Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lama (adjektif)
1. Dalam konteks tempoh
bersinonim dengan berlarutan, berpanjangan, berterusan,
Berantonim dengan sekejap

2. Bersinonim dengan tua: usang, lapuk, buruk, kuno,
Berantonim dengan baru

3. Dalam konteks fesyen
bersinonim dengan usang, lapuk, ketinggalan zaman,
Berantonim dengan moden

4. Bersinonim dengan berlalu: sudah berlaku, sudah lepas,

Kata Terbitan : selama, berlama-lama, lama-kelamaan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KALILAH WA DIMNAH

Kalilah wa Dimnah ialah sebuah sastera lama

yang mempengaruhi sastera dunia secara umum.

UMUM 
KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONALKESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL, istilah yang digunakan untuk merujuk satu daripada dua bahagian kesusasteraan Melayu, iaitu kesusasteraan Melayu tradisional dan kesusasteraan Melayu moden. Disamping itu, digunakan juga istilah ‘klasik’ (sastera klasik) dan ‘lama’ (sastera lamaSASTERAKonsep
BURUNG GERODA

BURUNG GERODA, sejenis burung mithikal dalam sastera lama sama ada burung rajawali besar atau helang besar (kenaikan Visynu).  Dalam epik Hindu, burung geroda ialah kenderaaan Dewa Visynu.

BUDAYAKonsep
SASTERA TULISAN

SASTERA TULISANsastera yang disampaikan melalui tulisan lagi dinyatakan secara pertuturan seperti yang dilakukan pada sastera lisan.  Sastera tulisan memerlukan tulisan sebagai alat untuk merakam hasil karya.  Sastera ini sudah lama wujud dalam masyarakat Melayu. 

SASTERAKonsep
BUNGA RAMPAI SASTERABUNGA RAMPAI SASTERA, himpunan petikan pelbagai genre sastera yang dianggap bermutu tinggi.  Dalam sejarah persuratan Melayu dan Nusantara, Bunga Rampai Sastera pada mulanya digunakan hanya untuk himpunan karya klasik.  Dua contohnya ialah Bunga Rampai: Dari Hikayat Lama (diselenggarakan oleh Sanusi Pane, 1956) dan Bunga Rampai Melayu Kuno (diselenggarakan oleh M.G. Emeis, 1967).SASTERAKarya
SASTERA UNDANG-UNDANG

SASTERA UNDANG-UNDANG, bahan kajian yang penting tentang sistem pemerintahan, sistem pentadbiran  dan susunan masyarakat Melayu lama.  Sastera undang-undang juga membayangkan alam fikiran orang Melayu dan luwes, dapat menyesuaikan diri dengan keadaan dan perubahan zaman.

SASTERAKonsep
RADEN NGABEHI RANGGAWARSITARADEN NGABEHI RANGGAWARSITA (1802–1873), pujangga Jawa Lama, Indonesia. Dia lahir pada 4 Mac 1802 di Kampung Kedhung Kol, Surakarta, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Bagus Burham tetapi nama ini terus tenggelam kerana dia lebih cenderung menggunakan gelaran Raden Ngabehi Ranggawarsita yang diperolehnya sewaktu menyandang jawatan Panewu Carik Kadipaten (Pujangga Istana) pada tahun 1831. Gelaran Kiai Sarataka yang diperolehnya pada tahun 1820-an juga tidak digunakanSASTERATokoh
STEVENSON, ROBERT LOUIS

Stevenson, Robert Louis (1850–1894) ialah

novelis, penulis esei, dan penyair Scotland yang

menjadi salah seorang penulis yang paling terkenal

di dunia. Cerita pengembaraannya seperti Treasure

Island dan Kidnapped sudah lama menjadi

kegemaran kanak-kanak dan juga orang dewasa.

Esei dan buku kembaranya dianggap sebagai model

gaya prosa Inggeris yang sofistikated, manakala

puisinya yang lembut dan mudah seperti A Child’s

Garden of Verses merupakan karya yang terbaik

dalam sastera kanak-kanak.

UMUM 
SALASILAH MELAYU DAN BUGIS

SALASILAH MELAYU DAN BUGIS, karya sastera bercorak sejarah.  Judul penuhnya ialah Salasilah Melayu dan Bugis Lama dan Sekalian Raja-rajanya.  Karya ini ditulis pada 28 Ogos 1865 oleh Raja Ali Haji bin Raja Ahmad, seorang pujangga Melayu dan cucu kepada Raja Haji.

SASTERAKarya
GELANGGANG

GELANGGANG, persatuan seniman Indonesia. Persatuan ini ditubuhkan pada 19 November 1946, atas gagasan Chairil Anwar dengan beberapa orang intelektual Indonesia, iaitu Asrul Sani, Rivai Apin, M.Akhbar Djuhana, Mochtar Apin, Baharuddin dan Henk Ngantung. Gagasan Gelanggang iaitu “Generasi Gelanggang lahir daripada pergolakan roh dan fikiran kita, yang sedang menciptakan manusia Indonesia yang hidup. Generasi yang harus mempertanggungjawabkan dengan sesungguhnya penjadian daripada bangsa itu. Bahawa kita ingin melepaskan diri kita daripada susunan lama yang telah mengakibatkan masyarakat yang lapuk, dan kita berani menentang pandangan, sifat dan anasir lama ini untuk menjalankan bara kekuatan baru”.

SASTERAInstitusi/Organisasi
123

Kembali ke atas