Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : gelaran orang yg telah mendapat ijazah pertama di universiti (sebelum ijazah sarjana); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : gelar utk orang yg telah mendapat ijazah pertama dr universiti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
muda (adjektif)
1. Dalam konteks orang
bersinonim dengan belia, masih remaja, masih mentah, budak, masih hijau, setahun jagung, ubun-ubun masih lembik, masih berhingus,
Berantonim dengan tua

2. Dalam konteks buah
bersinonim dengan belum masak, belum tua, masih hijau,
Berantonim dengan tua

3. Bersinonim dengan masih awal: belum lama, belum menghujung,
Berantonim dengan lewat

Kata Terbitan : kemuda-mudaan, pemuda,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
IJAZAH SARJANA MUDA UMUM 
TAN AIK HUANG

Tan Aik Huang, pemain badminton Malaysia.

Dia lahir pada 14 Februari 1946 dan merupakan

pemegang ijazah Sarjana Muda Fizik dari Universiti

Malaya.

UMUM 
PUNCH GUNALAN, DATUK

Punch Gunalan, Datuk (1944– ), pemain

badminton Malaysia. Dia lahir pada 2 April 1944 di

Selangor. Dia mendapat pendidikan di Sekolah

King George V, Seremban, sebelum melanjutkan

pelajaran di Brighton Technology College, United

Kingdom pada tahun 1963. Dia mendapat kelulusan

ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal pada

tahun 1967.

UMUM 
ASAD, NASIR AL-DIN AL-

Asad, Nasir al-Din al- (1923– ), sasterawan,

sarjana, pengkaji, ahli politik dan pendidik yang

berpengalaman. Dia lahir di bandar al-‘Aqabah,

Jordan. Dia menyambung pelajarannya di Fakulti

Bahasa Arab di al-Quds lalu memperoleh Ijazah

kelas dua dan Diploma Pendidikan pada tahun 1943.

Kemudian, dia memperoleh Ijazah Sarjana Muda

dengan kepujian dalam bidang sastera pada tahun

1947, Ijazah Sarjana pada tahun 1951, dan pada

tahun 1955, doktor falsafah daripada Universiti al-

Azhar.

UMUM 
A'ZAMI, MUSTAFA AL-

A’zami, Mustafa al- (1351 H.– /1933 M.– ),

ahli fikir dan profesor di sebuah universiti di Arab

Saudi. Nama penuhnya ialah Muhammad Mustafa

al-A‘zami. Dia lahir di bandar Manu, pesisiran

Azham Kadah, di utara India. Dia mula belajar di

sekolah Arab Islam dan kemudiannya di Kolej Darul

Ulum, Douband dan tamat pengajian pada tahun

1952. Selepas itu, dia menyambung pelajaran ke

Universiti al-Azhar, Mesir dan mendapat Ijazah

Sarjana Muda Kepujian dan Diploma Pendidikan

daripada Fakulti Bahasa Arab.

UMUM 
ANWAR IBRAHIM

Timbalan Perdana Menteri (1993-1998).  Dia lahir pada 10 Ogos 1947 di Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.  Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Cherok Tok Kun dan Sekolah Stowell.  Pendidikan menengahnya di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak.  Dia memperoleh ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dari Universiti Malaya pada tahun 1971.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TITIE SAIDTITIE SAID (1935 -       ), penulis Indonesia. Dia lahir pada 11 Julai 1935 di Bojonegoro, Jawa Timur, Indonesia. Nama penuhnya ialah Titie Raya Said Sadikun. Dia adalah pelajar arkeologi di Universitas dan mendapat ijazah Sarjana Muda pada tahun 1959. dia pernah menjadi sidang redaksi beberapa terbitan berkala seperti Wanita, Hidup dan Kartini dan pada tahun 1980, dia memimpin pula majalah Famili. Dia turut menjadi anggota DPRD Tingkat I Propinsi Bali setelah mengikut suaminya bertugas di sanaSASTERATokoh
RAMON MAGSAYSAY

RAMON MAGSAYSAY (1907-1957), Presiden Republik Filipina yang ketiga (1953-1957). Dia lahir pada 31 Ogos 1907 di Zambales, Luzon Tengah, Filipina. Ayahnya seorang guru sekolah perdagangan dan kemudian membuka kedai menjual barang-barang besi. Magsaysay menamatkan persekolahan menengah di Zambales. Kemudian dia memasuki Kolej Jose Rizal dan lulus dengan mendapat ijazah Sarjana Muda Sains Perdagangan pada tahun 1932.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
COLLINS, JAMES T.

COLLINS, JAMES T. (1946-  ), pengkaji bahasa Melayu berbangsa Amerika. Dia lahir di Chicago, Amerika Syarikat. Nama penuhnya ialah James Thomas Collins. Collins memperoleh ijazah Sarjana Muda dalam bidang linguistik dari University of Chicago pada tahun 1975. Lima tahun kemudian, Collins telah berjaya memperoleh ijazah Doktor Falsafah (Linguistik) dari universiti yang sama.

          

BAHASATokoh
RAZAK MAMAT

RAZAK MAMAT (1949-1991), penulis. Dia lahir pada 1 Mei 1949 di Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu, Terengganu. Dia mendapat pendidikan awal di Kuala Terengganu. Dia kemudian menuntut di Institut Teknologi MARA (ITM), Shah Alam, sebelum memasuki Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru, Johor (1971-1972). Razak kemudiannya mengajar di Catholic High School, Melaka. Dia melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia (USM) dari tahun 1974 hingga tahun 1978 hingga memperoleh ijazah Sarjana Muda Sains Sosial. Selepas tamat pengajiannya, dia mengajar di High School, Convent Holy Infant Jesus dan Sekolah Mengenah Munsyi Abdullah, di Melaka.

SASTERATokoh
1234567

Kembali ke atas