Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sarang;

Puisi
 

Telur angsa sarang setalam,
     Cendana sarang tempurung;
Embun menitik serata alam,
     Nyawa melarat seperti burung.


Lihat selanjutnya...(41)
Peribahasa

Rumah tinggal sarang hantu,
     orang bujang sarang fitnah.

Bermaksud :

Orang yang tinggal sendirian senantiasa menjadi tumpuan percakapan.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kelarai sarang menganangkelarai sarang menganangKesenianTiadaKelarai Cik Kedah bersila yang bahagian tengahnya dianyam dengan anyaman gadas dan dikenali dengan nama kelarai bunga gadung
Hydynophytum formicarumKepala berok, sarang semutPertanianTiadaTumbuhan jenis herba dalam famili Rubiaceae juga dikenali sebagai sarang semut. Bahagian akarnya membentuk struktur sarang semut. Tumbuhan ini hidup menumpang atas pokok dan bersimbiosis dengan semut. Daunnya tebal dan kecil. Akar yang telah dikeringkan digunakan untuk merawat ulser dalam usus, barah perut, barah buah dada dan mengubati kudis yang sukar sembuh.
ant-nest beetlekumbang sarang semutBiologiEntomologiNama bagi beberapa kumbang kecil yang hidup di dalam sarang semut, misalnya kumbang berwarna perang kemerahan, Lomechusa strumosa yang hidup di dalam sarang semut api, Formica sanguinea. Larva serangga ini menyerupai semut sehingga diterima sebagai ahli koloni semut. Sesetengah larva ini berkongsi makanan dengan semut atau mungkin bertindak sebagai pembangkai, tetapi dalam kebanyakan kejadian, larva dan kumbang dewasa ini memakan larva semut.
honeycomb structurestruktur sarang lebah/struktur indung maduAeroangkasaTiadaStruktur pesawat udara berketumpatan rendah yang dibentuk mengikut sarang lebah untuk mengurangkan berat.,Sayap yang dipasang pada bahagian tengah fiuslaj.,Struktur pesawat udara berketumpatan rendah yang dibentuk mengikut sarang lebah untuk mengurangkan berat.
reddsarang beronggaPerikananTiadaKawasan khas yang dihasilkan oleh ikan sungai sebagai tempat untuk bertelur. Sarang berongga yang dipenuhi dengan telur biasanya ditimbuni batu kelikir.
bee lousekutu lebahBiologiEntomologiSerangga halus tanpa sayap yang menyerang sarang lebah dan badan lebah. Walaupun serangga ini menyerupai kutu, tetapi sebenarnya merupakan serangga Diptera. Larva serangga ini hidup di dalam sarang lebah dalam bilangan yang besar, mengorek lubang ke dalam sarang lebah, dan memakan debunga dan madu.
bird's nest soupsup sarang burungSosiologiTiadaSup yang diperbuat daripada sarang sejenis burung.
honeycomb weatheringluluhawa sarang lebahGeografiTiadaSejenis luluhawa kimia bezaan yang membentukkan permukaan batuan berbentuk sarang lebah.
bird's nests consommekonsome sarang burungPentadbiran PerniagaanTiadaKonsome yang dicampur brandi dan dihias dengan sarang burung yang sudah dimasak.
spider stitchjahit sarang labah-labahKesenianTiadaJahitan di atas fabrik renda atau net dengan menggunakan benang yang diatur menyerupai sarang labah-labah.
12345678910...

Kembali ke atas