Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.te.lit] | ساتليت

Definisi : 1. bintang siarah yg beredar mengelilingi bintang siarah lain yg lebih besar: dgn meng-gunakan teropong jauh yg lebih besar ia menemui dua buah ~ utk Uranus; 2. pengikut, penganut; negara ~ negara yg mengikut negara lain yg lebih besar dan kuat; 3. sj alat rekaan manusia yg dilancarkan mengedari bumi, bulan, atau planet lain utk tujuan per-hubungan, penyelidikan dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.te.lit] | ساتليت

Definisi : 1 planet yg beredar mengelilingi planet lain yg lebih besar: Bulan ialah ~ bumi. 2 = ~ buatan alat (spt sputnik) buatan manusia yg ditembakkan ke angkasa supaya mengelilingi bumi dll utk tujuan perhubungan, penyelidikan dsb; bulan rekaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata satelit


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SATELIT

Satelit , dalam astronomi, ialah jasad yang

beredar mengelilingi sebuah planet. Perkataan

satelit bermaksud “penjaga.” Bulan kita yang

mengelilingi bumi dalam perjalanannya

mengelilingi matahari, ialah sebuah satelit. Jasad

yang kabur atau gelap yang mengelilingi bintang-

bintang tertentu dan menyebabkan cahayanya

gelap atau cerah juga dinamakan satelit. Bintang

yang dikelilinginya dinamakan bintang-bintang

berubah gerhana. Sekurang-kurangnya tujuh

planet dalam sistem suria kita mempunyai satelit.

Planet-planet ini ialah Bumi, dengan satu satelit;

Pluto dengan 1; Marikh dengan 2; Neptun dengan

2; Uranus dengan 15; Musytari dengan 16; dan

Zuhal dengan 18.

Lihat rencana planet yang berasingan, seperti

Musytari .

UMUM 
SATELIT TIRUAN

Satelit tiruan ialah objek buatan yang

mengorbit bumi ataupun jasad-jasad lain secara

berterusan di angkasa. Kebanyakan satelit tiruan

mengorbit bumi. Manusia menggunakannya untuk

mengkaji alam semesta, membantu dalam

peramalan cuaca, memindahkan panggilan telefon

merentas lautan, membantu pengemudian kapal

dan kapal terbang, memantau tanaman pertanian

dan sumber alam lain, dan memerhati pergerakan

peralatan tentera di bumi.

UMUM 
DE SITTER, WILLEM

De Sitter, Willem (1872–1934) ialah ahli

astronomi Belanda yang terkenal. Daripada

kajiannya tentang satelit Musytari dan

pengiraannya tentang unsur dan jisim Musytari dia

menyumbang kepada kefahaman teoretikal tentang

satelit.

UMUM 
SPUTNIK

Sputnik ialah nama yang diberi kepada satu siri

satelit bumi tanpa manusia yang dilancarkan ke

angkasa lepas oleh bekas Kesatuan Soviet. Sputnik

ialah perkataan Rusia yang bermakna pengembara.

Sputnik I, yang dilancarkan pada 4 Oktober 1957,

mengelilingi bumi sekali setiap 95 minit dengan

kelajuan 29 000 kilometer sejam, sehingga pesawat

ini jatuh ke bumi pada 4 Januari1958. Kesatuan

Soviet juga melancarkan sembilan lagi sputnik

yang lebih besar, dari bulan November 1957

hingga bulan Mac 1961. Lihat juga Balai cerap

Jodrell Bank; Penjelajahan angkasa.

UMUM 
BULAN ISLAMBulan yang teah ditentukan oleh Allah S.W.t. berdasarkan pusingan satelit bulan yang bergerak mengelilingi bumi.AGAMAKonsep
KAWALAN JAUH

Kawalan jauh ialah pengawalan sesuatu sistem

dari jarak jauh. Sistem ini digunakan untuk set

televisyen sehinggalah kepada peluru berpandu

atau satelit. Jaraknya mungkin hanya beberapa

meter atau sampai beribu-ribu kilometer.

UMUM 
TELEVISYEN

Televisyen, juga dikenali sebagai TV, adalah salah

satu kaedah komunikasi yang paling penting. Ia

membawa gambar dan suara dari seluruh dunia ke

berjuta-juta rumah. Komunikasi satelit di angkasa

lepas menyiarkan gambar TV merentasi lautan dan

benua. Pemilik peti televisyen boleh berada di rumah

dan menonton pemimpin negara membuat ucapan

atau lawatan ke negara luar. Mereka boleh

menyaksikan peperangan yang sedang berlaku dan

melihat bagaimana pemimpin kerajaan berusaha

untuk mewujudkan keamanan. Melalui TV, penonton

dapat melihat dan belajar tentang manusia, haiwan,

pelbagai perkara lain dari negara-negara yang jauh.

Berjuta-juta manusia di seluruh dunia boleh

menonton rancangan sukan, seperti Sukan Olimpik,

dan pelbagai peristiwa lain yang menarik di dunia.

Televisyen juga membawa penonton keluar dari

dunia ini melalui liputan dari penerbangan angkasa.

Selain itu, televisyen juga menyediakan pelbagai

rancangan tetap yang direka khas untuk menghibur.

Sebenarnya, TV menyediakan banyak rancangan

hiburan berbanding dengan rancangan lain.

Rancangan itu termasuk drama; komedi ringan; siri

fiksyen, yang dikenali sebagai drama lipur lara; acara

sukan; kartun, kuiz, dan pertunjukan aneka ragam;

dan filem cereka.

UMUM 
SISTEM SURIA

Sistem suria merangkumi bintang yang dikenali

sebagai matahari dan segala objek yang bergerak

mengelilinginya. Sistem suria mengandungi:

(1) bumi dan lapan planet lain termasuklah satelit

(bulan) yang mengelilingi kebanyakan planet ini;

(2) objek seperti planet yang dikenali sebagai

asteroid; (3) ketulan besi dan batu yang dikenali

sebagai meteoroid; (4) longgokan debu dan gas

beku yang dikenali sebagai komet; dan (5) zarah

yang hanyut yang dikenali sebagai habuk antara

planet dan gas yang bercas elektrik, iaitu plasma

yang secara berkumpulan membentuk perantaraan

antara planet.

UMUM 
PERISIK

Perisik ialah orang yang mengumpulkan

maklumat yang bernilai untuk kepimpinan politik

negara yang dia memberikan khidmatnya. Dalam

masa aman, perisikan melibatkan pelbagai kegiatan

pengumpulan maklumat. Kegiatan ini termasuk

peninjauan dan pengintipan dari udara dan satelit

dan juga pengintipan menggunakan alat elektronik.

UMUM 
EXPLORER

Explorer ialah nama bagi kumpulan satelit angkasa lepas Amerika Syarikat. Ia terdiri daripada 55 satelit yang dilancarkan dari tahun 1958 hingga 1975.

FIZIKKenderaan/Pengangkutan
12

Kembali ke atas