Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.pa.an] | ساڤاءن

Definisi : teguran, ajakan utk bercakap-cakap: tiba-tiba terdengar ~ di dapur rumah; ~ salam ucapan salam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.pa.an] | ساڤاءن

Definisi : kata-kata utk menyapa; ajakan utk bercakap-cakap; teguran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sapaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maklumat tentang bahasa sapaanBahasa sapaan ialah bahasa yang digunakan untuk mengajak orang lain bercakap atau berkomunikasi  dengan kita sama ada melalui lisan dan tulisan. Bahasa sapaan ini terdapat dalam pelbagai jenis seperti bahasa sapaan istana, ahli politik, orang bergelar, dan orang yang lebih tua. Sila rujuk buku Protokol dan Kesantunan Bahasa oleh Dr Awang Sariyan. Kedua-dua buku ini diterbitkan oleh DBP.Lain-lain10.02.2008
sapaan wanita dalam surat rasmi (sudah mengatahui jantina dan nama)PuanIstilah25.01.2011
SAPAAN SULTAN SELANGORDYMM SULTAN SELANGORLain-lain06.09.2010
SAPAAN AGONGDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONGLain-lain06.09.2010
SAPAAN UNTUK DR? PERLU YBHG ATAU TIDAK?YBHG HANYA UNTUK DATUK/DATO'/DATO' YANG BUKAN AHLI PARLIMEN/ADUN/MENTERI/MEMEGANG SEBARANG JAWATAN KABINETLain-lain29.09.2010
penggunaan YH. (yang hormat) perlu diisi noktah atau tidak. contoh YH. atau YH sahaja. terima kasih.Istilah YH tiada dalam kata sapaan. Kata sapaan yang betul ialah Yang Berhormat.

Orang yang bergelar Dato' tetapi bukan Yang Berhormat disapa sebagai Yang Berbahagia Dato', manakala Yang Berhormat khusus kepada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri.
Tatabahasa13.08.2015
Boleh terangkan penggunaan kata sapaan "tuan/puan" dalam surat rasmi, permulaan huruf bagi setiap kata sapaan itu perlu dimulai dengan huruf besar atau huruf kecil? contoh : " YBhg. Datuk/Dato'/Datin/tuan/puan.." Bagaimana pula keadaan sekiranya , kata sapaan "tuan/puan" itu di pertengahan ayat. Contoh : "...untuk makluman dan perhatian tuan/puan selanjutnya.." Kata sapaan tersebut perlu dimulai dengan huruf besar atau huruf kecil? Sekian, terima kasih.Ejaan kata sapaan "tuan/puan" pada pertengahan ayat dimulai dengan huruf kecil. Contoh : "...untuk makluman dan perhatian tuan/puan selanjutnya.." Ejaan06.08.2018
Adakah terdapat istilah Yang Hormat atau YH dalam surat menyurat? contohnya YH Dato', YH Datin dan sebagainyaIstilah YH tiada dalam kata sapaan. Kata sapaan yang betul ialah Yang Berhormat.

Orang yang bergelar Dato' tetapi bukan Yang Berhormat disapa sebagai Yang Berbahagia Dato', manakala Yang Berhormat khusus kepada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri.
Tatabahasa30.07.2013
saya sedang membuat kajiselidik mengenai bahasa sapaan dalam komunikasi masyarakat kita. tetapi saya kurang maklumat mengenai aturan sapaan yang masayarakat kita gunakan. bolehkah pihak dewan membantu saya menerangkan aturan sapaan tersebut

Sdr. Cassira tini,

tentang buku mengenai kata sapaan, terdapat buku yang ditulis oleh Dr. Awang Sariyan dan Prof. Emiratus Asmah Hj. Omar yang mengkaji dan memberikan contoh-contoh yang jelas mengenainya. Jadi Sdr. bolehlah mendapatkan buku-buku tersebut di kedai-kedai buku.Terima kasih 

Lain-lain20.04.2008
Saya ada pertanyaan mengenai sapaan dalam gelaran di surat rasmi. Contohnya: (Dato'/Prof/Prof. Madya./Dr.). Soalan pertama, cukupkah sekadar sapaan bagi gelaran paling besar, iaitu (YBhg. Dato'/Prof/Prof. Madya./Dr.). Soalan kedua. atau perlukah ditulis setiap sapaan gelaran tersebut seperti ( YBhg. Dato'/ YBrs. Prof/ Tuan Prof. Madya./Tuan Dr.)? Soalan ketiga, yang manakah paling sesuai untuk Dr dan Prof. Madya? adakah Tuan atau YBrs.?Soalan terakhir, jika orang yang tiada gelaran, sapaannya ialah Tuan/Puan, jadi bagaimanakah perlu disekalikan dengan sapaan dengan orang yang ada gelaran? adakah begini? (YBhg. Dato'/ YBrs. Prof/ Tuan Prof. Madya./Tuan Dr./ Tuan/ Puan?). Terima Kasih1. Bagi individu yang mempunyai lebih daripada satu gelaran istana/kerajaan, pada kelazimannya hanya gelaran tertinggi yang digunakan dalam sapaan surat rasmi berserta dengan gelaran akademik, seperti YBhg. Prof. Dr. Ahmad bin Ali. Walau bagaimanapun, amalan ini bergantung pada ketetapan yang dibuat oleh empunya nama dan hal ini perlu ditujuk kepada pihak berkenaan. 

2. Gelaran yang sesuai ialah YBrs. Dr. Ahmad bin Ali dan YBrs. Prof. Madya Ahmad bin Ali.

3. Susunan gelaran ialah YBhg. Dato'/YBhg. Datuk Prof/YBrs. Prof. Madya./YBrs. Dr./Tuan/Puan.
Lain-lain22.04.2022
12345678910...

Kembali ke atas