Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ri] | ساري

Definisi : 1. pati drpd sesuatu (makanan, buah-buahan, dll): ~ susu; 2. bahagian yg penting (drpd karangan, berita, pelajaran, dll), isi pokok; ~ kata terjemahan dialog dlm filem yg disiarkan serentak dgn tayangan filem berkenaan; inti ~ pokok, isi; 3. = serbuk (tepung) ~ Id debunga (pd tumbuh-tumbuhan); ~ bunga kelopak bunga; menyarikan 1. menghisap madu dr sari bunga (kumbang, rama-rama, dll); 2. memetik pati sahaja (drpd karangan, berita, dll), meng-ikhtisarkan; penyarian perbuatan (proses) memetik isi drpd karangan, berita, dll: ~ data. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ri] | ساري

Definisi : sl bunga: puspa~; sang lir ~ tuan yg spt bunga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ri] | ساري

Definisi : sj pakaian tradisional wanita India; bersari memakai sari: wanita India yg ~ biru itu ialah rakan sekuliah saya dahulu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ri] | ساري

Definisi : 1 isi yg terbaik drpd sesuatu ben­da spt susu, buah-buahan: ~ susu. 2 bahagian yg terpenting drpd sesuatu karangan dll; isi. 3 = tepung (serbuk) ~ butir-butir bunga yg merupakan benih jantan; debunga pd tumbuh-tumbuhan. ~ bunga kelopak bunga yg berwarna-warni. ~ kata terjemahan dialog drpd filem asing yg terdapat pd bahagian bawah skrin. ~ salut bahagian bunga yg di sebelah luar termasuk sari bunga dan salut bunga. menyarikan 1 mengambil sari atau apa-apa yg terpenting drpd sesuatu karangan dll. 2 menghisap atau mengambil madu dan sari dr bunga (oleh kumbang dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sa.ri] | ساري

Definisi : bunga: taman ~ taman bunga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sa.ri] | ساري

Definisi : 1 kain panjang yg dipakai oleh kebanyakan wanita India. 2 pakaian tradisional wanita India (Pakistan dsb) yg terdiri drpd kain panjang yg dililitkan pd badan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sari (kata nama)
1. Bersinonim dengan pati: ekstrak, biang,

2. Bersinonim dengan inti: isi, inti sari, asas, pokok, akar, tonggak, umbi, tema, motif, buah, tajuk, manduk, judul,

Kata Terbitan : menyarikan,

Puisi
 

Sari manis tangguli manis,
     Manis bercampur air tebu;
Hari-hari gila menangis,
     Musim pabila kan bertemu.


Lihat selanjutnya...(4)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
yang tinggi dibandingkan dengan bata bakar. (KEJ) absorption wall (dinding penyerap) Dinding yang disaluti dengan bahan penyerap bunyi. (FIZ) abstract (abstrak/penyata cukai) Tulisan pendek mengenai sesuatu, ringkasan, ikhtisar dan sari. Abstrak digu- nakan bagi menyatakan hasil kayu yang dikeluarkan dari kawasan hutan dan jumlah cukai yang perlu dibayar. Pengiraan ini dibuat semasa hasil dikeluar- kan dari kawasan hutan. (HUT) abstract sederhana keras dan ringan hingga sederhana berat. (HUT) Keplerʼs Law of Planetary Motion (Hukum Gerakan Planet Kepler) Hukum kinematik untuk sistem planet yang disyorkan oleh Johann Kepler (1571 – 1630). Inti sari daripada hukum ini ialah: i. Planet bergerak mengelilingi bumi dalam bentuk elips dan matahari be - rada pada salah satu fokus elips tersebut. ii. Garis yang menghubungkan sebarang planet dengan matahari

Kembali ke atas