Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sap] | سڤ

Definisi : = kertas ~ kertas (kain) lembut dan tebal yg boleh menyerap dakwat dan digunakan utk mengeringkan dakwat basah pd kertas selepas menulis; mengesap mengeringkan dakwat dgn kertas (kain) sap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sap] | سڤ

Definisi : kain utk mengeringkan dakwat: kertas ~ kertas kembang utk menge­ringkan dakwat. mengesap menge­ringkan dak­wat dgn menggunakan kain atau kertas sap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sap


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAP

Sap, dalam botani, bermakna cecair di dalam batang

dan akar tumbuh-tumbuhan. Sebenarnya terdapat

dua jenis sap. Satu jenis sap ialah air, berserta

mineral yang terlarut, yang mengalir dari akar pokok

ke daun. Ia mengalir melalui lapisan di batang dan

dahan pokok yang dikenali sebagai xilem. Satu lagi

jenis sap ialah air yang membawa makanan

tumbuhan yang terlarut. Ia mengalir dari daun ke

bahagian-bahagian tumbuhan tempat ia digunakan

atau disimpan. Sap jenis ini bergerak dalam lapisan

yang dikenali sebagai floem.

UMUM 
DUBOISIAS

Duboisias ialah pokok kecil di Australia yang

mengandungi sap beracun. Orang Asli Australia

dikatakan telah menggunakan sap ini sebagai

narkotik dan juga untuk memerangkap burung

emu dan ikan.

UMUM 
SAPSUCKER

Sapsucker adalah satu daripada sekumpulan

burung dalam famili belatuk. Ia hanya tinggal di

Amerika Utara. Burung ini dinamakan sapsucker

kerana sebahagian daripada dietnya ialah

sap daripada pokok. Ia memperoleh sap ini

dengan membuat lubang kecil yang dinamakan

perigi pada kulit pokok. Ia juga memakan serangga

yang tertarik kepada sap, memakan semut dan buah

liar. Sapsucker yang biasa didapati di timur Amerika

Syarikat ialah sapsucker perut kuning . Burung

jantannya mempunyai jambul dan leher berwarna

merah marak (skarlet) dan bahagian atas berwarna

hitam dengan tanda-tanda putih. Pada musim sejuk

sapsucker terbang ke selatan sejauh Amerika Tengah.

Ia bertelur dalam lubang di pokok. Burung betina

bertelur tiga hingga tujuh biji telur berwarna putih bersih.

Sapsucker dada merah barat tinggal di Pantai Pasifik. Burung

dewasa kedua-dua jantina mempunyai jambul, leher

dan dadanya, berwarna merah. Sapsucker

mempunyai tabiat yang hampir sama dengan burung

belatuk tetapi kadangkala ia merosakkan pokok.

UMUM 
SIRAP MAPEL

Sirap mapel ialah cecair manis, pekat yang

didapati daripada sap pokok mapel tertentu.

Pokok gula Amerika Utara adalah sumber utama

keluaran makanan yang lazat ini.

UMUM 
PHNOM PENH

Phnom Penh ialah ibu negara Kemboja. Ia

terletak di bahagian selatan tengah negara itu di

mana Tasik Tonle Sap dan Sungai Bassac bertemu

dengan Sungai Mekong. Untuk lokasi Phnom Penh,

lihat Kemboja (peta). Phnom Penh berfungsi

sebagai pusat perdagangan dan industri Kemboja.

Ia mempunyai kilang penyulingan, kilang padi dan

kilang tekstil.

UMUM 
ASID OKSALIK

Asid oksalik ialah asid organik kuat yang

didapati dalam banyak sayur-sayuran dan

tumbuhan lain. Ia banyak wujud sebagai garam

kalium dalam sap of dock dan tumbuhan lain

dalam kumpulan tumbuhan oksalis dan rumeks.

UMUM 
MULGAMulga ialah perkataan Orang Asli bagi pokok watel yang kecil, merimbun berwarna kelabu hijau yang tumbuh di kawasan luas di pedalaman Australia. Daunnya berguna sebagai foder. Kayunya yang tahan lama, berserta kayu sap berwarna kuning cerah dan teras kayu berwarna perang tua, digunakan untuk membuat barang hiasan dan tiang pagar. Pengelasan saintifik. Mulga tergolong dalam famili Leguminosae (Fabaceae). Ia adalah Acacia aneuraUMUMUmum
SALAP GILEAD

Salap gilead , juga dinamakan salap Makkah,

ialah resin yang dihargai sejak zaman purba

kerana keharumannya dan nilainya sebagai salap

ubatan. Ia didapati daripada sap pokok kecil malar

hijau yang terdapat di Semenanjung Arab dan

Ethiopia. Ia mungkin juga salap yang disebut

dalam kitab Bible (Jer. 8:22; Ezek. 27:17). Namanya

juga digunakan untuk bahan aromatik yang

diperoleh dari sejenis poplar balsam .

Lihat juga Poplar; Resin.

UMUM 

Kembali ke atas