Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sang.ka.lan] | ساڠکلن

Definisi : bantahan, sanggahan: kerana tidak adanya ~ secara ilmiah, maka kita mengikut sahaja apa yg dilakukan oleh mereka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sang.ka.lan] | ساڠکلن

Definisi : kata-kata, perlaku­an dsb utk menyangkal; bantahan: ~ yg dibuat berdasarkan kajian­nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sangkal
Kata Terbitan : menyangkal, sangkalan, penyangkalan, penyangkal,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya untuk Kata Seru dimana kami mempunyai sedikit perbalahan pendapat: 4. “_______, rupa-rupanya kamulah yang merosakkan lukisanku selama ini!” kata Lim kepada Cheah. A. Ah B. Eh C. Oh D. Cis dimana jawapan yang kami persetujui ialah D.Cis, namun begitu terdapat beberapa sangkalan dimana mengatakan kata seru C.Oh juga boleh diterima kerana menggunakan perkataan (rupa-rupanya). Di harap pihak tuan dapat membantu kerana saya merupakan guru Matematik yang mengajar BM di SJKC dan berseorangan. Saya juga akan mendapatkan tunjuk ajar dari pensyarah BM di IPG berdekatan untuk masalah ini. Terima Kasih.“_______, rupa-rupanya kamulah yang merosakkan lukisanku selama ini!” kata Lim kepada Cheah.

A. Ah B. Eh C. Oh D. Cis dimana jawapan yang kami persetujui ialah D.Cis, namun begitu terdapat beberapa sangkalan dimana mengatakan kata seru C.Oh juga boleh diterima kerana menggunakan perkataan (rupa-rupanya). 

oh = sr kata utk menyatakan terkejut (hairan, ke­cewa, menjadi yakin, dll): ~, baru ini kau tahu!; ~! kata Ros terkejut; o II.

cis = sr kata utk menyatakan perasaan marah (mencemuh, benci, dll); mengeciskan mencemuh, mengatakan cis (kpd): kerana perbuatan kau yg keji itu, nanti aku diciskan oleh orang di sini.


Yang lebih tepat ialah kata seru 'cis'.
Tatabahasa13.10.2012

Kembali ke atas