Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sani;


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, 1.Kita harus memakai topi keledar supaya kepala kita dilindungi jika kemalangan berlaku / berlaku kemalangan. (kedua-dua boleh diterima?) 2. a.Pak Sani menjirus sayur-mayur. b. Sayur-mayur tumbuh segar. Ayat majmuk : Pak Sani menjirus sayur-mayur supaya tidak layu. atau Pak Sani menjirus sayur-mayur supaya sayur-mayur tumbuh segar. (ayat mana betul?) 3. Saya dan bapa menyapu daun-daun kering / daun kering di bawah pokok. (daun-daun kering atau daun kering?) Sekian, terima kasih.

1. Kita harus memakai topi keledar supaya kepala kita dilindungi jika kemalangan berlaku / berlaku kemalangan. (kedua-dua boleh diterima?). Kedua-dua ayat tersebut betul

2. a. Pak Sani menjirus sayur-mayur. b. Sayur-mayur tumbuh segar. Ayat majmuk : Pak Sani menjirus sayur-mayur supaya tidak layu atau Pak Sani menjirus sayur-mayur supaya sayur-mayur tumbuh segar. (ayat mana betul?): Jawapan betul ialah 1. Pak Sani menjirus sayur-mayur supaya tidak layu. 2. Pak Sani menjirus sayur-mayur supaya tumbuh segar

3. Saya dan bapa menyapu daun-daun kering/daun kering di bawah pokok. (daun-daun kering atau daun kering?) Jawapan betul ialah Saya dan bapa menyapu daun-daun kering di bawah pokok

Tatabahasa10.02.2020
saya saad sani belajar bahasa melayu dasar di universiti fatoni ingin bartanya dbp.apakah maksud sendi nama .terima kasaihSila manfaatkan kemudahan yang tersedia di laman web kami www.dbp.gov.my untuk mendapatkan makna/maklumat yang berkaitan. Contoh: tulis kata kunci seperti "sendi nama" dan tekan butang "CARI". Anda akan memperoleh data daripada pelbagai sumber seperti Kamus, Istilah, Peribahasa dan Khidmat Nasihat. Pilih data yang sesuai dengan keperluan anda, jika untuk mendapatkan maksud ambil data daripada "Kamus" atau "Khidmat Nasihat".Tatabahasa22.09.2016
Sani tidak membeli pakaian itu kerans wangnya sempit..betul atau tidak penggunaan kata sempit?Penggunaan yang frasa betul ialah "kesempitan wang". 

Sani tidak membeli pakaian itu kerana dia kesempitan wang.
Tatabahasa24.08.2013
Nama Saad Marga Sani Sedang belajar Bahasa Melayu Dasar di Pelajar University Fatoni Selatan Thailand ingin bertaya DBP.Apakah Sendi Nama?TerimakasihSila manfaatkan kemudahan yang tersedia di laman web kami www.dbp.gov.my untuk mendapatkan makna/maklumat yang berkaitan. Contoh: tulis kata kunci seperti "sendi nama" dan tekan butang "CARI". Anda akan memperoleh data daripada pelbagai sumber seperti Kamus, Istilah, Peribahasa dan Khidmat Nasihat. Pilih data yang sesuai dengan keperluan anda, jika untuk mendapatkan maksud ambil data daripada "Kamus" atau "Khidmat Nasihat".Tatabahasa22.09.2016
Nama saya Nasrah Sani belajar bahasa melayu dasar ingin bertanya tentang bahasa melayu apakah makna beruntong?Maksud perkataan "beruntung" ialah 1 mendapat atau beroleh untung. 2 bernasib baik; mujur: Dia sungguh beruntung kerana suaminya sangat bertimbang rasa. Untuk maklumat lanjut sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=beruntungTatabahasa04.11.2015
Saya Nama Nasrah Sani belajar bahasa melayu dasar ingin bertanya tentang bahasa melayu apakah makna beruntungBeruntung bermaksud beroleh untung atau bernasib baik. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=beruntung.Makna28.10.2015
Bio-bibliografi Rustam A. Sani

Assalamualaikum, bersama-sama ini dilampirkan maklumat yang diperlukan oleh YBhg Dato'. Harap maklumat yang dilampirkan ini dapat membantu YBhg Dato'.

Lain-lain17.03.2009
Salam tuan, Adakah ejaan guru besar dan ayat di bawah betul? Contoh ayat: 1.Ahmad telah dipanggil oleh Guru Besar kerana tidak hadir ke kelas tambahan tahun enam. 2. Guru Besar En Mohammad Sani telah merasmikan Majlis Penyampaian Hadiah di Sekolah Taman Mulia.1. Ahmad telah dipanggil oleh Guru Besar kerana tidak hadir ke kelas tambahan tahun enam. - guru besar perlu ditulis dengan huruf kecil
2. Guru Besar En Mohammad Sani telah merasmikan Majlis Penyampaian Hadiah di Sekolah Taman Mulia. - ejaan yang betul Guru besar En Mohammad Sani ...
Tatabahasa20.06.2012
Ika SaniView Profile Actions THU 8:32PM Ika Sani Ika Saya ingin meminta penjelasan tentang perkataan mengongsi dan berkongsi. Apakah penggunaan yang betul? Saya pernah membaca ayat-ayat di bawah ini: 1) Sila hantarkan e-mel untuk mengongsi dua cara kita boleh menurunkan berat badan. Atau 2) Sila hantarkan e-mel untuk berkongsi dua cara kita boleh menurunkan berat badan. Mana satukah yang betul? Semoga dapat berikan penjelasan. Terima kasih.Berkongsi antara maksudnya ialah berpakat atau bersama-sama menggunakan sesuatu. Mengongsi bermaksud menggunakan bersama-sama. Berdasarkan makna tersebut, kedua-dua perkataan boleh digunakan dalam konteks yang tersebut, namun lazimnya perkataan berkongsi yang digunakan.Tatabahasa21.04.2016
Selamat petang. Mohon pencerahan tentang watak utama novel komsas tingkatan 2. Bertajuk Darah Titik Di Semantan hasil karya Arman Sani. Terima kasih.Untuk makluman, DBP hanya menyediakan bahan bacaan. Sehubungan dengan itu, mohon rujuk kepada guru atau panitia di sekolah yang terlibat.Karya01.02.2017
12

Kembali ke atas