kajian permukaan dan lapisan tipis. Maklumat yang diperoleh daripada kajian ini ialah sudut ikatan dan panjang ikatan.
method imagekaedah imejFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanKaedah yang melibatkan penukaran suatu medan elektrostatik kepada satu lagi medan setara yang lebih senang untuk dikira. Kaedah tersebut sangat berguna terutamanya bagi cas-cas titik berhampiran dengan pengkonduksi.
meteorological report (met. report)laporan meteorologiAeroangkasaTiadaSatu laporan keadaan cuaca bagi sesuatu kawasan untuk sesuatu masa termasuk arah angin, halaju angin, pembentukan awan dan kebolehnampakkan. Laporan ini sangat berguna sebelum memulakan sesuatu penerbangan.
123

Kembali ke atas