Sato, Eisaku (1901–1975), berkhidmat sebagai
perdana menteri Jepun dari tahun 1964 hingga tahun
1972. Di bawah pimpinannya, Jepun menjadi kuasa
dunia selepas Perang Dunia II (1939–1945). Sebagai
perdana menteri, dia menyokong perjanjian Amerika
Syarikat–Jepun yang membolehkan Amerika Syarikat
membantu mempertahankan Jepun. Namun dia juga
mahukan Jepun lebih bertanggungjawab terhadap
pertahanannya. Masalah kesihatan memaksa Sato
meletakkan jawatan pada tahun 1972, dan tempatnya
digantikan oleh Kakuei Tanaka. Sato dan Sean
MacBride dari Ireland dianugerahi Hadiah Nobel
Keamanan pada tahun 1974. Sato memenangi
anugerah itu kerana usahanya mengehadkan
penyebaran senjata nuklear.