Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ri] | ساري

Definisi : 1. pati drpd sesuatu (makanan, buah-buahan, dll): ~ susu; 2. bahagian yg penting (drpd karangan, berita, pelajaran, dll), isi pokok; ~ kata terjemahan dialog dlm filem yg disiarkan serentak dgn tayangan filem berkenaan; inti ~ pokok, isi; 3. = serbuk (tepung) ~ Id debunga (pd tumbuh-tumbuhan); ~ bunga kelopak bunga; menyarikan 1. menghisap madu dr sari bunga (kumbang, rama-rama, dll); 2. memetik pati sahaja (drpd karangan, berita, dll), meng-ikhtisarkan; penyarian perbuatan (proses) memetik isi drpd karangan, berita, dll: ~ data. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ri] | ساري

Definisi : sl bunga: puspa~; sang lir ~ tuan yg spt bunga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ri] | ساري

Definisi : sj pakaian tradisional wanita India; bersari memakai sari: wanita India yg ~ biru itu ialah rakan sekuliah saya dahulu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ri] | ساري

Definisi : 1 isi yg terbaik drpd sesuatu ben­da spt susu, buah-buahan: ~ susu. 2 bahagian yg terpenting drpd sesuatu karangan dll; isi. 3 = tepung (serbuk) ~ butir-butir bunga yg merupakan benih jantan; debunga pd tumbuh-tumbuhan. ~ bunga kelopak bunga yg berwarna-warni. ~ kata terjemahan dialog drpd filem asing yg terdapat pd bahagian bawah skrin. ~ salut bahagian bunga yg di sebelah luar termasuk sari bunga dan salut bunga. menyarikan 1 mengambil sari atau apa-apa yg terpenting drpd sesuatu karangan dll. 2 menghisap atau mengambil madu dan sari dr bunga (oleh kumbang dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sa.ri] | ساري

Definisi : bunga: taman ~ taman bunga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sa.ri] | ساري

Definisi : 1 kain panjang yg dipakai oleh kebanyakan wanita India. 2 pakaian tradisional wanita India (Pakistan dsb) yg terdiri drpd kain panjang yg dililitkan pd badan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sari (kata nama)
1. Bersinonim dengan pati: ekstrak, biang,

2. Bersinonim dengan inti: isi, inti sari, asas, pokok, akar, tonggak, umbi, tema, motif, buah, tajuk, manduk, judul,

Kata Terbitan : menyarikan,

Puisi
 

Sari manis tangguli manis,
     Manis bercampur air tebu;
Hari-hari gila menangis,
     Musim pabila kan bertemu.


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sarisariKesenianTiada1. Sari yang terdapat di Bombay, India.,2. Pakaian tradisional wanita Hindu.,3. Fabrik tenun khas untuk membuat sari.
Begum Behar sarisari Begum BeharKesenianTiadaSari bercorak dam, biasanya dibuat daripada kain kapas dan sutera, ditenun tangan oleh penduduk tempatan Tanguil, Benggala, Pakistan.
Keris Taming SariKeris Taming SariKerisTiadaKeris yang dimiliki oleh pendekar Jawa yang bernama Taming Sari dari Majapahit.
Keris SariKeris SariKerisTiadaKeris yang mempunyai ukiran berbentuk ular menjalar dan mempunyai sembilan keluk.
keris parung sarikeris parung sariKesenianTiadaMotif tenunan berunsur benda berbentuk keris berlok.
Keris Parung SariKeris Parung SariKerisTiadaKeris yang mempunyai tujuh keluk dan sesetengahnya pula mempunyai tujuh belas keluk dan pada bahagian mata diukir bentuk ular.
Keris Tambang SariKeris Tambang SariKerisTiadaKeris yang mempunyai tiga belas atau lima belas keluk.
sareesariKesenianTiada1. Sari yang terdapat di Bombay, India.,2. Pakaian tradisional wanita Hindu.,3. Fabrik tenun khas untuk membuat sari.
sarriesariKesenianTiada1. Istilah yang merujuk kepada sari di Bombay, India.,2. Pakaian tradisional wanita Hindu. Istilah ini juga digunakan bagi fabrik tenun khas untuk sari.
author abstractsari pengarangPerpustakaanTiadaSari yang ditulis oleh pengarang yang juga menulis makalah yang asal.
123456789

Kembali ke atas