Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sang.kar] | ساڠکر

Definisi : = sangkaran kurungan (burung dll); ~ ayam a) kurungan ayam; b) sangkak, petarangan, terak, sarang; menyangkarkan memasukkan ke dlm sangkar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sang.kar] | ساڠکر

Definisi : ; bujur ~ empat persegi; dua meter bujur ~ dua meter persegi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sang.kar] | ساڠکر

Definisi : 1 = sangkaran tempat me­­ngurung sesuatu; kurungan: ~ ayam kurungan ayam. 2 bahagian yg me­lingkari (melindungi) sesuatu alat: ~ alas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sangkar (kata nama)
Bersinonim dengan sangkaran, kurungan, sangkak, petarangan, terak, serang, kerangkengan, celung, sangluat, reban, kandang, sendong, pasung;,
Kata Terbitan : menyangkarkan,

Puisi
 

Buluh ditutuh dibuat sangkar,
     Hendak menyangkar burung nuri;
Langit runtuh bumi terbakar,
     Ke mana awak melari diri?


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Satu sangkar dua burung.

Bermaksud :

Dua orang perempuan yang menyukai seorang lelaki.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bujur sangkarbujur sangkarKerisTiadaBentuk buntut keris yang bujur seperti sangkar. Bentuk seperti ini hanya terdapat pada Keris Jenis Semenanjung.
crib damempangan batu sangkarLandskapTiadaEmpangan yang dibina daripada batu yang diletakkan dalam sangkar dawai atau besi yang di susun bertingkat-tingkat.
squirrel cage rotorpemutar sangkar tupaiTeknikElektrikPemutar berbentuk silinder yang digunakan dalam motor aruhan. Pemutar ini dibina daripada palang kuprum atau aluminium yang diisi ke dalam lubang alur teras pemutar bagi membentuk sangkar tupai. Hujung di kedua-dua belah palang ini disambung bersama menggunakan pateri pada gelang hujung.
cagesangkarPertanianTiadaTiada
hutchsangkar arnab; sarang arnabVeterinarTiadaTiada
cagesangkarKejuruteraanTiadaTiada
birdcagesangkar pengangkutKejuruteraanTiadaKemudahan yang digunakan untuk mengangkut bahan radioaktif.
hutchsangkar arnab; sarang arnab;kabinet berparaKesenianTiadaKabinet berpara: Kabinet yang mempunyai para di bahagian atasnya.
cagesangkarKejuruteraanPetroleumPeranti yang terdapat di dalam pam rod penyedut yang mampu menempatkan dan mengurung bebola injap supaya bebola injap tersebut sentiasa bergerak dalam jarak kendalian yang tepat dari pusat injap.
Faraday cagesangkar FaradayFizikTiadaTiada
12345678

Kembali ke atas