Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.pi] | ساڤي

Definisi : 1. sj binatang yg rupanya spt lembu dan berwarna hitam, Bos indicus; 2. Id lembu; lembu punya susu, ~ dapat nama = kerbau sakit, ~ beroleh nama prb orang lain yg ber-buat kebajikan orang lain pula yg mendapat pujian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.pi] | ساڤي

Definisi : ; pohon ~ sj tumbuhan (pokok kecil), Otophora spectabilis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.pi] | ساڤي

Definisi : binatang spt lembu tetapi berwarna hitam, Bos indicus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sapi

Puisi
 

Pagar buluh anggitnya jarang,
     Akan pemagar sapi jerasa;
Dalam sepuluh jarang seorang,
     Hanya yang tahu menimbang rasa.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Hilang jasa beliung,
     timbul jasa rimbas.

Bermaksud :

Orang lain yang berbuat kebaikan (berlelah payah), orang lain pula yang mendapat pujian. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kerbau punya susu, sapi punya nama, b. Kerbau sakit, sapi beroleh nama). rimbas = perkakas untuk penarah kayu.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka mengenai buku antologi peserta Minggu Penulis Remaja 2008 yang telah dilangsungkan di SMK Batu Sapi Sandakan. Adakah buku antologi tersebut sudah siap dan jika sudah siap bagaimana cara untuk mendapatkan buku antologi tersebut?Kami akan menyemak sama ada buku tersebut sudah diterbitkan ataupun belum dan akan memaklumkannya kepada pihak tuan dengan seberapa segera.Lain-lain04.09.2010
Sama ada terdapat istilah “butiro” dalam bahasa Melayu bagi perkataan “butyro”. Sebagai contoh dalam ayat seperti yang berikut: “Ghee shall have butyro number of from 42 to 45 at 40 C. Minyak sapi hendaklah mempunyai nombor butiro daripada 42 hingga 45 pada 40 C.”.Kami mencadangkan padanan bagi istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

butyro - butiro

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain28.05.2021

Kembali ke atas