Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.sar] | ساسر

Definisi : setengah gila, kurang siuman; ~ bahasa gila bahasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.sar] | ساسر

Definisi : Jk; menyasar tidak mengikut arah yg sepatutnya, sesat; kesasar, tersasar terpesong (drpd arah atau landasan yg sewajarnya), tersesat (fikiran dll): oleh itu, yg salah harus dibetulkan, yg ~ hendaklah ditepatkan dan yg kurang perlu digenapkan; belut yg ~ di bawah permatang; anak ~ anak yg sudah rosak fikirannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.sar] | ساسر

Definisi : Jk; menyasar membidik, menghala, menuju; menyasarkan 1. menghalakan, menujukan; 2. menetapkan sasaran (hasil, perolehan dsb yg ingin dicapai): syarikat ~ jualan bagi kedua-dua unit amanah ini mencecah sehingga RM30 juta menjelang bulan Jun depan; negara kita ~ 14 pingat emas bagi acara olahraga di temasya Sukan SEA itu; sasaran 1. tujuan (menembak), bulan-bulan: ada yg menembak ~, ada yg bercatur, ada yg bersepak raga; 2. tujuan (serangan politik, marah, kritik, dll): Tijah sudah menjadi tempat ~ marah dan hamun; 3. hasil drpd sesuatu usaha, tindakan dsb yg ingin dicapai, matlamat: kami harus mencapai ~ kerja bulanan yg telah ditetapkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.sar] | ساسر

Definisi : ; menyasar tidak mengikut arah yg betul; salah jalan; sesat. kesasar, tersasar tersalah jalan dll; tersesat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sa.sar] | ساسر

Definisi : ; menyasar membidik; me­ne­nang; menuju. menyasarkan 1 menujukan; menghalakan. 2 mene­tapkan matlamat (hasil, perolehan dsb) yg hendak dicapai: Pihak pemasaran ~ jualan sebanyak 10,000 unit menjelang hujung tahun ini. sasaran 1 benda yg dituju ketika berlatih menembak dll; bulan-bulan. 2 sesuatu yg menjadi tujuan serangan (kritikan dll). 3 hasil atau perolehan yg ingin dicapai drpd sesuatu usaha: Mereka menetapkan ~ yg agak tinggi bagi projek itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sa.sar] | ساسر

Definisi : tidak berapa siuman; agak gila. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
circumstantialitysasar-bahasaSosiologiTiadaTiada
target columntiang sasarGeografiTiadaTiada
counterforce strategystrategi sasar-lawanSains PolitikTiadaTiada
countervalue strikeserang sasar-nilaiSains PolitikTiadaTiada
positional shothantar sasarSukanTiadaHantaran bol yang tepat ke sasaran selain daripada ke jek atau bol yang lain untuk mendapatkan mata.
target bowlbol sasarSukanTiadaBol yang dihantar sebagai sasaran dalam latihan.
driving rangelapangan sasarSukanTiadaTiada
counterforce strategystrategi sasar-lawanSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
homing-in strategystrategi sasarPendidikanTiadaStrategi pengajaran yang dipilih dan dilaksanakan meliputi pendekatan, kaedah dan teknik yang paling berkesan.
body line serveservis sasar badanSukanTiadaServis yang terus menepati bahagian badan pihak lawan.
12

Kembali ke atas