Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.pa.an] | ساڤاءن

Definisi : teguran, ajakan utk bercakap-cakap: tiba-tiba terdengar ~ di dapur rumah; ~ salam ucapan salam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.pa.an] | ساڤاءن

Definisi : kata-kata utk menyapa; ajakan utk bercakap-cakap; teguran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sapaan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
allocutionsapaanLinguistikTiadaTiada
address systemsistem sapaanLinguistikTiadaTiada
address (term of)kata sapaanLinguistikTiadaTiada
address (form of)bentuk sapaanLinguistikTiadaTiada
address (form of)bentuk sapaanSosiolinguistikTiadaUjaran yang berbeza digunakan dalam situasi sosial yang berbeza. Peraturan yang digunakan dapat menjelaskan pemilihan istilah oleh penutur seperti menambat penggunaan nama pertama, pangkat, gantian nama yang akrab dan lain- lain.
address (term of)kata sapaanSosiolinguistikTiadaKata-kata yang digunakan untuk merujuk seseorang dalam interaksi linguistik yang langsung.
introduction (speech)pengenalan (ucapan)KomunikasiKorporatBahagian ketiga dalam struktur ucapan rasmi selepas bahagian kata sapaan dan bahagian kata penghormatan. Pengenalan merupakan kata-kata yang diucapkan sebagai mukadimah atau bahagian awal kandungan utama ucapan oleh seorang pengucap. Kandungan pengenalan sesuatu ucapan biasanya mengandungi kata-kata yang bertujuan untuk mendekatkan diri pengucap dengan khalayak supaya kehadirannya dapat dihberi perhatian dan mengelakkan berlakunya jurang komunikasi, serta meningkatkan kesan interaksi kedua-dua pihak. Antara kandungan pengenalan termasuklah ucapan terima kasih kerana dijemput menghadiri acara dan kerana sambutan baik khalayak. Selain itu, pengucap juga melahirkan rasa gembira dan bersyukur kerana dapat bersama-sama khalayak dan turut mengiktiraf kepentingan khalayak kepada acara tersebut. Pengucap juga biasanya turut memberikan pujian kepada suasana dan persekitaran acara. Penyusunan kandungan teks dalam bahagian ini perlu diberi perhatian dan dipantau oleh eksekutif perhubungan awam.
salutation (speech)kata penghormatan (ucapan)KomunikasiKorporatBahagian pendahuluan yang merupakan bahagian kedua dalam sesuatu struktur rasmi. Bahagian ini terletak di antara bahagian kata sapaan (ucapan salam atau selamat sejahtera) dengan bahagian pengenalan. Di bahagian ini, diberikan penghormatan kepada individu yang hadir dalam sesuatu acara. Penyusunan dan pemilihan kata penghormatan banyak bergantung pada sistem protokol dan hierarki. Sistem ini boleh berasaskan status sosial, taraf jawatan, atau keturunan yang diiktiraf oleh acara dan masyarakat. Dalam budaya masyarakat Malaysia, penyusunan kata penghormatan sangat diberikan perhatian. Bagi memastikan ketepatan susunan kata penghormatan, seseorang boleh mendapatkan nasihat daripada bahagian protokol Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Contohnya, sekiranya dalam majlis tersebut dihadiri seorang menteri, nama beliau perlu disusun paling atas dan gelaran yang diberikan ialah Yang Berhormat, manakala gelaran tuan puan pula diberikan kepada individu biasa dan individu awam yang disusun paling bawah. Bahagian perhubungan awam dalam sesebuah organisasi bertanggungjawab untuk memberikan perhatian dalam aspek ini.

Kembali ke atas