Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sapeh


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sapehsapehMuzikTiada

Lihat sape.

datun juluddatun juludMuzikTiada

 Tarian kaum Kenyah, Kajang dan Kayan di Sarawak. Tarian ini diiringi ensembel dua sapeh dan satu jatung utang. Penari menari secara berkumpulan dengan gerak-geri yang sama.

ngajatngajatMuzikTiada

 Tarian perang di Sarawak. Tarian ngajat ditarikan oleh seorang penari lelaki atau wanita dalam kalangan kaum Iban. Dalam kalangan kaum Kenyan, Kayan dan Kajang, tarian ini dita­rikan oleh penari lelaki. Penari lelaki memakai topeng yang dihiasi bulu burung tempatan seperti enggang dan memegang pedang parang ilang serta perisai tradisional. Tarian ini dikenali juga sebagai ngajat lasan. Tarian ngajat diiringi ensembel engkerumong, dumbak, tawag dan bandai dalam kalangan kaum Iban. Dalam kalangan kaum Kenyah dan Kayan, tarian ini diiringi ensembel dua sapeh sahaja atau ensembel dua sapeh dan satu jatung utang. Selain Ngajat Lasam, terdapat sejenis tarian ngajat lain yang dikenali sebagai ngajat asal. Tarian ini ditarikan oleh dua orang wanita daripada kaum Kenyah, Kayan dan Kajang.

sapesapeMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon jenis lut. Badannya diperbuat daripada kayu dan berbentuk perahu. Bahagian belakang badan alat muzik ini tidak ditutup. Leher sape pendek dan mempunyai tiga hingga empat utas tali logam. Tali logam dipasang pada badan dan leher alat muzik tersebut. Fret sape yang dikenali sebagai kiep dipasang pada badan dan terletak di bawah seutas tali sahaja untuk menghasilkan skel tertentu bergantung pada lagu yang dimainkan. Sape diletakkan mendatar di atas riba dan tali dipetik dengan jari. Dua atau tiga utas tali dipetik untuk menghasilkan dron, iaitu pic berterusan atau ostinato (motif melodi dan irama yang berterusan). Seutas tali yang lain dipetik untuk mengha­silkan melodi. Sape biasanya dimainkan secara berpasangan. Namun begitu, alat muzik ini juga boleh dimainkan secara solo. Suatu ketika dahulu, sape dimainkan untuk mengiringi upacara ritual khas dan juga tujuan percintaan. Kini, sape di­mainkan untuk mengiringi tarian dan hiburan. Sape yang terdapat di Sarawak dimainkan oleh suku kaum Kenyan, Kayan, Kelabit dan Kajang. Alat muzik yang hampir serupa dengan sape juga terdapat di seluruh kawasan Asia Tenggara. Sinonim sampe, sapeh.


Kembali ke atas