Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.tu] | ساتو

Definisi : 1 angka pertama ketika membilang; 1; bilangan 1. 2 tidak ada yg lain lagi; tunggal: Tuhan hanya ~. satu-satu 1 = satu per satu lepas satu, satu; satu demi satu; setiap kali satu. 2 = sesuatu apa-apa yg belum tentu atau yg tidak tentu. bersatu 1 berkumpul (bertaut, bergabung) menjadi satu: Bangsa-Bangsa ~. 2 = ~ hati ber­muafakat benar-benar; seia sekata: ~ teguh, bercerai roboh. 3 duduk bersama (bkn suami isteri): Mereka sudah me­lang­­sung­kan akad nikah tetapi belum ~ lagi. menyatu bersenyawa (menjadi satu): Semasa persenyawaan, gamet jantan dan gamet betina ~. menyatukan 1 meng­gabungkan atau mengumpulkan men­jadi satu; menjadikan satu: Usahanya hendak ~ semua syarikat kerjasama masih belum berjaya lagi. 2 mengahwinkan; menikahkan: Mereka telah disatukan. mempersatukan menjadikan bersatu (ttg rakyat sesebuah negara dll): Usaha utk ~ rakyat yg terdiri drpd berbagai-bagai kaum di negara ini berjalan lancar. satuan 1 angka yg menduduki rumah sa pd bilangan yg terdiri drpd dua angka atau lebih: Pd bilangan 182, ~nya 2, puluhannya 8 dan ratusannya 1. 2 kadar yg digunakan utk mengukur atau utk menyukat sesuatu; unit. kesatuan 1 keadaan atau hal yg satu; keesaan: ~ Allah. 2 = ~ Sekerja kumpulan pekerja yg bertujuan menjaga kepentingan mereka. persatuan 1 keadaan bersatu; gabungan drpd beberapa bahagian yg telah bersatu: memperkukuh ~ rakyat Malaysia. 2 kumpulan beberapa orang, pasukan dsb yg mempunyai tujuan yg sama; pertubuhan: ~ Bola Sepak Malaysia; ~ Murid Tua Kolej Melayu, Kuala Kangsar. berpersatuan bergiat dlm persatuan: Dia asyik ~ sehingga lupa akan tanggungjawabnya di rumah. penyatuan proses (perbuatan dsb) me­nyatu atau menyatukan: ~ sel. penyatu orang dll yg menyatukan (sesuatu): Beliaulah ~ negara Jerman yg menggunakan paksaan dan kekuatan senjata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
satu (kata nama)
Bersinonim dengan tunggal, esa, ahad, eka, se, ganjil;,
Kata Terbitan : satu-satunya, bersatu, menyatukan, menyatupadukan, kesatuan, persatuan, berpersatuan, penyatu, penyatuan,

Puisi
 

Anak ayam turun dua,
     Satu mati tinggal satu;
Minta ampun segala dosa,
     Hendak menyebut Tuhan yang satu.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Seembus (sehembus) naik,
     seembus (sehembus) turun.

Bermaksud :

Sudah satu-satu nafasnya.

 

Lihat selanjutnya...(54)


Menganyam Kedukaan

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
D:\IndexDocument\indekMenganyamKedukaan\k_Menganyam_Kedukaan.pdfMenganyam Kedukaankreatif dan bukan kreatif) di negeri Sarawak, Dewan Bahasa dan Pustaka (Cawangan Sarawak) telah menyusun dan melaksanakan pelbagai kegiat- an untuk para peminat dan khalayak sastera di negeri mi. Salah satu daripada kegiatan tersebut ialah Hadiah Penghargaan Penulis Sarawak yang mula diperkenalkan dalam tahun 1991. Tujuan utama projek mi ialah untuk menggalakkan penulis- penulis Sarawak (dan mereka yang bermastautin di Sarawak penganjur. Setakat mi projek mi hanya meliputi genre cerpen dan genre puisi. vii PENCE NALA N Penganjur menyediakan sebanyak lima hadiah untuk setiap genre - lima hadiah bernilai RM300.00 setiap satu bagi puisi dan RM500.00 setiap satu hagi cerpen. Pada tahun 1991 (tahun pertama projek mi diadakan) penganjur telah mengumpul sebanyak 113 buah puisi dan 31 buah cerpen untuk penilaian D:\IndexDocument\indekMenganyamKedukaan\k_Menganyam_Kedukaan.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=1&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekMenganyamKedukaan&HitCount=69&hits=156+1e9+1f0+313+beb+f9b+1349+1371+13fd+184c+1b75+269a+2b4f+2b51+3205+3b8e+3cca+3ffb+3ffc+4766+4961+4c06+4c32+4e16+529c+556f+575a+5b2b+5c5c+5ce5+5ce7+5d81+60dc+6581+6582+728b+733b+74b0+75d7+767f+78fa+85b4+89c5+8b3a+8e06+8e27+93a3+953d+9847+9944+9de1+a0ee+a4b0+a70d+a89c+ad6a+b51e+ba2d+c2a3+ce30+cf6f+cfb0+d043+d466+d473+d475+d556+d901+dadc+

Kembali ke atas