Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.tir] | ساتير

Definisi : makhluk dlm mitologi Rumawi dan Yunani lama yg berupa separuh manusia dan separuh haiwan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.tir] | ساتير

Definisi : Mn; sumpah ~ sumpah yg tidak dapat dimungkiri lagi, sumpah setia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata satir


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
satyr playdrama satirKesusasteraanTiadaDrama yang dipersembahkan untuk menyindir golongan tertentu. Drama ini bersifat bodoh, jengkel dan mengandungi unsur lawak. Persembahan drama satir merupakan bahagian terakhir daripada kumpulan empat persembahan yang terdiri daripada tiga persembahan drama tragedi dan sebuah drama satir. Persembahan satir mempersendakan golongan yang mungkin juga protagonis dalam tiga persembahan drama tragedi sebelumnya. Persembahan drama ini diiringi oleh sekumpulan korus satir, iaitu makhluk separuh manusia dan separuh kampung. Contoh drama satir yang masih wujud ialah Cyclops oleh Euripides. Satir tidak ada kaitan dengan satira.
satyrsatirKesenianTiadaMakhluk dalam mitologi Romawi dan Yunani Lama yang berupa separuh manusia dan separuh haiwan.
comickomikKesusasteraanTiadaUnsur yang menimbulkan kelucuan dalam karya sastera. Kesan kelucuan biasanya dikaitkan dengan drama komedi. Unsur komik turut ditemui dalam drama tradisional tempatan, iaitu Makyung, Mek Mulung, dan Wayang Kulit yang dibawakan oleh watak peran dan pengasuh. Lihat juga drama satir, makyung.
manners comedykomedi tingkah lakuKesusasteraanTiadaBentuk drama komedi yang mengejek tingkah laku golongan menengah dan kelas atasan. Golongan ini dikatakan canggih dan memberikan tumpuan pada karenah percintaan remaja dan isu yang remeh-temeh. Kesan jenaka dimunculkan melalui dialog yang licik, pertikaman lidah dan sikap kepura-puraan golongan tersebut. Watak yang terlibat dalam drama ini digambarkan sebagai lucu, sinis dan kepura-puraan. Lihat juga drama satir, komedi, komedi satira.

Kembali ke atas