Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sang.kut] | سڠکوت

Definisi : sl = tersangkut terpikat: lagi pula rasa hamba pun ~ melihat muka tuan hamba; bersangkut 1. bergantung, berpaut, ber­pegang: ilmu yg menjadi tempat ~ keper-cayaanku; 2. = bersangkutan ber­sangkut paut: sifat mereka itu pun, pd umumnya, tiada memantangkan barang sesuatu pekerja-an yg ~ dgn kewujudan dan maksudnya; 3. = bersangkutan terlibat (dlm sesuatu perkara), berkenaan, berhubungan: hal besar-besar yg ~ dgn pemerintahan dan kerajaan; orang yg bersangkutan itu ayah dan abangku sendiri; menyangkut 1. menggantung (pd kait dll), memaut, menggayut: dia ~ lampu itu di tengah-tengah ruang rumahnya; 2. ber-sangkutan dgn, berkaitan (bertalian) dgn: empat drpd kriteria ini bersifat ekstrinsik belaka, iaitu yg ~ soal kemanusiaan dan kemasyarakatan; sangkut-menyangkut hubungan, kaitan, kena-mengena; menyangkutkan 1. menggantungkan (pd kait dll), memautkan, menggayutkan: lempeng-nya itu pun disangkutkannya pd sigai tempat ia memanjat pohon itu; 2. = mempersang-kutkan menjadikan kait-mengait, me-libatkan, mengaitkan, menyang­kutpautkan: satu krisis besar pernah berlaku yg ~ menteri; ~ hati ki menumpukan cinta; tersangkut 1. tergantung pd sesuatu, terletak pd sesuatu (seluar pd duri dll): beg tangan putih yg ~ di jenjang kerusi; 2. terlibat sama, terbawa masuk, terbawa-bawa: kelima-lima orang ini tidak ~ dgn kejadian merompak itu; 3. tertumpu pd (pandangan), terlekat: pandangannya ~ pd parut di bawah siku tangan kanannya; 4. terhenti (perjalanan): di mana ~, di situlah singgah; 5. = ~ hati jatuh hati kpd, terpikat; tersangkut-sangkut terputus-putus, tertahan-tahan, gagap (percakapan dll): aku bertanya dlm bahasa Inggeris dgn cara yg ~; sangkutan 1. penyangkut; 2. gangguan (halangan dll); persangkutan perhubungan, pertalian; penyangkut tempat menyangkut sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sang.kut] | سڠکوت

Definisi : ; bersangkut 1 terletak pd sesuatu dgn berkait; bergantung: Baju­nya ~ pd paku di dinding bilik tidurnya. 2 ada kaitan atau hubungan (dgn): ~ dgn perkara itu, mereka akan mengadakan mesyuarat khas. bersangkutan 1 ber­sangkut banyak-banyak atau banyak yg bersangkut (bkn pakaian dll). 2 bersangkut dgn (bkn hubungan atau kaitan); ada pertaliannya atau ada hubungannya antara satu dgn yg lain; bertalian. menyangkut 1 melekat pd sesuatu (kawat pd kawat, kain pd duri dsb) kerana berkait. 2 memasukkan atau membawa ke dlm sesuatu per­­kara (urusan dsb); melibatkan. me­nyangkutkan meletakkan se­suatu pd kait; menggantungkan; meng­gayutkan: Dia ~ bekalannya pd dahan pohon jambu. tersangkut 1 terlekat pd sesuatu; ter­paut; tergantung: Layang-layangnya ~ pd dahan pokok. 2 tidak dpt bergerak atau tidak dpt keluar dgn lancar; terhenti: Kerana air bah, kami ~ di Temerloh. 3 turut terlibat dlm sesuatu perkara: Dia ~ juga dlm perompakan itu. sangkutan 1 tempat menyangkutkan sesuatu. 2 apa-apa yg mengganggu atau yg menghalang; rintangan. persangkut­an hal, keadaan dsb bersangkut atau ber­sangkutan; pertalian; perhubungan. penyangkutan perihal, perbuatan dsb menyangkut atau menyangkutkan. penyangkut alat yg digunakan utk me­nyangkutkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Ayam hutan terbang ke hutan,
     Sangkut sedikit kerana duri;
Adik bukan abang pun bukan,
     Sangkut sedikit kerana budi.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Buka mata pasang telinga,
     tutup mulut simpan di hati.

Bermaksud :

Sesuatu perkara yang tidak ada sangkut-paut dengan kita, boleh juga dilihat dan didengar, tetapi jangan dicampuri mulut.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
haltingadj faltering, terputus-putus, tersangkut-sangkut, tertahan-tahan: his ~ delivery spoiled the effect of the speech, penyampaiannya yg terputus-putus merosakkan kesan ucapan itu; he answered me in ~ English, dia menjawab pertanyaan saya dlm bahasa Inggeris yg tersangkut-sangkut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
outboard motorn motor sangkut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
irrelevance, irrelevancyn 1. state, quality of being unrelated, (keadaan) tdk /berkaitan, bersangkutan/ (dgn sst), tdk (ada) kena-mengena dgn sst, tdk ada /kaitan, sangkut paut/ dgn sst; (leg.) tak relevannya; 2. unrelated facts, remark, etc, approp n + yg tdk /berkaitan, bersangkutan/ (dgn sst), approp n + yg tdk (ada) kena-mengena dgn sst, approp n + yg tdk ada /kaitan, sangkut paut/ dgn sst: she ignored the ~ and continued her argument, dia tdk menghiraukan komen yg tdk berkaitan itu dan meneruskan hujahnya; try to cut all the irrelevancies out of your speech, cuba keluarkan segala perkara yg tdk bersangkutan dr ucapan saudara.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unfalteringadj 1. not hesitating, tdk teragak-agak; (of speech, voice) tdk /tersangkut-sangkut, terputus-putus/: the child walked with ~ steps, budak itu berjalan dgn langkah yg tdk teragak-agak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
irrelevantadj (not connected with) tdk /berkaitan, bersangkutan/ (dgn sst), tdk (ada) kena-mengena dgn sst, tdk ada /kaitan, sangkut paut/ dgn sst; (not important) tdk penting; (leg.) tak relevan: ~ remarks, kata-kata yg tdk ada kena-mengena dgn perkara yg dibincangkan; an essay cluttered with ~ details, esei yg penuh dgn butiran yg tdk berkaitan (dgn tajuk); for as long as she is able to do the job satisfactorily, her qualifications are quite ~, jika dia dapat menjalankan tugasnya dgn memuaskan, kelulusannya tdk penting; be ~ to, tdk /berkaitan, ada kaitan, (ada) kena-mengena/: the question is ~ to the point under discussion, soalan itu tdk ada kaitan dgn perkara yg dibincangkan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stand d. rack, frame etc on or in which things can be placed, tempat letak; (for coats) tempat sangkut: an umbrella ~, tempat letak payung; a cake ~, tempat letak kek; a music ~, tempat letak nota muzik;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
haltern 1. (for horse) tali kajai; 2. (old use) rope for hanging person, tali gantung; 3. also halter neck, pakaian sangkut leher.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
attach(to a book, magazine, etc) melampirkan: ~ed you will find..., bersama-sama surat ini dilampirkan...; there is a corrigendum ~ed to the book, ada ralat yg dilampirkan pd buku itu; h. (by suspending) menggantung: to ~ a weight to a fishing line, menggantungkan pemberat pd tali kail; 2. (usu pass.), (part of building) dgn berkembar: a house with a garage ~ed, rumah garaj berkembar; 3. (usu pass.) appoint for special, temporary duties, menempatkan sbg pegawai sangkut: a new interpreter will be ~ed to our unit, jurubahasa yg baru akan ditempatkan di unit kita sbg pegawai sangkut; 4. (leg.) arrest, seize (person, property, etc) with authority, menahan; 5. (usu pass.) bind by personal ties, rapat; (to st other than person) sayang akan: he is deeply ~ed to his younger sister, dia sangat rapat dgn adik perempuannya; having lived there for many years, he is really ~ed to the place, krn sudah bertahun-tahun tinggal di sana, dia sangat sayang akan tempat itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
growln 1. rough, guttural sound of animal, bunyi (anjing, kucing, dll) menggeram; (of tiger, lion) bunyi (harimau, singa) mengaum, bunyi aum (harimau, singa); 2. (of thunder, engine, etc) bunyi /deram-derum, deram, derum/ (sst), bunyi (sst) /berderam-derum, berderam, berderum/: the ~ of the outboard motor, bunyi motor sangkut berderum; 3. st said in a low, gruff voice, suara geram: he gave a ~ of disapproval, dia membantah dgn suara geram;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
jerkyadj 1. (of motion) tersentak-sentak, tersentap-sentap; (of person or any part of person) kekok, canggung: the ~ motion of the train as it started, kereta api itu bergerak tersentak-sentak semasa mula berjalan; a ~ ride in a bullock cart, perjalanan dgn kereta lembu yg tersentak-sentak; the movement of your arms is too ~, gerak tanganmu terlalu kekok; 2. (of style) tdk lancar, tersangkut-sangkut: a ~ style of writing, gaya penulisan yg tdk lancar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas