Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.tu] | ساتو

Definisi : 1 angka pertama ketika membilang; 1; bilangan 1. 2 tidak ada yg lain lagi; tunggal: Tuhan hanya ~. satu-satu 1 = satu per satu lepas satu, satu; satu demi satu; setiap kali satu. 2 = sesuatu apa-apa yg belum tentu atau yg tidak tentu. bersatu 1 berkumpul (bertaut, bergabung) menjadi satu: Bangsa-Bangsa ~. 2 = ~ hati ber­muafakat benar-benar; seia sekata: ~ teguh, bercerai roboh. 3 duduk bersama (bkn suami isteri): Mereka sudah me­lang­­sung­kan akad nikah tetapi belum ~ lagi. menyatu bersenyawa (menjadi satu): Semasa persenyawaan, gamet jantan dan gamet betina ~. menyatukan 1 meng­gabungkan atau mengumpulkan men­jadi satu; menjadikan satu: Usahanya hendak ~ semua syarikat kerjasama masih belum berjaya lagi. 2 mengahwinkan; menikahkan: Mereka telah disatukan. mempersatukan menjadikan bersatu (ttg rakyat sesebuah negara dll): Usaha utk ~ rakyat yg terdiri drpd berbagai-bagai kaum di negara ini berjalan lancar. satuan 1 angka yg menduduki rumah sa pd bilangan yg terdiri drpd dua angka atau lebih: Pd bilangan 182, ~nya 2, puluhannya 8 dan ratusannya 1. 2 kadar yg digunakan utk mengukur atau utk menyukat sesuatu; unit. kesatuan 1 keadaan atau hal yg satu; keesaan: ~ Allah. 2 = ~ Sekerja kumpulan pekerja yg bertujuan menjaga kepentingan mereka. persatuan 1 keadaan bersatu; gabungan drpd beberapa bahagian yg telah bersatu: memperkukuh ~ rakyat Malaysia. 2 kumpulan beberapa orang, pasukan dsb yg mempunyai tujuan yg sama; pertubuhan: ~ Bola Sepak Malaysia; ~ Murid Tua Kolej Melayu, Kuala Kangsar. berpersatuan bergiat dlm persatuan: Dia asyik ~ sehingga lupa akan tanggungjawabnya di rumah. penyatuan proses (perbuatan dsb) me­nyatu atau menyatukan: ~ sel. penyatu orang dll yg menyatukan (sesuatu): Beliaulah ~ negara Jerman yg menggunakan paksaan dan kekuatan senjata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
satu (kata nama)
Bersinonim dengan tunggal, esa, ahad, eka, se, ganjil;,
Kata Terbitan : satu-satunya, bersatu, menyatukan, menyatupadukan, kesatuan, persatuan, berpersatuan, penyatu, penyatuan,

Puisi
 

Anak ayam turun dua,
     Satu mati tinggal satu;
Minta ampun segala dosa,
     Hendak menyebut Tuhan yang satu.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Seembus (sehembus) naik,
     seembus (sehembus) turun.

Bermaksud :

Sudah satu-satu nafasnya.

 

Lihat selanjutnya...(54)


Bahasa

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Tautan dalam wacana Bahasa Melayu-Akhbar.pdfSIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYU553 Abstrak : Buku ini menghuraikan hal-hal yang berkaitan dengan tautan wacana bahasa Melayu, berasaskan Lidah Pengarang akhbar Utusan Zaman dari tahun 1957-1961. Tumpuan kajian ini berasaskan kepada salah satu aspek komponen tekstual iaitu tautan dalam wacana bahasa Melayu. Komponen tekstual yang lain, iaitu penonjolan seperti struktur tema dan struktur maklumat tidak akan disentuh. Dalam kajian ini, tautan dilihat sebagai salah satu komponen pembentuk wacana dalam sistem linguistik yang menghubungkan unit teks. Terdapat tiga tujuan kajian iaitu menghuraikan tautan yang digunakan dalam rencana pengarang sebagai mewakili wacana bahasa Melayu akhbar, membandingkan jenis D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Tautan dalam wacana Bahasa Melayu-Akhbar.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=15&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cidxDomBahasa&HitCount=2&hits=2d+4d+
D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Alam dan Penyebaran Bahasa-Melayu.pdfSIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYUpendekatan bersepadu yang melihat penyebaran bahasa dalam konteks ruang dan masa. Bahasa tidak wujud sendiri, tetapi memerlukan orang mewujudkannya. Orang atau pengguna bahasa juga tidak hidup secara terpisah. Mereka memerlukan satu sama lain untuk meneruskan kehidupan, dan dengan itu meneruskan kewujudan bahasanya. Penggunaan bahasa oleh ahli-ahli masyarakat disalurkan melalui percakapan, yakni bahasa lisan, dan juga melalui tulisan. Melalui kajian ini mereka anggotai. Kajian ini menggabungkan cabang geolinguistik dan linguistik bandingan sejarawi yang dilihat dari aspek semasa (sinkronik) dan merentas masa (diakronik). Kajian ini juga menggunakan konsep tadahan penyebaran bahasa sebagai satu skema yang membolehkan bahasa hidup dan berkembang. Konsep yang melibatkan organisasi dan sistem sosial, pandangan dunia, kegiatan sosioekonomi, pendidikan, ekonomi dan sistem semiologi. Teori yang dikemukakan di dalam buku ini D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Alam dan Penyebaran Bahasa-Melayu.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=1&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cidxDomBahasa&HitCount=2&hits=3e+89+
D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Rekonstruksi dan Cabang Bahasa-Melayu.pdfSIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYUmengandungi maklumat tentang rekonstruksi bahasa Melayu , bahasa-bahasa yang rapat pertalian dengan bahasa Melayu dan pengelompokan cabang-cabang bahasa Melayu. Selain itu, kajian perbandingan dialek juga turut dimanfaatkan sebagai salah satu sumber pengembangan bahasa Melayu. Title: SIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYU Author: wsikin Creator: Microsoft® Office Word 2007 CreationDate: 2012-04-18 01:25:09 ModDate: 2012-04-18 01:25 D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Rekonstruksi dan Cabang Bahasa-Melayu.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=11&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cidxDomBahasa&HitCount=1&hits=5b+

Kembali ke atas