Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar kajian tentang bentuk dan pembentukan kata (dlm bahasa Arab), morfologi; ilmu ~ ilmu perubahan kata-kata: cucuku sudahkah mengaji ~ dan nahu? (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : = urat ~ urat (tisu atau saraf) yg meng-hubungkan otak (atau cabang-cabang darinya) dgn bahagian-bahagian lain dlm tubuh badan: ~-~ itu mengalirkan rangsang dr alat perasa masuk ke otak; ~ aferen (Bio) saraf yg mengalirkan impuls dr bahagian badan ke sistem saraf pusat; ~ eferen (Bio) saraf yg mengalirkan impuls dr sistem saraf pusat ke bahagian badan; ~ tunjang (Bio) bahagian sistem saraf pusat yg terdapat dlm tulang belakang; penyakit ~ gila, tidak siuman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perubahan kata-kata (dlm bahasa Arab). ilmu ~ ilmu mengenai perubahan kata-kata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : , = urat ~ urat atau tisu perasa yg halus-halus yg menghubungkan otak atau cawangan-cawangannya dgn bahagian badan yg lain. ~ tunjang gentian saraf di dlm tulang belakang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata saraf


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NEUROPATOLOGI

Neuropatologi ialah sains yang mengkaji

perubahan yang dihasilkan oleh penyakit pada

pusat sistem saraf, saraf, atau otot. Ia juga

berkaitan dengan perubahan yang terhasil

daripada aktiviti normal dalam sistem saraf. Ia

mungkin perubahan yang tidak boleh dilihat

dengan mata kasar atau dengan menggunakan

mikroskop optikal atau mikroskop elektron. Lihat

juga Patologi; Sistem saraf.

UMUM 
NEUROLOGI

Neurologi ialah bidang perubatan yang

berkaitan dengan diagnosis dan rawatan

terhadap penyakit sistem saraf dan otot. Sistem

saraf mengandungi otak, saraf tunjang, dan saraf

(lihat Sistem saraf ). Ahli neurologi ialah doktor

yang menerima latihan kepakaran dalam

neurologi selepas tamat sekolah perubatan dan

latihan sambil kerja. Mereka menilai dan

merawat pesakit yang mengalami sakit kepala,

mendapat serangan sakit jantung tiba-tiba, atau

strok atau pesakit yang mendapat gangguan

seperti penyakit Alzheimer, Huntington,

meningitis, sklerosis berbilang, distrofi otot, dan

Parkinson.

UMUM 
SIATIKA

Siatika ialah rasa kesakitan di sepanjang saraf

siatik. Saraf siatik ialah saraf yang memanjang ke

bawah dari pelvis hingga ke belakang kaki. Saraf

yang besar ini mengawal deria rasa dan pergerakan

pada kaki.

UMUM 
PERANG SARAF

Perang saraf menggunakan propaganda untuk

mencapai tujuan yang tertentu. Perang saraf boleh

digunakan sebelum perang untuk mencegah

meletusnya peperangan ataupun semasa perang

untuk memenanginya. Sesebuah negara

menggunakan perang saraf untuk meyakinkan

negara musuh bahawa mereka tidak akan menang

jika berlakunya perang dan justeru itu, peperangan

tidak perlu dimulakan. Semasa perang, negara

menggunakan perang saraf untuk meyakinkan

pasukan tentera musuh bahawa perjuangan

mereka itu tidak adil dan sia-sia, dan untuk

melemahkan keyakinan terhadap para pemimpin.

Matlamatnya ialah memusnahkan tekad musuh

untuk berperang.

UMUM 
PLEKSUS SURIA

Pleksus suria ialah nama biasa bagi pleksus

sieliak , satu rangkaian saraf di belakang perut. Ia

adalah sebahagian daripada sistem saraf autonomi.

Sistem ini mengawal visera (organ dalam)

abdomen. Bebenang saraf sistem saraf autonomi

disambungkan oleh cabang dengan organ rongga

abdomen.

UMUM 
SISTEM SARAF

Sistem saraf ialah rangkaian komunikasi dalaman

yang membolehkan haiwan menyesuaikan diri

dengan perubahan dalam persekitarannya. Hampir

kesemua haiwan, kecuali jenis yang paling ringkas,

mempunyai jenis sistem saraf tertentu.

UMUM 
PERANGSANG

Perangsang ialah sejenis bahan yang

menyebabkan peningkatan aktiviti sesuatu organ

di dalam tubuh. Bahan perangsang biasanya

merujuk kepada bahan kimia yang menggiat atau

meningkatkan aktiviti tertentu dalam sistem saraf

pusat (lihat Sistem saraf [Sistem saraf pusat]).

Amfetamin, kafein, dan nikotin ialah contoh

bahan perangsang.

UMUM 
SINDROM SALURAN KARPAL

Sindrom saluran karpal ialah gangguan biasa

yang menyebabkan kesakitan, dan mengganggu

penggunaan tangan. Ia disebabkan oleh tekanan

pada saraf median apabila saraf ini melalui saluran

yang dibentuk oleh tulang dan ligamen pada

pergelangan tangan. Saluran ini dikenali sebagai

saluran karpal. Pelbagai keadaan boleh

menyebabkan saluran karpal menjadi sempit dan

memberi tekanan pada saraf median. Ini termasuk

kecederaan, seperti fraktur pergelangan tangan;

artritis yang menjadi teruk kerana bengkak tendon

dalam saluran karpal; kehamilan, yang boleh

menyebabkan sinovium (membran) di sekeliling

tendon menjadi tebal; dan ketaknormalan kelenjar,

seperti diabetes dan gangguan tiroid. Kerja yang

melibatkan pergerakan pergelangan tangan yang

berulang-ulang juga boleh menyebabkan sindrom

saluran karpal.

UMUM 
ILMU SARAFIlmu saraf, bererti perubahan atau pertukaran.
Perkataan ini diambil sebagai satu istilah yang
bermaksud satu sistem penukaran perkataan,
luaran atau dalaman, tetapi tidak melibatkan
penukaran pada baris perkataan.
UMUMUmum
NEURALGIA

Neuralgia ialah rasa sakit teruk yang berlaku di

bahagian saraf. Punca kesakitan ini tidak diketahui.

Kesakitan mungkin terhad pada satu bahagian

saraf sahaja, atau boleh merebak ke cabang saraf

yang lain. Ia boleh berlaku dengan rasa sakit

seperti dicucuk berulang kali di gigi, sinus, mata,

muka, lidah, atau kerongkong.

UMUM 
12345

Kembali ke atas