Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ri] | ساري

Definisi : 1. pati drpd sesuatu (makanan, buah-buahan, dll): ~ susu; 2. bahagian yg penting (drpd karangan, berita, pelajaran, dll), isi pokok; ~ kata terjemahan dialog dlm filem yg disiarkan serentak dgn tayangan filem berkenaan; inti ~ pokok, isi; 3. = serbuk (tepung) ~ Id debunga (pd tumbuh-tumbuhan); ~ bunga kelopak bunga; menyarikan 1. menghisap madu dr sari bunga (kumbang, rama-rama, dll); 2. memetik pati sahaja (drpd karangan, berita, dll), meng-ikhtisarkan; penyarian perbuatan (proses) memetik isi drpd karangan, berita, dll: ~ data. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ri] | ساري

Definisi : sl bunga: puspa~; sang lir ~ tuan yg spt bunga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ri] | ساري

Definisi : sj pakaian tradisional wanita India; bersari memakai sari: wanita India yg ~ biru itu ialah rakan sekuliah saya dahulu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ri] | ساري

Definisi : 1 isi yg terbaik drpd sesuatu ben­da spt susu, buah-buahan: ~ susu. 2 bahagian yg terpenting drpd sesuatu karangan dll; isi. 3 = tepung (serbuk) ~ butir-butir bunga yg merupakan benih jantan; debunga pd tumbuh-tumbuhan. ~ bunga kelopak bunga yg berwarna-warni. ~ kata terjemahan dialog drpd filem asing yg terdapat pd bahagian bawah skrin. ~ salut bahagian bunga yg di sebelah luar termasuk sari bunga dan salut bunga. menyarikan 1 mengambil sari atau apa-apa yg terpenting drpd sesuatu karangan dll. 2 menghisap atau mengambil madu dan sari dr bunga (oleh kumbang dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sa.ri] | ساري

Definisi : bunga: taman ~ taman bunga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sa.ri] | ساري

Definisi : 1 kain panjang yg dipakai oleh kebanyakan wanita India. 2 pakaian tradisional wanita India (Pakistan dsb) yg terdiri drpd kain panjang yg dililitkan pd badan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sari (kata nama)
1. Bersinonim dengan pati: ekstrak, biang,

2. Bersinonim dengan inti: isi, inti sari, asas, pokok, akar, tonggak, umbi, tema, motif, buah, tajuk, manduk, judul,

Kata Terbitan : menyarikan,

Puisi
 

Sari manis tangguli manis,
     Manis bercampur air tebu;
Hari-hari gila menangis,
     Musim pabila kan bertemu.


Lihat selanjutnya...(4)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
sari, sareen sari.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
concentraten sari, pati; (of chemical) pekatan: mango juice ~, sari jus mangga;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
swathe, swath a tall woman ~d in a red satin sari, wanita yg tinggi yg dibaluti sari satin merah; his leg, heavily ~d in bandages, was supported on a cushion, kakinya yg dibalut dgn pembalut, diampu oleh kusyen.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
subtitle n 1. translation of a film script printed on the film, sari kata: an English film with Malay ~s, filem Inggeris dgn sari kata dlm bahasa Melayu; 2. secondary title (of a book) tajuk kecil;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
style 9. (bot) benang sari;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gistn essence, inti, inti pati, inti sari: did you get the ~ of the argument?, adakah kamu mendapat inti pati hujah itu?.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
compendiumn short, comprehensive account, ikhtisar, ringkasan, sari pati.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
thrust5. main theme, teras, inti sari: the main ~ of his argument was that the government should take a more active role, teras utama hujahnya ialah kerajaan sepatutnya memainkan peranan yg lebih giat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
burden2main theme (of speech etc) teras, inti pati, inti sari: the ~ of the Prime Minister’s speech was that..., teras ucapan Perdana Menteri ialah... .Kamus Inggeris-Melayu Dewan
captionn 1. (accompanying illustration, photograph, etc) kapsyen, keterangan gambar; 2. (in film) sari kata.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas