Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ti.ra] | ساتيرا

Definisi : karya (prosa atau puisi) yg memper-sendakan atau menyindir orang dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ti.ra] | ساتيرا

Definisi : karya (prosa atau puisi) yg mem­persendakan atau menyindir orang dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata satira


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kami berhasrat mendapatkan makna, maksud, definasi "Satira" dari pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, secara rasmi dan bertulis.Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 1972) kata satira bermaksud seperti yang berikut:

satira kata nama
1 karya seperti novel, filem dan drama yang menggunakan unsur jenaka untuk menyindir, mengejek, mempersendakan dan sebagainya kelemahan atau kesilapan seseorang atau sesuatu.
Contoh penggunaan: Satira ini mengisahkan kebusukan sikap pemimpin yang mengamalkan rasuah dan kronisme.

2 sindiran, ejekan, sendaan dan sebagainya berbentuk jenaka untuk menyatakan kelemahan atau kesilapan seseorang atau sesuatu.
Contoh penggunaan: Jenaka menjadi wadah untuk menyalurkan satira dan kritikan di samping menjadi bahan hiburan.

Terdapat dua maksud satira yang diberikan bergantung kepada konteks penggunaan kata tersebut. Untuk maklumat lanjut khususnya tentang kata terbitan dan makna kata ini, sila semak kamus terkini terbitan DBP.
Makna15.01.2024
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mohon penerangan mengenai istilah 'satira'. Bilakah istilah ini masuk kedalam daftar kata Bahasa Melayu dan Kamus Dewan? Sekian terima kaseh.Maklumat berkenaan dengan kata satira yang dimasukkan dalam kamus dan daftar kata terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah seperti yang dilampirkan. Sekian, terima kasih.Lain-lain05.05.2021
Apakah yang dimaksudkan dengan teks sastera? Adakah penulisan novel yang berbentuk satira boleh dikategorikan sebagai teks sastera?

Teks sastera merupakan kesusasteraan hasil seni (karya tulisan) dalam bentuk prosa (cerpen dan novel) atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu.

Satira bermaksud karya (prosa atau puisi) yang mempersendakan atau menyindir orang. Oleh itu, novel yang berbentuk satira juga dikategorikan sebagai teks sastera.

Sastera12.02.2014
Mohon bantuan pihak DBP untiuk memberikan beberapa contoh ayat bagi perkataan per seKajian ini bukan membabitkan satira per se seperti yang ditegaskan pengkaji; transformasi budaya yang dimaksudkan hendaklah mencakupi transformasi dalam bidang kebudayaan per se. Untuk maklumat lanjut lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=per+se.Tatabahasa21.12.2016
Bagaimana cara menganalisis gaya bahasa cerpen dan contohnya. Selain itu boleh lampirkan contoh ucapan perasmian untuk mesyuarat agung sekolah atau pengacara pertandingan nasyid sekolah.

1.  Gaya bahasa dalam cerpen merupakan "gaya bercerita". Justeru untuk menganalisisnya memerlukan kefahaman inti cerita. Apakah jenis penerangan, dialog atau satira? Paling utama gaya bahasa yang digunakan harus "lebih menggambarkan daripada menjelaskan".

2.  Ucapan perasmian - contohnya dapat diakses/dicapai dalam internet.

3.  Skrip pengacara pertandingan perlu meliputi:

     i.     Sapaan - tetamu.

     ii.    Objektif pertandingan.

     iii.   Hadiah pertandingan.

     iv.   Nama peserta/pasukan bertanding.

     v.    Urutan/ atur cara pertandingan.

     vi.   Rakaman terima kasih kepada semua yang terlibat.

  

Lain-lain05.03.2009

Kembali ke atas