Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.sar] | ساسر

Definisi : setengah gila, kurang siuman; ~ bahasa gila bahasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.sar] | ساسر

Definisi : Jk; menyasar tidak mengikut arah yg sepatutnya, sesat; kesasar, tersasar terpesong (drpd arah atau landasan yg sewajarnya), tersesat (fikiran dll): oleh itu, yg salah harus dibetulkan, yg ~ hendaklah ditepatkan dan yg kurang perlu digenapkan; belut yg ~ di bawah permatang; anak ~ anak yg sudah rosak fikirannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.sar] | ساسر

Definisi : Jk; menyasar membidik, menghala, menuju; menyasarkan 1. menghalakan, menujukan; 2. menetapkan sasaran (hasil, perolehan dsb yg ingin dicapai): syarikat ~ jualan bagi kedua-dua unit amanah ini mencecah sehingga RM30 juta menjelang bulan Jun depan; negara kita ~ 14 pingat emas bagi acara olahraga di temasya Sukan SEA itu; sasaran 1. tujuan (menembak), bulan-bulan: ada yg menembak ~, ada yg bercatur, ada yg bersepak raga; 2. tujuan (serangan politik, marah, kritik, dll): Tijah sudah menjadi tempat ~ marah dan hamun; 3. hasil drpd sesuatu usaha, tindakan dsb yg ingin dicapai, matlamat: kami harus mencapai ~ kerja bulanan yg telah ditetapkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.sar] | ساسر

Definisi : ; menyasar tidak mengikut arah yg betul; salah jalan; sesat. kesasar, tersasar tersalah jalan dll; tersesat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sa.sar] | ساسر

Definisi : ; menyasar membidik; me­ne­nang; menuju. menyasarkan 1 menujukan; menghalakan. 2 mene­tapkan matlamat (hasil, perolehan dsb) yg hendak dicapai: Pihak pemasaran ~ jualan sebanyak 10,000 unit menjelang hujung tahun ini. sasaran 1 benda yg dituju ketika berlatih menembak dll; bulan-bulan. 2 sesuatu yg menjadi tujuan serangan (kritikan dll). 3 hasil atau perolehan yg ingin dicapai drpd sesuatu usaha: Mereka menetapkan ~ yg agak tinggi bagi projek itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sa.sar] | ساسر

Definisi : tidak berapa siuman; agak gila. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin tahu perkataan 'lapang sasar' atau 'lapangan sasar' - antara kedua-duanya mana yang betul.Istilah tepat yang digunakan dalam bidang sukan ialah  ‘lapangan sasar’.Istilah02.06.2014
1. Istilah sasar merujuk kepada istilah dalam bahasa kelompok sasaran, iaitu istilah dalam bahasa Melayu. Adakah penggunaan istilah sasar dibenarkan dalam penulisan rasmi? 2. Perkataan hematoma didapati tiada dalam kamus terkini. Namun begitu, didapati hematoma ada digunakan dalam istilah sasar (rujuk Istilah Bahasa Melayu). Adakah penggunaannya dibenarkan dalam surat rasmi? Lazimnya dalam surat rasmi, penggunaan perkataan bahasa Inggeris akan diitalic kan. Perlukah ia diitalickan ?1. Istilah sasar boleh digunakan dalam penulisan rasmi. Walau bagaimanapun bagi memudahkan pemahaman awam lebih baik digunakan perkataan diterjemahkan kepada ... dalam bahasa Melayu. 

2. Ayat yang lebih sesuai, istilah hematoma dipinjam dan dikekalkan ejaannya dalam bahasa Melayu.
Istilah18.01.2021
Apakah istilah sasar yang sesuai bagi "future security price" yang digunakan dalam pelaburan?Padnana bahasa Melayu untuk future security price ialah "harga keselamatan masa depan".Istilah16.12.2021
Perbezaan "kumpulan sasar" dan "kumpulan sasaran"Berdasarkan pangkalan data istilah DBP, istilah bahasa Melayu untuk "target group" ialah kumpulan sasaran.Istilah02.02.2017
Adakah perkataan lasagne dan hot dog perlu diitalikkan dalam penulisan rasmi?Merujuk kepada prpm.dbp.gov.my menyatakan bahawa istilah sasar bagi istilah lasagne ialah lasagne manakala hot dog pula istilah sasar yang boleh kami cadangkan ialah sosej dalam bahasa Melayu yang lebih sesuai digunakan dalam penulisan rasmi.Penyemakan dan penterjemahan18.12.2015
Saya ingin mendapatkan nasihat berkenaan dua istilah konsep seperti yang tersebut memandangkan tidak ada lagi istilah sasar yang tepat diperkenalkan walaupun kajian-kajian sebegini semakin mendapat tempat. 1. Placemaking - citra-ukir tempat 2. Sense of place - cita tempat Adakah dua terjemahan ini menepati istilah sasar tersebut? Jika ada cadangan istilah yang lebih baik amatlah dihargai. Terima kasih.Padanan bahasa Melayu bagi istilah placemaking ialah pewujudan tempat. Manakala cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah sense of place ialah perasaan setempat. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah30.05.2023
1. Apakah maksud Istilah Sasar? 2. "..pesakit berumur 32 tahun, gravida 3 para 2 pada usia kandungan..." Adakah penggunaan gravida dan para dalam ayat di atas betul? Perlukah G dan P tersebut huruf besar? Adakah gravida dan para tersebut perlu dituliskan dalam bentuk italic (sebagai perkataan bahasa inggeris)? Terima kasih

1. Istilah sasar merujuk kepada istilah dalam bahasa kelompok sasaran, iaitu istilah dalam bahasa Melayu.

2. Tidak ada contoh penggunaan perkataan “gravida 3 para 2” dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, menurut Kamus Dewan, “gravida” merujuk kepada wanita yang hamil.  “Primigravida” ialah wanita yang baru pertama kali hamil. “Multigravida” pula wanita yang hamil kali kedua hingga kelima. Sehubungan dengan itu, untuk merujuk kepada wanita yang hamil kali ketiga, penggunaan yang betul ialah “multigravida”. Manakala berdasarkan hasil carian di Internet, “para” dalam bidang perubatan merujuk kepada wanita hamil di luar kandungan dan mampu melahirkan bayi tersebut. Perkataan “gravida” dan “para” perlu dieja dengan huruf kecil dan tidak perlu diitalikkan kerana perkataan tersebut merupakan kata nama am.

Tatabahasa23.12.2020
Salam sejahtera, Kamus Inggeris-Melayu Dewan (KIMD) mendefinisikan 'black sheep' hanya sebagai noun, figurative, 'kambing hitam'. Istilah 'black sheep' dalam Kamus Istilah Malaysia mempunyai istilah sasar sebagai 'kambing hitam' dan huraian 'Seseorang yang tidak disenangi dan sering disalahkan apabila berlaku sesuatu perkara, di dalam satu kumpulan.'. Kamus Istilah Malaysia memberikan istilah sasar 'mangsa lempar salah'/'mangsa lempar-tuduh'/'kambing hitam'. Adakah ini bermaksud KIMD dan Kamus Istilah menganggap istilah BI 'black sheep' dan 'scapegoat' mempunyai maksud yang sama? Ini kerana kedua-dua istilah ini (yang mempunyai definisi berbeza dalam BI) diberikan erti 'kambing hitam' dalam KIMD dan Kamus Istilah. Mohon penjelasan dari pihak DBP. Terima kasih.Terima kasih atas maklumat yang diberikan berkenaan padanan dan huraian istilah 'Black sheep' dan 'Scape goat'. Pihak kami akan menyemak semula perkara ini untuk dibetulkan.Makna09.03.2010
Salam. Apakah istilah sasar bagi "Cloud Storage" dan "Cloud Computing"?Cadangan perkataan yang sesuai bagi perkataan cloud storage dan cloud computing ialah storan awan dan pengkomputeran awan.Istilah07.10.2020
Salam. Apakah istilah sasar bagi 'Citizen Scientist'?Kami mencadangkan padanan bahasa Malayu bagi Citizen Scientist ialan Saintis MasyarakatIstilah29.09.2020
1234

Kembali ke atas