Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.tu] | ساتو

Definisi : 1 angka pertama ketika membilang; 1; bilangan 1. 2 tidak ada yg lain lagi; tunggal: Tuhan hanya ~. satu-satu 1 = satu per satu lepas satu, satu; satu demi satu; setiap kali satu. 2 = sesuatu apa-apa yg belum tentu atau yg tidak tentu. bersatu 1 berkumpul (bertaut, bergabung) menjadi satu: Bangsa-Bangsa ~. 2 = ~ hati ber­muafakat benar-benar; seia sekata: ~ teguh, bercerai roboh. 3 duduk bersama (bkn suami isteri): Mereka sudah me­lang­­sung­kan akad nikah tetapi belum ~ lagi. menyatu bersenyawa (menjadi satu): Semasa persenyawaan, gamet jantan dan gamet betina ~. menyatukan 1 meng­gabungkan atau mengumpulkan men­jadi satu; menjadikan satu: Usahanya hendak ~ semua syarikat kerjasama masih belum berjaya lagi. 2 mengahwinkan; menikahkan: Mereka telah disatukan. mempersatukan menjadikan bersatu (ttg rakyat sesebuah negara dll): Usaha utk ~ rakyat yg terdiri drpd berbagai-bagai kaum di negara ini berjalan lancar. satuan 1 angka yg menduduki rumah sa pd bilangan yg terdiri drpd dua angka atau lebih: Pd bilangan 182, ~nya 2, puluhannya 8 dan ratusannya 1. 2 kadar yg digunakan utk mengukur atau utk menyukat sesuatu; unit. kesatuan 1 keadaan atau hal yg satu; keesaan: ~ Allah. 2 = ~ Sekerja kumpulan pekerja yg bertujuan menjaga kepentingan mereka. persatuan 1 keadaan bersatu; gabungan drpd beberapa bahagian yg telah bersatu: memperkukuh ~ rakyat Malaysia. 2 kumpulan beberapa orang, pasukan dsb yg mempunyai tujuan yg sama; pertubuhan: ~ Bola Sepak Malaysia; ~ Murid Tua Kolej Melayu, Kuala Kangsar. berpersatuan bergiat dlm persatuan: Dia asyik ~ sehingga lupa akan tanggungjawabnya di rumah. penyatuan proses (perbuatan dsb) me­nyatu atau menyatukan: ~ sel. penyatu orang dll yg menyatukan (sesuatu): Beliaulah ~ negara Jerman yg menggunakan paksaan dan kekuatan senjata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
satu (kata nama)
Bersinonim dengan tunggal, esa, ahad, eka, se, ganjil;,
Kata Terbitan : satu-satunya, bersatu, menyatukan, menyatupadukan, kesatuan, persatuan, berpersatuan, penyatu, penyatuan,

Puisi
 

Anak ayam turun dua,
     Satu mati tinggal satu;
Minta ampun segala dosa,
     Hendak menyebut Tuhan yang satu.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Seembus (sehembus) naik,
     seembus (sehembus) turun.

Bermaksud :

Sudah satu-satu nafasnya.

 

Lihat selanjutnya...(54)


Ujian

PERKATAANPADANANBIDANGHURAIAN
Frank-van der Merwe (FM) growth  Pertumbuhan lapisan epitaksi ultratipis secara satu demi satu bagi menghasilkan peranti elektronik atau optoelektronik bahan semikonduktor berkualiti tinggi dengan menggunakan epitaksi alur molekul (MBE). Lapisan yang dibentuk mempunyai antara muka yang jitu dan berkeupayaan mengawal ketebalan sehingga ke paras monolapisan.
sp hybridization  Satu daripada proses pembentukan ikatan kimia dalam atom karbon C, dan juga beberapa atom lain. Dalam proses ini, atom C memindahkan satu elektron dari petala 2s ke dalam orbitan 2p yang kosong, dan seterusnya menggabungkan baki satu elektron pada petala 2s dengan satu elektron pada orbitan 2p atom lain.
one-dimensional nanowires  Wayar yang diameternya bersaiz nanometer yang menyebabkan elektron dibenarkan bergerak hanya dalam satu dimensi atau disebut sebagai terkurung separa dalam satu dimensi. Contohnya, nanowayar silikon dan nanowayar emas.
fibre optic cable  Satu kabel yang terdiri daripada satu atau lebih serat optik yang dimasukkan ke dalam tiub untuk melindunginya daripada kesan persekitaran. Kabel ini digunakan dalam sistem komunikasi.
silanol  Sebatian kimia yang terdiri daripada satu atom silikon terikat kepada satu atau lebih kumpulan hidroksil. Silanol merupakan bahan poros yang formula kimianya ialah SiOH. Dalam proses pemendapan filem tipis nanozarah, contohnya perak, substrat dilapisi dengan silanol terlebih dahulu supaya pelekatan filem menjadi lebih baik.
quantum confinement  Pengurungan elektron atau lohong dalam semikonduktor berupa sekatan pergerakan dalam satu atau lebih dimensi. Pengurungan kuantum ini dapat berlaku apabila satu atau lebih dimensi hablur dikecilkan sehingga menghampiri saiz jejari Bohr, iaitu 10 nm - 100 nm. Contohnya, bintik kuantum dikurung dalam tiga dimensi, wayar kuantum dalam dua dimensi dan perigi kuantum dalam satu dimensi.
Moore�s law  Satu hukum yang menyatakan bilangan transistor yang dimuatkan pada cip ingatan bertambah dua kali ganda setiap satu setengah tahun. Hal ini disebabkan kemajuan dalam faktor reka bentuk seperti keberkesanan penyambungan dalaman dan pengecilan saiz komponen.
amphiphilic  Sifat molekul yang mempunyai satu kumpulan terkutub yang bersifat larut air (hidrofilik), disangkut pada rantai hidrokarbon bukan terkutub yang tidak larut air (hidrofobik). Contohnya, molekul asid stearik yang rumus kimianya C17H35COOH, mempunyai kumpulan COOH yang larut air pada salah satu hujung dan kumpulan CH3 yang tidak larut air pada hujung yang satu lagi. Sifat amfifilik sangat diperlukan dalam proses pembentukan filem tipis tertentu seperti filem tipis Langmuir- Blodgett.
chemical vapour deposition  Proses kimia yang digunakan untuk menghasilkan bahan pejal tulen dan berprestasi tinggi. Satu lapisan substrat didedahkan kepada satu atau beberapa cecair atau gas mudah meruap yang mendorong tindak balas kimia yang kemudiannya mendap dan menghasilkan lapisan filem tipis di atas substrat tersebut. Kaedah ini biasa digunakan dalam industri semikonduktor untuk menghasilkan filem tipis.
Volmer-Weber growth (VW)  Satu pertumbuhan filem tipis di atas substrat dengan cara beberapa lapisan permulaan tumbuh sebagai pulau yang berpusat pada tapak penukleusan. Pulau ini akan membesar sehingga menyentuh antara satu sama lain. Pertumbuhan Volmer-Weber berlaku apabila saling tindakan antara atom jerap lebih kuat berbanding saling tindakan atom jerap dengan permukaan substrat. Filem tipis yang dihasilkan melalui pertumbuhan Volmer-Weber adalah kasar. Pertumbuhan Volmer-Weber digunakan untuk memfabrikasi bintik kuantum. Sinonim pertumbuhan VW.
12345678910...

Kembali ke atas